Wednesday, January 30, 2013

PEMBUKA SELERA!

Assalamualaikum ...



Hye .. u'olls, dah lunch ke??


Okeh hari nie nak share pasai pembuka selera! Pembuka selera nie la buat kita makan bertambah-tambah sampai tak hengat dunia orang kate! Macam aku, kalau makan nasi ... aku nak pembuka selera yang buat aku rasa puas bila makan. Mahu makan sampai tak toleh kiri kanan dah.

Macam kat kampung kalau makan nasi ... mesti nak ada sambal belacan. Salah satu pembuka selera aku neh. Tak pun sambal gesek dengan buah bacang. Sedapnye la hai. Tak pun sambal belacan tumbuk sekali dengan mangga masam. Perghhhh ko boleh makan bertambah beb!


Hari tu aku masak nasi. Nasi? Mana atkins ko ar?? Okeh lupalah bab atkins sat. Atkins akan bermula bulan February nie. Bulan January sibuk giler ... takleh nak susun jadual langsung. Tak terkejar. Nak diet pun susah.


Dan hari tu juga bukan main lagi aku masak. Melepaskan geram jugaklah sket. Dah lama tak masakkan. Menu simple-simple tapi best la bagi tekak sendiri. Ayam masak lemak cili api dengan kentang. Pak choy masak sos tiram. Ikan kembung goreng dan ikan kering pari goreng pastu ada pembuka selera yang perghhhhhhhhh!!! Menjilat jari bagi mereka yang suke.

Terliur tak tengok masak lemak cili api aku nie? Dah lama tahu aku tak masak ... he he he

Antara sayur peberet!!

hah, menu berlambak .... simple simple sudah!



Dan pembuka selera aku adalah ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cencalok!!!
 
Yeee cencalok!! Sedap sedap sedap ....nyum nyum nyum


Cencalok tuh, si teman yang belikan kat Melaka aritu. Aku pesan. Dah lama tak makan cencalok. Bila dia cakap nak pergi Melaka terus aku order la. Cam biasa order dengan air liur je ... nasib baiklah dapat. he he he.



Aku nie ... bagi je segala pembuka selera versi tekak Melayu .... In Shaa Allah, selera aku terbuka dengan bernafsunye. Cencalok ke ... budu ke ... tempoyak ke ... semua aku ngap!!! he he he


Korang plak?? Macam aku ke ... atau tak suke semua nie sebab ... bau dia boleh tahan la!! Ada orang yang tak suke semua nie. Siap tutup-tutup hidung. Eeee nyampahnyelah ... ko Melayukan??






CK : Dalam perjalanan pulang!!






Tuesday, January 29, 2013

KERANAMU MEE MAGGI!

Assalamualaikum ...




Hye ... u'olls!


Aku nie bukanlah peminat tegar mee maggi. Eh, maksud aku mee segera! Maggi tu brandkan .... ada gak mee segera lain cam mamee, indomie, adabi (tak sedap) dll la. Aku hanya makan mee segera bila aku benar-benar teringin, baru aku makan. Ataupun bila kat rumah dah takde stok bahan mentah untuk dimasak, maka pilihan terakhir adalah mee maggi.



Macam weekend last week, aku laparlah sangat. Pastu mende ape pun takde dalam fridge nak masak. Sekali nampak mee maggi yang si teman belikan. Okeh, bolehlah ... dapat juga hilang lapar. Time lapar, kat dia pun aku dah tak hengat. Masak je maggi aku terus makan. So, takdelah aku nak sms aku belasah maggi ke hape.


Maggi kari ayam!! Slurrrrpppppppp

Sekali dapat makan maggi sedap jugak rupanya! Sorang-sorang pun boleh layan. Terlupa sat dekat bakal laki ha ha ha. Makan ... punya makan ... dah terkenyang! Actually aku ada masalah sket bila makan maggi nie. Sebungkus memang tak boleh habis. Jarang sangat aku dapat habiskan sebungkus maggi ... kena share. Kalau dapat habis kena layan pelan-pelan, sejam baru habis.

Maggi kari yang tak habis. Cik tong yang makan lepas tu ....


Lepas layan mee segera, siap snap bagai. Petang tu ... si teman datang amek camera. Pinjam. Dia sibuk nak ambil gambar berkampung dekat rumah dia. Okeh, aku pun kasi pinjam. Tapi lupa plak aku nak cerita pasai aku dah makan maggi pagi tadi .... sebab masa jumpa dengan dia aku cakap, aku lapar ... konon tak makan pape. Walhal aku lupa aku dah melantak separuh mangkuk maggi!


Tup tup tengah malam ... aku sedap-sedap tidoq, ttreeet ttreeeet sms masuk, "dalam kamera ada gambar maggi. makan bila?". Adeeeh lupa nak cakap la plak!! Biasalah, aku nie kadang lupa nak punch card kat dia. Kalau dia tak punch card dekat aku, sure aku dah bebel-bebel satu alam.



Kenalah menjawab sebelum aku dapat tidur dengan tenang! keh keh keh .... keranamu mee maggi, dapat sms masa tengah nak mimpi dah .... hu hu hu!!




CK : Syoknye berada diperbatasan!!

Monday, January 28, 2013

MUZIUM KAPAL SELAM, PANTAI KLEBANG MELAKA

Assalamualaikum ....




Hye ... u'olls!!


Hari nie aku nak bawa korang jenjalan. Jenjalan dalam blog ajelah. Nak melawat Muzium Kapal Selam dekat Pantai Klebang Melaka. Masa aku pergi Melaka untuk celebrate birthday aku bulan September 2012, muzium kapal selam nie tak dibuka pun untuk orang ramai. Penat je pergi ... dah la panas! hu hu


Bila aku buka laman web Perbadanan Muzium Melaka, barulah tahu bahawasanya, kerja-kerja baikpulih Kapal Selam SMD Quessant Melaka nie telah siap dilaksanakan pada 10 September 2012. Tapi hanya dibuka kepada pelawat bermula pada 1 Disember 2012. Kiranya baru nak masuk 2 bulanlah ia dibuka untuk orang awam.


Kat sini aku cuma nak tunjuk gambar ajelah ... luaran sahaja ... gambar dalam kapal selam non hado. Ini pun si teman yang snap semua gambar. Kapal yang bapak besar nie nampak cam cantiklah pulak dalam gambar. Ke cantik sebab tangan yang mengambil gambar ini? he he he kalau si teman baca mahu kembang kuncup kesayangan aku sorang nie.

Pandangan yang tak berapa jauh .... di tanah lapang sana!!


Ekor kapal selam dengan kipasnye yang macam bunga je ...


Tangga untuk masuk dalam kapal selam! Confuse ... boleh masuk ke tak sebenarnye ni??


Ramai orang sedang menjakunkan diri melawat kapal selam ini .... besaq habak hang ...


Pandangan hadapan .... dah tak rupa kapal selam dah.


Notis board! he he he


Untuk masuk ke muzium ini, harga tiket adalah RM1.00 bagi dewasa dan RM0.50 bagi kanak-kanak. Murah! Berpatutan ... 


 Waktu Lawatan

9.00 pagi hingga 5.00 petang - Isnin hingga Khamis

9.00 pagi hingga 6.30 petang - Jumaat/ Sabtu dan Ahad

Untuk keterangan lanjut mengenai muzium ini, korang call la kat no. nie ye .. 06-282 6526



Cuti  ganti Thaipusam nie boleh la bawa anak-anak melawat muzium, biar celik sejarah sket ... he he he!!






CK : Masih lagi entry autopublish ... =) ! Lamanya aku diperbatasan!! he he he

Sunday, January 27, 2013

TIMUN

Assalamualaikum ...




Kalau dalam office aku nie dikira kategori staff mentimun. Yang orang selalu cakap, "alah siapalah kita ... kitakan timun, digelek kita luka ... menggelek pun kita luka. Tak ke mana!!"


Tapi ... tapi ... aku bukan kategori timun nak menyerah hidup biar kena gelek dan menggelek sampai luka dekat office! I don't like people yang macam nie ... menurut je perintah tanpa bantahan walau tahu benda tu salah. Belakang mengomel dan mengutuk boss sendiri. Depan menikus! Macam lembu cucuk idung buat kerja! Ada benda boleh ikut cakap boss, tapi kalau dapat boss yang bodoh dan tak betul, please jangan ikut cakap dia. Walau pun kau terpaksa bersendirian menegakkan kebenaran!!


Aku pernah, ditinggalkan berdiri sendirian menegak kebenaran ... dipulau lagi! Aku dah lalui semua tu ... but at last, semua orang tahu sape salah sape betul. Cuma now, masih lagi ada manusia bodoh yang perli-perli aku hal kebenaran yang dah jadi sejarah hitam buatku. Aku rasa officer jantan tak bertelur sorang tu jelah asyik berdendam tak habis-habis. Sebab tu aku tengok dia tak maju pun. Ada aku kesah. Lantak pi hang. Aku diam je lah. Layan orang bodoh, kita akan bodoh sama. Paham!!


Aku nie jenis melawan cakap boss. Jujur. Melawan tapi bertempat. Orang selalu cakap, "arahan boss kena ikut!". Eh, sape kate?? Memanglah dia boss, tapi kalau arahan dia salah .... tak betul ... wajar nak ikut ke?? Prinsip aku senang, kalau boss tu betul caranya ... apapun dia suruh aku akan ikut. Dah benda betul, pasti akan selamat ye dak?? Tapi kalau dia suruh menyimpang aku akan terus bersuara .... sbb tu boss aku tu tak berani la suka-suki nak suruh aku ikut cakap dia. 


Disebabkan aku  melawanlah, aku bukan staff kesayangan. Hak aku selalu ditidakkan. Tapi, ada aku kesah. Kalau dia nak nilaikan prestasi aku rendah sekalipun ... lantaklah! Dah bertahun dia tak tunjuk markah prestasi aku. Aku tunggu masa je nie nak pi jumpa pegawai HR. Biar dia menjawab. kah kah kah. Aku pernah cakap kat boss aku sendiri, "Kalau saya tak dapat anugerah cemerlang pun, saya tak kisah ... Tuhan tahu saya nie buat keje ke tak. Dan Tuhan juga tahu boss nie jujur ke tak menilai saya!!". Terus dia diam.


Cuma aku nie bukanlah hari-hari lawan arahan boss ye. Bila arahan dia tak wajar aku ikut sahaja aku akan lawan. Kalau semua benda nak lawan, baik je aku jadi boss sendiri ... he he he. Memang ada batasnyelah ko nak lawan apa ... dan kenapa? Bukan membuta tuli. Kalau melawan buta tuli, maksud dia jerat leher sendiri! 



Nak diingatkan, kalau ko melawan boss pada benda yang salah ... bagi aku memang wajar! Tapi biar benda tu habis dekat office je. Janganlah perasaan marah tu sampai keluar office .... kang ko nye marah berkobar-kobar sangat, kete boss plak jadi mangsa. he he he. Itu nama dia bodoh!! Kalau habis, habis kat situ je .... jgn biar berlarutan. Aku kalau boss aku okey, aku okey je ... boleh borak2 lagi. Cuma time dia weng ... aku akan weng sama kepala dia kasi betul balik. he he he


Durian sedap ... timun pun sedap buat ulam. Jadi janganlah luka melukai antara satu dgn lain! Boleh??



Apapun, korang tak yah lah ikut perangai aku plak ye. Jadi timun nie, kena pandai dan belajar mengelak supaya tak luka. Faham!!








CK : Autopublish lagi. Komen akan dibalas selepas aku balik dari perbatasan .... he he he

Saturday, January 26, 2013

TERIMA KASIH BUKAN UNTUK NUFFNANG SAHAJA

Assalamualaikum ...




Jangan pelik dengan tajuknye ye. Ini nasihat daripada Nuffnang. Rasanya sebelum ni aku pernah up entry, kalau korang dapat CPUV, rajin-rajinlah hantar ticket kepada Nuffnang untuk ucap terima kasih. Terima kasih je pun, bukan kena bayar. Malah kalau kite nasib baik Nuffnang akan tambah CPUV kite lagi ... kalau memang bernasib baiklah ye!


Aku nie macam biasalah, bila dapat je CPUV ... aku mula jadi peramah plus manja-manja dengan Nuffnang. Kira cam nak bodek jugalah sket-sket. he he he. Bodek dalam masa yang sama terhutang sedikit  budi dekat dia sebab sudi bagi kita earning. Orang  berbudi kita berbahasa. Barulah boleh erat Nuffnang dengan kita. Lepas tu, bolehlah kite bodek bebanyak CPUV. He he he kalau dapatlah.


Baru-baru nie aku ada dapat satu lagi CPUV, selepas Anmum Materna Planning dah credited, aku dapat pula CPUV dari DiGI iphone 5. Sonoklah! Tamat satu .... dapat lagi satu ... nak lagi 2,3,4, 5 ..... 10!! Kalau dapatlah sampai banyak tu kan.


Bila dapat je CPUV dr DiGi, terus aku hantar ticket kepada NUff ...."Terima kasih ... bla bla bla ... sayang Nuffnang, peluk cium ... bla bla bla, bagilah lagi CPUV. Banyak lagi pun takpe ... bla bla bla!". Macam tulah lebih kurang aku punya isi ticket. Lebih kurang, aku takdelah kata sebijik camtu ar. he he he


Staff Nuffnang nie kalau bab bagi respond kat blogger memang cepatlah. Setakat ini aku memang puashatilah dengan Nuffnang nie ... kalau tanya kemusykilan ke hape, paling cepat sehari ko dah dapat jawapan. Paling lambat 2 hari. Takdelah kul 2pm ko hantar ticket, kul 3pm terus dia balas ... takdelah secepat tuh.


Kat bawah nie, ticket yang dia balas dekat aku. Dia kata ..... eh, korang bacalah sendirik yek!!


Ringkas je balasan dia ... tak jela-jela pun ....


Terima kasih bukan kepada NUffnang sahaja, tetapi juga kepada the advertiser!! Hah, sekarang nie aku kenalah ucap terima kasih kepada DiGi. Mula terasa digi kuning boyot tu ikut aku dah. hahahahahaha.



Ini dikira tips tahu ... rajin2 hantar ticket kepada Nuffnang kalau nak dapat CPUV dengan banyak sekali. NUffnang .... ILOVEU ....nge nge .....





CK : Autopublish entry .... berada di luar kawasan. Setiap komen aku akan balas setelah kembali dari perbatasan. Cheeewah ....

Friday, January 25, 2013

POSITIVE THINKING CAN HELP YOU LOSE WEIGHT

Assalamualaikum ...





Lepas nie ... korang positif thinking la ... esok bangun je tidur terus kurus....heheheh nak tak??





Belajar pikir positif yek!! Jom kurus ....





CK : Diet ...diet ... bila nak sambung diet balik nie??

HARGAILAH SESIAPA SAHAJA

Assalamualaikum ....






#malas nak komen dan ulas ... he he he
#sumber : facebook




CK : Sharing is caring!!

Thursday, January 24, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...






Gambar sekitar Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra, Putrajaya. Bermula jam 6.45am, semua pembarisan dari Jabatan Kerajaan, Swasta, NGO, Sekolah, Pertubuhan dan sebagainya bersiap sedia dalam barisan masing-masing.


Perarakan bermula dari Presint 3 sehingga ke Dataran Putra berhadapan Masjid Putra! Jom saksikan gambar....






Abang nie dah macam pengantin, siap bertanjak!







Sekian, salam maulidur rasul!!




CK : Hari nie penat sangat!

KAMBING

Assalamualaikum ....




Baru sudah makan daging kambing ... kepala aku pun start berdenyut macam dah nak pening. Aku nie kalau orang masak kambing dan takde bau, mesti nak makan. Tamba-tambah plak daging kambing bakar. Cumanya aku nie, asal makan kambing ... mulalah kepala jadi pening, batang leher terus jadi keras. Dan-dan tu juga nak cari bantal .... nak baring!


Time makan aku tak ingat soal binasa diri. Ingat sedap je ... makanlah. Nabi S.A.W kesayangan kita semua pun suka makan kambingkan? So, apa salahnye ikut cara Nabi S.A.W ye tak? Tadi dapat masakan kambing special! Sedap sangat ... Alhamdulillah ...


Aku suka sangat makan daging kambing, cuma aku tak boleh makan banyak 1 slice sebesar tapak tangan aku yang comel nie pun dah dikira sangat banyak. Kena juga jaga kepala nie ... asal masuk daging kambing je, mulalah rasa pening-pening. Tapi ada masanya aku malas nak layan pening nie, makan ajelah. Benda sedap!! he he he



Hye semua .... selamat bercuti !!



Hari ini cuti umumkan sempena Maulidur Rasul ... aku baru balik dari Masjid Putrajaya untuk Sambutan Maulidur Rasul 2013. Ramai sangat orang ... dan best juga!!



UNTUK SEMUA, SALAM MAUDLIDUR RASUL!!




CK : Kalau dapat baring kan best di kala ini ;=)

Wednesday, January 23, 2013

UV 500 LAGI DAN TIPS MENAIKKAN UV BELOG ANDA

Assalamualaikum ....





Alhamdulillah, 2 hari nie aku dapat UV 500 lagi. Seronok sangat! Walaupun UV semalam agak menurun sket, tapi masih mengekalkan angka 500++. Sorry la 3-4 hari nie aku asyik share tentang UV belog aku. Sebenarnya semua ini adalah untuk memberikan aku semangat .... dan semangat untuk korang juga untuk terus blogging.


Semalam dapat 559 UV ... sebelumnya dapat 565 UV. Sikit jelah beza!


Bukan setakat UV je nampak macam dah bertambah baik, tapi followers aku juga bertambah. Terima kasih kepada yang sudi follow serta terjah belog aku. Cuma aku nak bagitahu  korang, jangan keliru antara UV dan followers ye. Walaupun korang tengok followers aku riban, tapi aku masih belum pernah menerima UV 1000++ untuk sehari. Belum pernah! Tapi aku akan usahakan sebaik mungkin. In Shaa Allah.



Untuk permulaan di awal 2013, aku rasa ini adalah sesuatu yang baik dalam dunia blogging aku. Kesungguhan diperlukan untuk aku upkan UV aku ke satu rentak yang lebih baik. Nak dapatkan pembaca setia agak susah, sebab ia bergantung kepada bagaimana kita menulis, cara penyampaian .... serta layout belog juga memainkan peranan. Salah satu sebab kenapa aku tukar layout belog ini kepada keadaan sekarang. Nampak lebih matang ... walaupun header cartoon tu tak pernah terlepas dari indentiti aku. Umur hanya angka, hati muda remaja! ha ha ha


Kalau korang nak tips macam mana nak meningkat UV belog sendiri kenalah rajin google. Belajar daripada yang pakar. Okeh, yang pakar tu bukan aku ye. Blogger lain. Aku baru kaji tips daripada IntanBerlian. Dia ajar cara-cara meningkatkan traffic belog atau UV. Memang seronok baca belog beliau. Template simple ... isi belog mudah faham. Selama nie aku jadi silent reader je dekat belog IntanBerlian nie. Bila aku godek-godek belog dia, baru tips rupanya mummy yang cun nieh!!


Antara entry dia yang menawan hati aku adalah CARA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK UP UV! Secara jujurnya aku nak bagitahu, aku memang nak tiru style IntanBerlian nie. Boleh ye Puan IntanBerlian?? he he he ... minta izin! Nak berjaya kenalah tiru orang yang berjaya. Copy sebijik cara dia nak berjaya bak kata Dr. Azizan Osman. Aku dah 2 kali join seminar Dr. Azizan Osman nie. Best. Yang nie nanti aku ceritalah ye. Kalau ada masa.,


Untuk korang yang baru, macam aku ... ha ha ha ... bolehlah cuba cara yang disyorkan oleh IntanBerlian tu. Mana tahu kot menjadi. Tapi pelan-pelan kayuh dengan usaha yang berterusan. Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunye .... ye tak?? Nak berjaya kenalah berusaha .... dan istiqamah dalam melakukannya.



Aku harap korang tak segan silu nak belajar ye .... jadi blogger pun kena tahu caranya. Gali ilmu, mana yang baik ... amalkan! Boleh???





CK : Seronok dengan blogger otai yang tak kedekut ilmu! Sangat mengujakan!!

BETUL KE WAHAI PARA ISTERI??

Assalamualaikum ...






Aku belum lagi menjadi isteri. Soon. So, aku nak tanya kepada korang yang menjadi isteri .... betul ke apa yang ditulis dalam gambar di bawah??? Korang pun macam tu ke???




Selalunya perempuan tidak pernah lepas dari airmata, termasuk aku le tu!!
Any comment pasal kenyataan dalam gambar tu???





CK : Semoga dapat menjadi isteri yang solehah. Amin

PETUA MENJADIKAN ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Assalamualaikum ...




Hye u'olls .... morning! Alhamdulillah dapat jua bersua lagi. Heh, intro macam rancangan TV. Pagi nie takde marah-marah lagi dah macam semalam. Dah coolblog dah. Marah tu tak lama pun, dapat rehat dan tidur yang cukup semuanya menjadi tenang semula. Eceeh, semalam bukan main lagi menjadi singa betinakan aku neh. hiks hiks hiks.



Hari nie ustazah nak share sedikit petua untuk menjadikan cahaya mata kita sebagai anak yang soleh dan solehah! Ustazah hokey ....oh tidak, tak layak pun diri yang kerdil nie jadi ustazah. Belum berkawan dengan ustazah-ustazah pun lagi. he he he. Okeh, back to the petua ye ... aku jus nak share petua yang patut mak bapak amalkan untuk jadikan anak-anak sebagai hamba Allah swt yang soleh dan solehah.


Anak-anak nie selalu kita dengar ia diibaratkan sebagai kain putih. So, tanggungjawab kita sebagai mak bapak untuk menjadikan ia bagaimana?? Baik ke buruk ke ... dan sebaiknya ia bermula sejak kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Senang, kalau dah jadi buluh, nak lentur pun susah ... salah lentur akan patah. Kalau biarkan terus ... akan keras. Lambat laun kita yang susah. Sementara anak masih kecil nie, baik kita mendidik dia sebaik mungkin berlandaskan Islam. Seperti apa yang disyariatkan dalam agama kita.


Anak-anak inilah yang akan mendoakan kita kelak, bila kita dah tiada lagi di dunia ini. Jadi, cara didikan yang betul adalah penuh. Lagipun, keadaan hari ini cukup mencabar dan terlalu banyak anasir-anasir yang boleh menerkam jiwa anak-anak kita. Jika betul kita mendidik mereka, In Shaa Allah ... sehebat mana pun anasir-anasir tidak baik di luar sana, jiwa ... hati ... dan akal anak-anak kita akan kuat menepisnya! In Shaa Allah.


Kat bawah nie aku share petua-petua yang sebaiknya korang boleh amalkan. Kena rajin sikitlah. Bukan untuk sesiapa pun kan, untuk darah daging sendiri jugakan??
 


♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
(Al-furqan : 74)


Mak aku sejak dulu suruh aku amalkan baca surah alam nasyrah, untuk memudahkan urusan harian. Aku nie je kadang lupa. Bila ingat tuh, hari-hari baca. Sekarang nie, Alhamdulillah ... dah selalu baca. Syukurlah aku ada mak ayah yang asyik ajar macam-macam doa walaupun dia tahu anak dia yang sorang nie sangat lembap bab menghafal! Dia tetap ajar juga sampai boleh.


Didilah anak-anak dengan sempurna ... [sumber ; Abang Google]



Harap-harap, bukan sahaja anak-anak kita dapat menjadi anak yang soleh dan solehah tetapi kita juga wajib menjadi anak yang soleh dan solehah kepada mak ayah kita, kan??




#Jangan jadi anak duuuuurhaka!!





CK : Tepat jam 6am, mata terbuka luas!! Segarnye paginie ....

Tuesday, January 22, 2013

HARI MENCABAR JIWA RAGA

Assalamualaikum ....




Hye u'olls .... buat ape tu??



Pepagi lagi aku mohon semua perkara dipermudahkan sebelum pergi kerja. 'Ya-Allah permudahkanlah urusan aku hari ini kerana aku keluar untuk mencari rezeki yang berkat!'. Doa nie aku selalu baca depan pintu lift dekat rumah aku. Sampai je depan lift baru teringat nak baca doa. Kalau tak depan pintu rumah.


Hari ini jadual aku sangat padat. Terkejar sana. Terkejar sini. Buat hidup aku jadi lapar, sedikit haru biru dan sedikit semput. Dengan taklimat sana sini. Dengan appoint dengan supplier. Huh, letih. Januari 2013 sendat dan sangat padat dengan appointment. Mengalahkan PM kite yang sibuk dengan PRU Ke-13 nanti. Lebih kurang macam tulah aku. Untuk PRU Ke-13 nie, aku bertugas juga ... so 1st time la nanti nak mengundi pos. 


Bermula pagi tadi, walaupun aku sibuk. Semuanya berjalan lancar. Cuma aku tak berapa suka dengan officemate aku yang menyoal aku macam-macam soalan cam dia pulak polis pencen. Bencinye! Soalan semua tak boleh pakai. Ntah pape. Tapi aku abaikan ... dari dulu lagi aku malas nak layan dia nie, hidup sibuk dengan seribu alasan.


Walaupun perjalanan di office semua smooth ... tapi ada benda yang mencabar jiwa raga sedunia aku nie selepas waktu bertugas. Bermula bila aku dan si teman nak pergi makan dekat Desa Pinggiran. Aku memandu kereta aku dan dia kereta dia. Nak dijadikan cerita .... sewaktu berhenti dekat traffic ngadap PICC, aku berada di lorong tengah. Dan di lorong kiri aku sebuah lori siput (lori simen). Manakala sebelah kanan aku sorang kakak yang naik kereta Matrix ke hape ntah warna hijau. Memasing di ketiga-tiga lorong nak belok ke kanan menuju Presint 5 & 6 atau pun terus ke Dengkil.


Yang aku nak cerita pasal kemangkukan kakak matrix hijau nie. Kau dah tahu dok lorong kanan ... bila belok ambillah lorong kanan sekali. Aku tetaplah lorong tengah. Tapi disebabkan matrix hijau nie maybe spesis tak sayang nyawa, bila dia belok ke kanan ... terus dia bagi signal ke kiri sebab nak masuk lane tengah, potong rapat tuh.Walhal kete aku dekat lane tengah tu, main cilok rapat depan kete aku. Ko dok lane kanan ... dok la lane kanan bebaik. Abis ko amek lane aku, aku nak dok lane mana?? Lane kiri?? Agak-agaklah ... lane kiri tu lori siput. Aku pun tahu sayang nyawa aku. . Hangin aku, terus aku hon berkali-kali!!


Agaknye lesen beli kot kakak tu! Geram punya pasal terus aku follow rapat. Aku perasan dia pandang dari cermin pandang belakang. Dah memang salah ko. Kalau rasa malas nak hidup dah, jangan nak ajak orang lain pun malas hidup macam ko! Kalau bagi signal janganlah terus masuk je lane mana yg ko suke .... tengok dulu, selamat ke idak nak masuk lane. Kalau selamat baru masuk! 


Belum pun settle angin aku dengan kakak matrix hijau yang mangkuk tuh, pi warung makan dekat Pinggiran Putra. Kat situ pun jadi hal juga. Okeh lupa nak cakap, akak tu dok Presint 5R*. Kalau akak baca entry nie, saya nasihatkan pergi driving school 2-3 kali lagi ye kak. Akak dah hampir menjerumuskan saya bawah lori siput!


Okeh, sambung hal mencabar jiwa raga kat warung di Desa Pinggiran Putra plak ... sampai je dekat warung tu, aku terus pi order sate. Sebab tekak aku memang nak makan sate. Tambah plak dah lama tak makan sate dekat Desa Pinggiran yang depan restoran mamak tu. Excitedlah tadi nak makan sate ... dah boleh bayangkan sedapnyelah!!


Masa aku order sate tuh, akak chubby bertudung labuh nie dengan muka tak senyumnye ... pastu bila aku cakap order, dia macam layan tak layan. Aku siap cakap, "kak, sate ayam 5 ... sate daging 5. saya duduk hujung sane ye. nanti hantar dekat situ!". Dia cam angguk nak tak nak je. 


Pas order sate, terus aku order coconut shake dekat kiosk no. 2 sebelah sate plak. Nasib baiklah abang tu layan baik. Aku bayar then dia hantarkan coconut shake tu kat meja ... tak sampai pun 5 minit order! Si teman plak order bihun goreng dan nescafe. Duduk sekejap, bihun goreng si teman sampai ... teruslah dia makan. Aku merasalah sket sementara tunggu sate. Si teman makan bihun tu sampai habis, sate aku tak muncul-muncul. Aku tengok kakak tu asyik dok hantar sate kat meja lain. Eh, dia pekak ke aku bagi order tadi???


Dah dekat sejam dok situ, azan maghrib pun dah berkemundang ... sampai kesudah, bukan kata sate ... asap sate pun tak sampai dekat meja! Aku tak pergi dah makan sate kat situ lepas nie. Akak tudung labuh yang tak reti senyum tu pun aku malas dah nak tengok. Nampak je cam warak, tapi senyum ngan customer pun tak reti. Piiiiraaaaahhh!!! Banyak lagi gerai sate aku leh pergilah. Tak heran okeh. Huh, urut dada. Marah neh ... hehhehehehe



Sudahnye, ini yang aku dapat malam nie ...... burger bakar Desa Pinggiran Putra ....



Indah rupa ... dari rasa! Tapi Alhamdulillah....ada juga rezeki malam nie. Walau tak dapat sate ... bolehlahkan??

Makan cam omputih siap knife ngan garfu laie...hehehhehe


Mencabar betul peristiwa selepas waktu keje arini. Bertabahlah wahai hati. Semput aku dibuatnya. Harap-harap esok, tak laluilah keadaan yang mencabar jiwa raga macam nie lagi. Penat hati dowh!! Penat ....


Sorrylah wey, aku terpaksa bebel kat sini. Terima kasih sudi baca ;=)






CK : Alhamdulillah, kenyang dah makan.

DAH MENAIK!

Assalamualaikum ...




Entry sebelum nie aku dok membising UV aku down. Tapi bukan berterusan down ye. Hingga tarikh semalam aku berjaya upkan UV aku menjadi 3000 untuk seminggu. Kalau sehari 3000 UV kan best? he he he.


Buktinye pada graf di bawah. Menaikkan?? Bangga sekejap ... dapat juga UV 500 sehari. Lepas nie aku nak try up entry aku untuk waktu-waktu tertentu. Nak test UV akan naik atau pun tak? Maybe weekendlah kot aku kena buat autopublish entry. Weekdays nak concentrate dengan blog susah sket. Banyak keje lain nak buat.


UV yang agak membanggakan dan mengembangkan hidung aku sekejap. he he he

565 ... nombor cantik!

Tahun baru nie, kalau boleh aku nak buat yang terbaik untuk belog nie. Aku cuba. Aku usaha. Selebihnya aku berserah. Kalau boleh nak jadikan belog nie lebih baik .... Moga-moga. Ameen.



#peningkatan UV adalah satu semangat ... kalau earnings naik, bertambah semangat!! he he he



CK : Menulis boleh hilangkan stress.


TAK LEPAS DENGAN BLOG!

Assalamualaikum ....




Hye ... u'olls!



Aku kadang-kadang kena tazkirah dengan si teman. Dia cakap aku nie giler blog. Pergi mana-mana tak lepas dengan camera dan amek gambar. Dan manjang nak ada lappy dan broadband. Dia ada masanya komplen, "saya tengok awak nie kalau dapat lappy diam je .... tak lepas dengan belog! Senang je nak bagi awak duduk diam. Bagi lappy satu dengan broadbandkan??". Okeh itu aku. Kau kena terima sayang!!


Kehidupan aku setakat hari ini selain Dia Yang Maha Kuasa .... aku cuma ada mak ayah, abang & adik2 yang dah ada family dan sibuk dengan family sendiri, si teman dan beberapa kerat bff! Itu je aku ada. Kemudian aku upkan kehidupan aku dengan mempunyai sebuah belog. Untuk aku share perasaan, pengalaman dan cerita aku dekat sini. Walaupun cerita biasa-biasa, kadang ia buat aku terlepas dari tekanan hidup yg macam-macam.


Sebab tu lah till now, aku sentiasa inginkan smartphone ... supaya aku boleh blogging kat mana-mana. Aku dah request dengan si teman kalau dia nak aku ikut pi meeting siang malam pun aku sanggup asalkan ada smartphone suatu hari nanti. And he promise ... on day dia akan belikan. Tapi kena sharelah. Tak kisah, janji ada. Share pun sharelah. Dia tak nak aku bosan menunggu dia meeting yang tak kira masa siang dan malam.


Macam semalam, bila dia kata ajak balik dari office, mesti aku cakap, "sat ... nak siapkan satu entry!". Dia pun tunggulah aku. Walaupun dia mengomel, tapi Alhamdulillah ... dia sangat rajin ambil gambar untuk aku. Apa-apa yang dia rasa gambar tu menarik atau join mana-mana event dia akan bagi gambar dekat aku. Supaya aku boleh masukkan dalam belog. Hakikatnya dulu, dia tak suka langsung aku jadi blogger. Malah dulu, aku saban masa kena perli. Aku sabar je lah that time. Aku yakin, suatu masa dia akan terima juga minat aku untuk menulis di blog kedaung nie.


Alhamdulillah, dia dah boleh terima aku ada blog dan suka menulis ... walaupun penerimaan dia belum lagi 100% sempurna. Tapi, at least dia menerima dan turut menjadi penyumbang bagi sesetengah entry dalam nie.


Aku pernah ada cita-cita nak jadi penulis buku dulu .... masa sekolah-sekolah, tapi tak kesampaian ... maybe kurang rajin kot berusaha. Sekarang nie, dapat menulis belog pun dah cukup walau tak sebagus orang lain. Sekurang-kurangnya aku tetap mampu menulis. 


Aku akan terus berblogging selagi mampu. In Shaa Allah [sumber ; abang google]


Kesabaran aku berblog, memang ada hasil. Dan aku suka apa yang aku buat sekarang. Walaupun member-member office cakap ... blogger nie masa dia habis dekat blog saja. Takda benda lain nak buat. Bagi aku itu lebih baik, daripada masa kau habis dengan jaga tepi kain orang! Sedangkan kain sendirik koyak kau tak sedar.







CK : Jadual aku penuh hari nie. Sendat rasanya!!

SOMBONG SANGAT!

Assalamualaikum ....




Malam-malam buta aku nak hangin separuh badan. Tak cukup marah sangatlah tapi masih dalam keadaan agak marah plus geram! Aku  baru je balik dari dinner ngan si teman. Takdelah nak dihantar sebagai guna kete akukan. So, pandailah balik sendiri. Jangan nak menggediks suruh orang hantar sampai depan rumah ye. 


Bila dah lewat cenggini, 11pm sampai kat parking .... nasib aku baik sebab ada lagi lot parking. Reserve untuk aku ler tu! Tak perlulah aku nak park jauh-jauh dekat rumah sampah. Boleh parking bawah bumbung je lah. Adatlah dok apartment, berebut parking adalah wajib. Kalau ko dok teres, ko bleh parking depan rumah je. Sonang. 


Tadi, bila masuk je basement parking ... terus perasan ada 1 lot kosong, terus aku bagi signal dan masuk. Biasanya aku parking masuk bontot kete dulu. Perempuan bila bab parking bontot dulu, lemah sketlah. Terkial-kial. Aku je kot macam tu ... heh? Masa aku sedap dok adjust bontot kete, terperasan sebuah kereta honda accord hitam ni follow aku dan terpaksa berenti coz aku dah ganggu jalan dia sbb nak parking kan. So, dia menunggu dan bagi aku laluan. Tu pun aku 3-4 kali adjust baru dapat masuk petak. Risau gak kot gesel kereta kiri kanan. Mampus nak kena bayar kang!


Masa aku dapat masuk parking tu, masih senget ... takpelah, kasi accord tu lalu dulu. Kang dia lepas aku adjust kasi ngam ngan petak parking. Bila dia lalu, aku terus angkat tangan .... tanda terima kasih kerana sudi menunggu seketika sampai aku masuk petak parking. Kenalah berbahasakan!


Yang aku hangin, aku dah la angkat tangan ... tak dibalas, senyum pun tak. Lagi macam nak memecut kereta dia hadelah kat basement parking tu. Eh, tahulah ko pakai honda accord. Mahal dari kereta aku. Tapi bakpo mu sombong sangat. Ko ingat kete mahal mu tu leh bawa masuk kubor! Tak ke manalah sombong tu. Tak senyum dan tak angkat tangan aku tak kisahlah, tapi tak yah nak memecut macam marah je aku terkial-kial nak parking. Bukan ko kena tunggu sampai 10 minit pun. 5 minit pun tak sampai. Huh!!


Sombong tak kena gaya!! Macamlah aku heran sangat dengan kereta mahal tuh. Kete je mahal tapi akhlak yang baik takde ... tak guna gak le. Terus kete ko nampak murah sangat!!


Dah macam-macam jenis orang sombong aku jumpa dekat parking rumah aku. Dulu ada sekali orang minta nak gunakereta aku nak jumper dekat parking apartment aku. Masa tu dia nak pergi pasar tani, kete tak boleh start. Dan kebetulan aku baru balik keje. Elok aku buka je pintu kereta terus dia terjah, nak minta tolong jumper kete dia. Aku mula macam was-was jugaklah, sebab tak kenal. Kete aku plak tak pernah dijumper sebelum nie. Tapi memikirkan sure dia tinggal satu blok dengan aku .... tolong ajelah! Wife dia that time senyum-senyum dah peramahlah. Nak minta tolonglah katakan ...


But after a few days jumpa dekat lift lobi apartment aku .... terus buat muka tak kenal. Senyum pun tidak. Macam gampang je aku rasa. Dasar sombong tak boleh blah. Masa nak minta tolong pandai plak kau senyum walau pun tak kenal. Tapi bila dah tolong, terserempak .... bukan kata tegur, senyum pun jauh sekali. Okehlah, aku doakan korang bahagialah. Malas aku nak layan orang tak akhlak cam korang neh! Yang aku dah tolong tu kira halal. Habis cerita!


Bukan nak kata aku baik, tapi kadang aku memang pantang dengan orang yang sombong dan berlagak tak kena tempat nie. Macam dorang nie minta dibagi pelempang pergi balik jer! Ish ... geram sungguh aku.


Macam nak tempek je kat kete manusia tadi .... huh, biar dia sedar diri!!


Ibu ayam sombong, sebab bertelur sebiji riuh sekampung. Macam dia je boleh bertelur ...
Macam ada sorang tu lah, macam ibu ayam. Keje sket, riuh lebey. huh.







#urut dada .. cepat-cepat istigfhar!






CK : Dah lewat malam, pi tidolah weh ....

Monday, January 21, 2013

LOVE YOU LA NUFFNANG!!!

Assalamulaikum ...



Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Walaupun pagi tadi masa aku check akaun abang Nuffnang, CPUV dari Anmum Materna Planning dah pun credited. Rasa cam sedih jugalah cepat sangat credited. Earning pun bolehlah .... lepas buat lunch. he he he.


Tup-tup petang tadi abang Nuffnang sayang, sekali lagi dengan baik hati bagi lagi CPUV!! Yeeeeee ... suke suke syok syok!! Bulan Januari 2013 nie dah 2 kali dapat CPUV. Murah rezeki aku hendakNya dan moga berterusan. Ameeen ....

Masih 0-0 lagi earning dia.....


CPUV aku pagi tadi dari DiGi iPhone 5. Wah iphone 5 koooo .... biler la nak dapat pakai iphone. Asyik orang lain pakai aku pandang je. Pegang pun belum lagi tau. Eh, tak dapat iphone 5 pun takpelah .... asalkan CPUV iphone 5 nie lama bertenggek kat belog aku. Wah, meriahlah. Banyaklah earning aku nanti!!




Terima kasihlah ye abang Nuffnang. Bagilah CPUV banyak-banyak lagi. I suke tahu. ngeh ngeh ngeh. Tips utk korang, bila dapat CPUV ... sila rajin update entry ye. Kalau boleh 5-6 kali sehari. Kalau bolehlah ...





CK : Best je tengok belog org lain yang ada CPUV sekali dapat 5-6!! Syoknye ....

MENURUN PULAK!

Assalamualaikum ...



Hye u'olls .... dah lunch ker??


Menurun pada tajuk entry bukan nak cerita pasal menurun nombor ekor ke hape ye. Itu syirik okeh. Nak share pasal UV belog aku sebenarnya. Menurun sket this week. Sedih hokey. Tapi takpe ... akan diusahakan supaya grafnye tidak seperti turun tangga. Nak usaha bagi menaik dan terus naik. Okeh, chaiyoook.


Mari lihat penurunannye ....

Macam jatuh terduduk pun ada ... he he he








Hampir berjaya mengekalkan angka 400++ UV sehari, tapi bila masuk je weekend ... makin menurun pulak. Haish ... tak tahu kenapa this week traffic aku tak berapa nak cantik. Padahal, hari-hari up entry. Eh, belog aku dah tak cukup best ke ar?? Oooopsss sedar diri neh ... ha ha ha


Dapat kekalkan 2000uv seminggu pun okeh, walaupun orang lain sehari je dapat 2000 uv. Hebatlah korang!!



Banyak citer jalan-jalan aku tak up dekat belog aku nie. Padahal gambar berlambak. Kurang rajin edit. Makanya dapatlah habuan dengan UV menurun. Padan muke mu ... ha ha ha.



Eh, korangnye UV sure gempak dari aku punyakan???





#Tips : kalau korang dapat CPUV @ BE, sila rajin update belog untuk up kan earning anda. sekian.






CK : Adatlah kadang naik, kadang turun .... jangan menurun no. ekor sudahlah!!




BLOG DIA SIMPLE, TAPI JUJUR GILER ... SIAPA BLOGGER LELAKI INI??

Assalamualaikum ...




Hye u'olls ... selamat pagi!



Dah lama aku berhajat nak buat entry tentang sebuah belog milik seorang blogger lelaki nie. Aku suke terjah blog dia hampir saban hari kalau dia up entry baru. Template belog dia simple simple je. Simple giler. Giler pun tak simple macam tu.


Tapi ada perkara yang aku suka perihal belog milik blogger lelaki ini. Bukan sebab dia lelaki dan aku perempuan, maka aku suka belog dia. Tidak-tidak! Aku juga suka belog Fatin Liyana walaupun dia blogger perempuan. ha ha ha apa aku merepek nieh.


Aku suka belog milik blogger lelaki nie, sebab kejujuran entry dia. Dia menaip, meluahkan idea ... menzahirkan perasaan dia berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling dengan jujur sekali. Ringkas, padat dan mudah faham. Bagi akulah! Bagi korang aku tak pasti. Aku berani cakap macam nie sebab dah hampir 2 tahun aku adalah pembaca belog milik lelaki ini dengan tegar sekali. Setiap kali dia up entry, pasti aku terjah. Walaupun kadang-kadang aku tak komen pun. Silent reader.


Dia sering meluahkan entry perihal diri sendiri, family, kerja dan hal-hal seharian yang menimpa diri sendiri. Pendapat dia best. Bernas. Aku mudah faham. Maksudnya, tulisan dia tak berbelit macam entry belog aku nie. Akunye style kengkadang, melalut dulu baru sampai ke point sebenar ... tapi blogger lelaki ini memang straight to the point. Mungkin sebab dia lelaki kot. Lelakikan kebanyakannye suke hal-hal yang simple dan direct neh. Betul tak??


Walaupun followers dia tak seramai aku, tapi dia relaks je blogging. Memang relaks. Hari-hari up entry. Best-best plak bagi aku. Aku pun tak mampu nak menaip sesimple dan sesempoi dia dengan idea yg jujur.



Hanya tuan belog ini sahaja yang tahu .... berikut memang followers dia!


Sapelah yang bakal dapat PS3 tu??



Kalau korang nak terjah belog milik blogger lelaki ini .... sila terjah di sini <------ Cuma, nak diingatkan ... apa yang aku suke tak semestinya korang suke. So, aku tak paksalah korang suka belog milik lelaki ini juga. he he he. Tapi kalau korang suka baca belog dia, mesti dia juga bertambah-tambah suke. Okeh, aku dah start mengarut dah. Bye ....



#jom start buat keje! pantas ... jgn buang masa!





CK : Rasa nak buat segmen review belog ... tapi tahap kerajinan tak meninggi.

Sunday, January 20, 2013

MARI BLOGWALKING MENAMBAH FOLLOWERS! JOM LER ...

Assalamualaikum ...




Rasanya dah lama sangat aku tak blogwalking (bw) dan jadi followers serentak. Dulu memang rajinlah. Banyak masa. Boleh spent time untuk bw. Selepas zaman rajin tuh, kalau aku bw pun, setakat bw ajelah. Baca entry terus blah. Silent reader. 


Sekarang nie, bila ada masa sket. Aku akan bw, baca entry, komen dan jadi followers. Serentak. Cuma amek masa yang lebihlah dekat sebuah blog kalau nak buat semua nie. Kadang ada yang aku tak faham dorangnye entry, so jadi followers ajelah. At least dapat meramaikan kawan, kan??


Malam nie aku dapat 3 orang followers baru sehingga entry ini ditaip. Thanks korang yang sudi follow belog ahkak nie. Lap u much-much more le!! Kehadiran korang menjadikan mereka yang kaya berjaya seramai 1252 orang. Alhamdulillah ... lepas nie kena lebih mesra semasa bwlah. he he he. Tips nie. Rajin bw, lebih ramai kawan korang akan dapat. Lebih mesra belog korang untuk semua.




Kawan baru aku nie datangnye dari sini .... GOSSIP BOLA SEPAK, SUE SEE AND SAY & LOVELYFARRAH!! Boleh ler korang jenjalan kat blog dorang nie. Followlah sekali yek, tak rugi pun follow blog kengkawan nie. Mana tahu kot leh jadi bff alam maya. Siapa tahukan??



Okeh, aku nak sambung bw la pulak. he he he terlebih rajin malam nie, walhal esok kena bangun awal nak kerja!!






CK : Dah lama tak bw, seronoklah pulak! Teringat zaman mula2 blogging dulu, hye dah dekat 3 tahun rupernye!

LANGKAH CERIA @ PUTRAJAYA

Assalamulaikum ....




Hye u'olls .... !!



Entry siang tadi aku dah kabor ... aku join Langkah Ceria @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya dan SP Setia. Besh juga. Ada cabutan bertuah dengan hadiah utama Samsung Galaxy S3. Ada basikal le run 3 jibik. Barangan elektik plus hamper. Cuma aku je tak bertuah hari ni. Takpe, next month ade lagi.


Skang masa aku up gambar. Korang blehlah layan sambil2 makan peknga cicah nyok muda. Ermmm sedap!! Kang ada yang tanya, "peknga tu apa yek?". Hah, sendirik google la ... ha ha ha. Peknga sejenis makan di sebelah utara sana. Kira adik beradik lempeng juga la. Uih, dalam lama takmakan peknga sebenarnya.


Eh, aku nak citer pasal peknga ke pasal Langkah Ceria nie. Sorry termelalut ke lain plak. hiks hiks. Okeh, share gambar ajelah yek. Korang leh tatap dengan sukaria. Maaf, kualiti gambar kurang memberansangkan sebab aku guna hp je. Si teman pinjam camera aku semalam. Ada event ngan boss katenye! Okeh,  baik.

Layan gambarlah pulak ...

Ramai dah berkumpul .... dari mak budak sampailah ke budak-budak


Ini time nak 'joget-joget' .... warm up dulu!

Get ready nak berlepas...Pelepasan untuk 8km dulu. Yang 3km dan 5km kemudian ...

Ramai jugakan ...

Okeh, 3km dan 5km berlepas! teeeeeeeeeetttt teeeeeeetttt teeeeeettt

Okeh, mari melangkah ... jangan berlari!!

Geng bas sekolah pun ramai gak!

Ini untuk 5km ... kena jalan sampai traffic light depan PICC then belok!

Nak sampai garisan penamat dah. Fuhhhh, berjaya gak aku nak tamatkan 5km! Horeeeyyyyy

Tamat sudah!!

Lepak kepenatan!!
Yang ni reramai lepak tunggu cabutan bertuah! #takde rezeki dapat samsung Galaxy S3. takpe cuba lagi.

Sampai je aku melantak bihun goreng singapore. Lapaqlah sangat ...

Petang tadi lapaq, melantak lagi nasi lemak. Cheat daylah katakan!! Makan sampai puas.
he he he Nikmat weh nasi lemak ayam goreng. Sedap plak tu. Padan ko tak kurus-kurus lagi kan?? ha ha ha




Patutnya petang tadi lagi entry nie siap. Tapi internet lembap macam siput khinzir! huh .... streamyx kat rumah aku skang nie makin menjadi-jadi slownye. Ntah nape ntah. Geram gak. Tapi takpelah ... janji dapat update. Kan ... kan ...



Okeh, aku nak pi makan ... lapaq!!







CK : Drama Melayu skang bosanlah. Banyak sifat-sifat keji. Hasad dengki, cemburu, khianat, ego ... adeeeh.