Thursday, November 14, 2013

BIHUN GORENG RICE COOKER

Assalamualaikum ...


Malam tadi, lepas balik kerja. Melepek je depan TV. Hasben pulak lapar. Nak masak nasi, siang dah lunch nasi dengan hasben. Cukuplah makan nasi sehari sekali. Kalau aku, nak seminggu sekali je makan nasi. hu hu. Disebabkan tadi lunch dengan hasben, maka makan gak separuh nasi dengan lauk pauk dan sayur yang melimpah. Kadang aku bisik-bisik ngan hasben nak diet ... tapi lom dapat greenlite lagi! Sabooo ajelah.

Nak senang dan nak cepat, malam tadi aku buat menu kegemaran hasben. Hasben aku nie asal breakfast je makan bihun goreng. Kadang setiap hari dia hadap. So, malam pun aku hadapkan dia dengan bihun goreng juga. Nasiblah hasben yek, harap hasben tak kisah. xoxoxoxo

Tengah syok goreng bihun, belum sempat pun nak masukkan sawi ... pluuup pluup pluuup ... api dapur padam. Ohw!! gas plak habis. Bihun tak sempat masak elok lagi. Adeeeh, hasben yang lapar tengah mandi. So, aku pun apa lagi ... kaut semua bihun dalam kuali masukkan dalam rice cooker. Tak pernah buat dek orang, tapi aku buat! Susah payah goreng bihun dalam rice cooker untuk hasben tersayang!


Bila hasben datang tanya, "yunk .... awak masak nasi ke?"

Aku dah sipu-sipu dah.

"Takdelah ... goreng bihun dalam rice cooker. Gas habis la .."

Lawak tul .... tapi takpelah boleh gak makan. Apa cara masak tak penting sangat, janji semua benda tu dimasak elok dan boleh makan. Niat baik tu yang penting ... ha ha ha. Poyo isteri tak sudah sudah!

Harap korang tak lalui la ... minggu-minggu awal menjadi isteri macam aku .... goreng bihun dalam rice cooker! Sejarah yang boleh diceritakan pada anak cucu aku nanti. kui kui kui





CK : Ada orang tanya aku ... "tak rasa rugi ke kahwin lambat?". Apa aku nak jawab? Sedangkan jodoh tu kan rahsia Allah. Soalan celah ketiak mana kau ambik kan .....



5 comments:

  1. Wah rajinnya masak...btw tak pelik pun masak bihun goreng dlm rice cooker,kwn saya ajar dah lama dulu...lg senang masak lembut jer bihun tak tumpah...hehe kat opis pun penah masak mcm tu...

    P/s: saya suka masak sup tulang @ kari dlm rice cooker

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple je masak...tu yg rajin sket. hehehe ... sy tak pernah masak dlm rice cooker...menjakun kejap

      Delete
  2. Sejak zaman study lagi akak dah masak bihun dalam ricecooker dik..hahahahahaha. Macam2 boleh. Buat cekodok, masak spaghetti, buat puding, semua dalam ricecooker masa study sebab tak boleh bawa dapur masak. So, welcome to the clublah yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah buat kak....tu yg menjakun je manjang

      Delete
  3. janji boleh makan tol tak kak....nampak selera bihun akak wt nie...nk cri bihun balik nnt

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!