Friday, December 27, 2013

CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI PERMOHONAN BR1M 2014

Assalamualaikum ...



Sesape yang layak dan belum mendaftar untuk permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) silalah berbuat demikian dengan kadar segera. Yang aku nak cerita nie bagi yang telah dapat BR1M tahun sebelum ini dan perlu mengemaskini data-data dalam permohonan BR1M berkenaan. Nak dimaklumkan kepada korang bahawa, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan BR1M terus ke akaun bank penerima. So, paling penting kena update maklumat bank penerima dan no. akaun bank sekali ye.


Untuk kemaskini maklumat-maklumat dalam permohonan BR1M sebelum ini, sila klik laman http://www.hasil.gov.my. Okeh, dah klik kan?


Bila dah klik akan keluar interface macam dekat atas. Kemudian korang klik BRIM 2014 yang tulisan kaler merah tu. Aku dah tolong bulatkan dah untuk korang supaya nampak lebih jelas ...ngeee ngeee


Bila dah klik BR1M 2014 tu, akan keluar gambar macam dekat atas nie. Korang masukkan no. Mykad dan tarikh lahir, pastu klik dekat KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0

Then klik dalam kotak dalam bulatan (yang tak macam bulatan tuh) maklumat mana yang korang akan update. Bila dah klik akan keluar row untuk korang update maklumat berkenaan. Update bagi betul-betul ye. Kang tak masuk duit jangan nak salahkan LHDNM plak. Salahkan diri sendiri dulu sebab bagi maklumat salah.

Yang penting masukkan maklumat bank dan no. akaun bank ye. Pastu no. telefon jika dan bertukar kepada no. baru. Bila dah settle kemaskini segala maklumat, ini pula akuan pengesahan (seperti bulatan biru). Masukkan kod pengesahan yang wujud kat situ, then last sekali klik KEMAS KINI

Kalau nak boleh cetak sekali untuk simpanan. Rasa aku sape yang update online tak perlu dah kot hantar borang manual dekat LHDNM terdekat. Dah online kan, buat apa2 susah-susah pergi cari LHDNM plak.

Nak maklumkan juga, kemaskini maklumat ini tidak melibatkan status perkahwinan dan maklumat ini rumah. Kalau korang nak kemaskini maklumat status perkahwinan atau maklumat isi rumah, suka tak suka korang kena juga hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.


Itu ajelah aku nak share. Tunggu hasben pi solat Jumaat, isteri plak gigih amek masa update blog!




CK : Tanpa kata .... he he he

5 comments:

  1. salam..mne nk dptkn borang utk tukar status perkahwinan..?borang on9 punyer xde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar status perkahwinan kena pergi LHDN.

      Delete
  2. This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the enjoyment here! keep up the good work. brim 2016

    ReplyDelete
  3. I am happy when reading your blog with updated information! thanks alot and hope that you will post more site that are related to this site. kemaskini br1m bujang 2016

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!