Thursday, December 12, 2013

ISTERI BERMALASAN - CHE TA - JOVIAN MANDAGIE - 11.12.13

Assalamualaikum ...



Hasben dah tidur, aku belum lagi. Sibuk basuh baju, minggu nie nak kena balik Seremban lagi. Senang cakap, every week den balik umah omak mertua. Bila balik rumah omak mertua den, diet ke lautlah lagi. Badan makin bulat. Macam belon kena tiup dah ... kembung!!

Malam tadi, aku malas bebenor nak masak. Baru sebulan lebih bertitle isteri, perangai bermalasan mula mendatang. Haish, baik halau jauh-jauh! Aku cuma malas nak masak sebab nak bagi hasben diet sket. Hasben aku tak boleh makan menu berat-berat cam nasi ke ... mahu dia tidur awal. Esok pagi dia bangun terus ngadu lapar lah, badan lemau lah. Kerana sayangkan hasben ku ini ... aku pujuk rayu agar menu dinner .. simple-simple udah le. Alhamdulillah, hasben termakan jua rayuan isterinya yang shomel ini ... soobsss sooobsss!

So, akhirnye dengan sedikit kerajinan yang ada ... isteri pun buat cucur ikan bilis. Okeh la kan, dinner dengan cucur ikan bilis. Lebih baik ada dari takde. Korang jangan tiru alasan isteri yang sedang cuba bermalasan ini. Sangat not good okeh. 


Gebu cucur yang aku buat. Cicah plak dengan daging masak lomak omak mertua aku buat. Siap tapau bawa balik Putrajaya tuh. Omak mertua aku kalau masak sentiasa berlebih-lebih. Sonang anak menantu dia nak menapau. Termasuklah aku.

Kerana hasben-n-wife dok sibuk ngadap cucur ikan bilis nie, dah terlupa dokumentari pasal Pondok Pak Ya yang terbakar di Padang Lumat Kedah pada tahun 1989. Siang dah ingat. Bila sampai rumah dah lupa. Melepaslah dokumentari tu. Harap ada siaran ulanganlah nanti. 

Sambil ngadap cucur, sambil dok sembang pasal Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Alhamdulillah Kak Ta kite dah jadi isteri kepada Zain.... Tarikh cantik tu dorang pilih, 11.12.13. Adik aku last year dia nikah tarikh 10.11.12. Tapi adik aku tu bukan artislah! Kebetulan tarikh berkenaan ada cuti. So, benda baik wajib dijalankan dengan baik juga. Selain Kak Ta dan Zain, Jovian Mandagie & Nina juga bernikah pada tarikh 11.12.13! Semoga kekal ke akhir hayat hendaknya.

macam princess dah Che Ta nie aku nengok ... mmg meletops lah!

Moga bahagia ....
Che Ta punya crown....dasat sangat!!

Nina nampak simple dan suweet sangat. Naik seri pengantin!!

Warna baju family Nina ... sama cam baju wedding aku aritu. Baju mak pengantin pompuan cantik la plak. Macam nak tiru je buat baju raya next year. heheheheheh


Apapun ... semoga berbahagia dunia akhirat buat mereka yang baru melangsungkan perkahwinan dan juga yang telah sekian lama mendirikan rumah tangga! Sayangi dan setialah dengan pasangan kita ... okeh!!





CK : Rasa nak sanding lagi sekali ngan hasben .... rindu time wedding arituh. keh keh keh



7 comments:

  1. lawa & nice colour bj sanding nina tue kan kak...owhh sama ngan akak yerkk..cantik2

    ReplyDelete
  2. Su su pun hampir tiap minggu balik sg besar...mil masak sedapp,,,rugi x makan..makanya diet ke laut la:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...skang nie berat mcm dipam2...dh jad belon dah

      Delete
  3. Balik Rantau lagi? Boleh tapau lagi ekk. Sebenarnya mak2 ni memang sukaaa kalau anak2 tapau food yang diorang masak. Diorang terasa dihargai.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!