Thursday, February 28, 2013

O'NINE STEAM BURGER, PERSIARAN PERDANA PRESINT 3, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...








Lunch aku arini!

O'nine Steam Burger dekat Kios Persiaran Perdana Presint 3, Putrajaya

(Bersebelahan Wisma Tani)


Boleh tahan sedap juga la.

Aku amik chicken single!





Alhamdulillah ... kenyang ;=)





CK : Kenyang sukahati

NO TITLE

Assalamualaikum ....




Tiba-tiba hujung minggu ni, jadual aku jadi padat
Sesak ...


Skang nie aku tengah pening
Tak tahu nak settle mana satu
Sumernye penting bagi aku!


Erghhhh tekanan weh!!






CK : Kadang-kadang boss nie kite kena ajar dia sket, suruh dia belajar macam mana nak hormat staff bawahan. Nasib aku tak berapa baik sebab immerdiate boss aku seorang yang kurang adab sopan

KRUNCHY KARAMEL ALMOND! RUGI TAK BELI OOOOOiii!!

Assalamualaikum ...




STICKY POST UNTUK 48 JAM!

Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah ye! Itu pun kalau aku hapdate entry baru ... ha ha ha


NAK PROMOSI SKET!! 



Nyum ... nyum ... nyum ....!! Nak cerita pasal SNEK yang korang pun akan  rasa dan menikmati kesedapannya jika membeli! KRUNCHY KARAMEL ALMOND (KKA)! Sedap wooooo, tak tipu hokey. Aku dah rasa dah. Sebalang lagi. Bukan dah rasa kalau sampai sebalang ye dak. Bukan aku sorang cakap sedap, kawan-kawan aku pun cakap sedap .... 


Disebabkan ia sedap sangat, maka aku nak sharelah dengan korang. Tapi bukan aku yang jual tahu, aku cuma membantu mempromosi je snek sedap nie. Bolehlah kita sama-sama menikmati kesedapan, kerangupan dan keenakkan KKA nanti.


Nyum ... yummienye! Nampak tu ada almond dalam karamel yang bertaburan. Ada biji bunga matahari dan bijan hitam. Aku makan Krunchy Karamel Almond nie memang payah nak stop. Aku suke akan rasa dia yang tak berapa nak manis tu. Boleh melantak sebalang dalam satu masa je. Huh, buruk lantak sungguh aku nie.


Nak repeat lagi sebalang pasnie! Tak puaslah makan ...


Kehebatan badam dan biji bunga matahari yang korang boleh dapat dalam KKA nie! Eh, tunggu apa lagi ... jomlah order. Order, rasa dan akan tahu sendiri kenikmatannya bagaimana!



KRUNCHY KARAMEL ALMOND..tahukah anda banyak kelebihan dr sebalang 'KKA' ini.Terbukti 'KKA' bukan sekadar snek biasa. Sesuai dimakan utk semua peringkat umur.


Stok yang berbalang-balang!!


Peminat cilik nie pun suke sangat Krunchy Karamel Almond! Siap thumb up lagi tu. Sebalang tak cukup dekat dia nie .... "Sedapkan Nazran??"



 Ingin menikmati KESEDAPAN dan KEENAKKAN kepingan badam yg ranggup lagi BERKHASIAT ini?





Kalau korang nak merasai kesedapan dan keenakan Krunchy Karamel Almond ini boleh contact Puan Nurain Jalil di FBnya 


atau

 hubungi Nurain di talian : 016 - 7153 378

Bagi korang yang sekitar Putrajaya dan Cyberjaya
boleh je hubungi Akmal di talian : 012-6025182


Lupa plak cakap pasal harga .... cuma RM25.00 sahaja sebalang!



Selamat merasai kenikmatannye ;=)






CK : Kalau nak order tapi tidak dapat tembusi talian atau sebagainye, sila maklumkan dengan aku. Nanti aku maklumkan kepada tuan punya melalui BFF aku. Sekian.

Wednesday, February 27, 2013

AL KISAH SEBUAH HIDANGAN

Assalamualaikum ...




Wahai para suami sekalian, adakah kalian salah seorang seperti di dalam cerita di bawah ini? Berapa ramai yang sanggup puji masakan isteri yg berkerja dalam masa yg sama menjadi suri rumah sedangkan masakan isteri tak sedap? Atau ramai yang melenting dan complaint sana sini, tak pun langsung tak makan?




Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?” 

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

Senyum



[SUMBER : FACEBOOK] 



Bila baca kisah nie, teringat pada arwah wan aku sebelah mak (datuk). Dia meninggal semasa usia aku 12 tahun. Aku cuma kenal wan sebelah mak je, wan sebelah ayah meninggal sebelum mak dan ayah kahwin lagi. Mak aku pun tak kenal sape bapa mertua dia.



Dibandingkan wan dengan tok (nenek), wan memang mempunyai budi pekerti yang tinggi. Hidup dia pernah dengan rasa syukur. Dia juga bukan seorang yang pilih kasih terhadap anak-anak dan cucu-cucunya. Serta dia juga mempunyai kesabaran  yang cukup tinggi. Arwah tidak pernah complaint pada hidangan yang tidak sedap, demi menjaga hati sesiapa sahaja yang memasak juadah berkenaan.



Menurut mak aku, arwah selalu berpesan ... kalau pergi ke rumah orang, dan apa yang dijamu orang itu tidak sedap, makan je dan diam. Jangan bersuara apa-apa. Kita wajib menjaga hati tuan rumah. Kerana tuan rumah sudah penat menyediakan hidangan buat kita. Aku sendiri pun tidak pernah dengar arwah complaint masakan tok aku. Tak pernah. Sebab itulah wan aku amat disenangi oleh ramai orang walaupun dia cacat. Wan aku cuma ada sebelah je kaki. Dia tidak pernah mengeluh akan kekurangan diri dia. Kalau sakit pun dia akan diam.



Tapi itulah, wan aku pergi meninggalkan kami semua pada usia aku 12 tahun. Sampai sekarang aku masih ingat arwah. Aku memang sangat senang dengan peribadi dia. Bila ingat-ingat balik, aku selalu gosok pangkal paha arwah yang tiada kaki tu bila time hujan. Sebab pangkal paha dia akan sejuk tersangat, selalu tolong arwah pakaikan kaki palsu ... dan selalu main-main dengan kaki palsu arwah! Al-Fatihah ...







CK : Hargai semasa ada, kirim doa bila tiada  

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN KULIT MUKA BERMINYAK

Assalamualaikum ....






Dulu, masa sekolah-sekolah muka aku memang spesis berminyak. Macam dah boleh buat minyak goreng lauk dah. Asyik berjemur je. Kecik-kecik manalah reti nak beli facial foam ke hape. Tak reti semua tu, mak aku pun tak ajar. Internet pun takda nak cari info macam mana nak jaga muke. So, guna sabun mandi ketul ajelah sental kat muke. Paling kuat pun petang-petang aku amik pucuk jambu dan kisar-kisar kat tapak tangan dengan sedikit air. Biar berbuih, pastu sapu dekat muka. Itu ajelah yang mampu pun ...



Sekarang nie dah keje, dah pandailah beli pencuci muka, toner, krim siang ke krim malam ke...semua dah pandai. Cuma aku nie jenis setia dengan produk susahlah nak tukar dalam tempoh yang pendek. Dulunya, aku selalu pakai Olay. 4-5 tahun juga setia dengan Olay nie. Produk Safi pun aku pakai juga tapi tak keraplah. Cuma Safi Rania yang Cik Ta pakai tu je aku tak pernah try. Kalau tak sure cantik cam Cik Ta. ha ha ha. Kemudian, aku guna plak Hada Labo. Produk dari Jepun. Produk nie memang sesuai dengan muka aku. Sejak aku pakai, memang muka kurang banyaklah berminyak. Setia untuk 3 tahun je. Sekarang nie aku cuba produk lain plak. Nantilah aku story produk nie.



Selain guna produk yang berlambak dekat pasaran cuma tepuk poket sendirilah kembung ke idak, ada juga petua tradisional yang boleh anda cuba untuk mengurangkan/hilangkan kulit muka yang berminyak. Jimat duit sikit, cuma agak leceh nak menyediakan bagi sesetengah orang. Masa remaja aku, pakai bedak sejuk je malam-malam kalau nak bagi minyak muka kurang. Sekarang nie, nak cari bedak sejuk asli pun susah. Aku dulu tak yah beli bedak sejuk. Mak buat sendiri. Kadang aku tolong jugalah mak titik bedak sejuk. Kalau rajinlah!



Okeh, jom baca petua yang aku dapat nie. Harap anda bolehlah cuba di rumah. If nak jimatkan duit tu, kadang sesetengah barang di dapur boleh digunakan untuk kecantikan. Antara kita rajin dengan tidak aje. Ada sesetengah orang selesa dengan cara tradisional untuk nampak cantik. Tapi kebanyakan orang sekarang dah berduit, so memasing beli je produk yang berlambak kat pasaran tu. Kan??



Pilihan 1: Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 2: Rendam beras anggaran ½ gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.

Pilihan 3: Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.

Pilihan 4: Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pilihan 5: Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.

Pilihan 6: Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Pilihan 7: Sediakan bahan-bahan seperti berikut:

1 biji telur
1 sudu makan daun pudina
1 sudu makan jus lemon
½ biji timun telah yang dihiris


Sumber petua dari sini <------



Kalau  rajin, cubalah ... manatahu kot sesuai dengan kulit wajah korang! Mesti nanti akan cantik berseri-seri dan manatahu kot lebih cantik dari Rozita Che Wan. He he he he


Sumber gambar : Limauais



#mak aku tak boleh tengok Cik Ta kat tv tahu, dia dok pelik apsal 'aset' Cik Ta besaq semacam ... ha ha ha, mak oh! mak ... apa yang nak pelik sangat. Dah macam tu, terima ajelah. Dia tak kacau kite pun.






CK : Sekarang nie aku rajin menempek tepung ubi kat muka...kadang-kadang jelah, kebanyakan masa aku lupa! ha ha ha

Tuesday, February 26, 2013

HATI

Assalamualaikum ...




Nak orang jaga hati dia
Tapi tak pernah fikir untuk jaga hati orang!
Buat orang sesuka hati
Cakap main perli-perli sesedap rasa
Kadang lebih pedas dari cili

Apa jenis manusia nie?
Nak orang tatang dia
Tapi dia tak pernah terfikir nak tatang orang

Kawan masa senang
Masa senyum ketawa
Masa susah tinggal
Menangislah sorang-sorang!

Berbaloi ke dijadikan kawan macam nie?
Perlu ke nak hargai kawan macam nie?

Apa orang lain buat kau jaki ... kau dengki ... kau busuk hati!
Apa nie?
Orang tak usik kita, duduklah diam-diam
Tak perlu usik hidup orang lain

Kau lupa gamaknya, yang kau usik nie sarang tebuan
Esok-esok kau kena serang, kan dah boleh bengkak satu badan!

Itulah, ingat diri kau sorang ada hati yang perlu dijaga
Orang takda hati, kau boleh buat ikut suka ...
Solat tunggang terbalik, tapi hati tetap tak bersih tetap tak molek!

Orang yang solat ... kusyuk dan ikhlas, hati dia bersih ... suci murni!
Hati dia tiada dengki
Hati dia tiada busuk
Hati dia tiada iri hati
Hati dia tidak terlintas menjahanamkan usaha baik orang lain!


Sudah-sudahlah tu ...
Buang dengki di hati
Buang busuk di hati
Buang iri hati di hati
Buang semua benda yang keji! Buang ... buang ... buang!!


Sudah-sudahlah tu ...
Rumah kata pergi ...
Kubur mari-mari!!




#hati kalau dah busuk, tengok muka pun dah tak berseri!




CK : Ya-Allah, aku hadiahkan Al-Fatihah buat mereka. Aku dah cukup berdiam diri. Lantaklah dan aku tidak mahu pedulikan lagi tentang mereka. Hidup aku, hanya untuk mereka yang menghargai dan menerima aku seadanya. Itu sahaja

BILA DAH TAK SAYANG ...

Assalamualaikum ....




Gossip tentang artis/selebriti nie, kadang aku malas nak ambil tahu. Bukannya remaja lagi, jadi mood nak ambil tahu bab retis memang dah tiada dalam diri. Kalau ada terbaca pun kebetulan. Terbaca bukan mengikuti. Tahu pun sikit-sikit je. Tu pun kawang-kawan cerita. Tak pun masa jalan-jalan terbaca cerita muka depan akhbar atau majalah yang tergantung dekat kedai mamak ke ... kat News ke ...


Nak beli majalan hiburan lagilah aku tak de mood. Kalau dulu masa sekolah menengah, URTV ngan Mangga tu memang rujukan harianlah. Even aku nie bab suka artis secara extreme langung takda dalam jiwa. Nak hafal lirik lagu pun malas. Bakat nyanyi pun takda, ko nak suruh aku sukakan artis? Rentikanlah. Dengar lagu pandailah aku nie ... he he he


Sekarang nie, kalau pergi kedai buku .... buku & majalah resepi yang goda aku lebih. Dah boleh start buat koleksi dah. Eh, aku lari dari tajuklah! Actually aku nak cerita pasal selebriti yang satu nie. Yang rumahtangga telah goyah tanpa tahu apa sebab sebenarnya. Aku tahu mereka dalam proses penceraian, tapi aku tak follow pun cerita dorang.


But, tadi aku terbaca satu belog nie. Aku tak pasti adakah ia benar kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang suami. Atau ia sekadar apa yang dicoretkan oleh wartawan semata-mata. Aku tak pasti tentang ini. Jika ia memang benar kenyataan yang dikeluarkan oleh Aidil yang masih suami kepada Rita Rudaini, ia amat menyentap jiwa aku sebagai seorang wanita!! Serius sentap .....


Aidil menjawab, “saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian”, kata Aidil. Teks penuh korang baca sendiri kat bawah ye.


Dan Rita pula menjawab, dengan waras dan logik aku rasa ...... “Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya”, ujar Rita dengan nada sebak.


Sorang sayang dan sorang lagi tak sayang? Sampai sudah kemelut nie tak habis. Apa yang dilalui oleh kedua selebriti ini pernah dilalui oleh seseorang yang aku rapat dalam kehidupan aku. Seseorang ini pernah cakap dan luahkan pada aku apa yang Rita Rudaini cakap. Walau seseorang ini tak tahu apa salah dia, kenapa orang yang pernah seseorang ini sayang tinggalkan hubungan perkahwinan mereka kerana ada orang lain dalam hidup si peninggal ini. Ada orang lain yang lebih kaya kononnya. Ahirnya mereka berpisah jua, ikatan perkahwinan tak sampai setahun jagung pun.



Bila sayang kita sanggup buat apa saja. Dan bila tak sayang, kita tinggalkan begitu sahaja. Cari yang lebih baik, yang lebih handsome, yang lebih kaya ... yang lebih semua bendalah.


Ermmmm .... menyakitkan kalau keadaan ini berlaku. Memang sakit. Bila sorang sayang dan sorang tak sayang. Sakit kepada yang masih lagi menyayangi. Yang masih lagi menghargai ikatan sebuah perkahwinan. Yang tak sayang, "eh, ada aku kisah ....". Mungkinlah dia cakap camtu. Janji dia bahagia. 


Kadang kita lupa tentang hukum karma. Macam Almy Nadia cakap dekat Fizz Fairuz berkaitan pertunangan Fizz dengan isteri orang. Seminggu selepas bertunang, Fizz putus tunang kerana baru menyedari tunangannya itu isteri orang. Aku pun tak pasti benda nie betul atau pun tak. Yang melalui dan merasai je yang tahu. Hukum karma. Fizz pernah janji nak bertunang dengan Almy, but janji itu dimungkiri. Hubungan tergantung macam tu je. Almy plak, tak tahu ... dia masih kekasih Fizz atau pun tak that time.


Bila dah tak sayang, macam-macam boleh jadi ..... korang boleh baca teks tentang Aidil dan Rita Rudaini seperti kat bawah nie. Aku dah share .... selebihnya korang nilaikanlah sendiri!


********

Pergolakan rumah yang tercetus sejak setahun lalu, antara pelakon Rita Rudaini dan bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak masih belum menemui jalan penyelesaian.
Sebentar tadi telah berlangsungnya prosiding permohonan perceraian mereka bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Sebelum ini Adil pernah membuat permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya namun permohonannya ditolak.
Aidil, 26, yang diwakili oleh peguam Nor Arif bertegas mahu bercerai malah menyatakan kesediaannya untuk melafaz cerai pada hari ini. Pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata dia sudah tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat dan dilihat tiada jalan penyelesaian.
Sebelum itu Hakim Hamizan Mohd Nor bertanya kepada Aidil adakah dia masih menyayangi isterinya, Aidil menjawab, “saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian”, kata Aidil
Bagaimanapun, Rita tidak bersetuju untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka dengan perceraian.
Rita, 37, yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mdm Zain berkata, pihak anak guamnyanya memohon untuk berbincang semula dan ditubuhkan satu jawatankuasa pendamai.
Kemudian Hamizan bertanya pula kepada Rita adakah dia masih menyayangi suaminya, aktres itu menjawab,
“Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya”, ujar Rita dengan nada sebak.
Justeru pihak mahkamah telah memutuskan agar jawatankuasa pendamai ditubuhkan bagi memberi peluang kedua-dua pihak dapat berbincang dan sekiranya tiada penyelesaian, barulah lafaz cerai boleh dibuat. Proses jawatankuasa pendamai akan diadakan pada 8 Mac 2013 yang akan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2. – MalaysianDigest
(Aku baca dekat sini <---) 

******


Hukum karma??




CK : Buat  baik dibalas baik ......

JALAN, ORDER & MAKAN : WILLY SATAY, RAMAL JUNCTION SUNGAI RAMAL SELANGOR

Assalamualaikum ....






Makan ... makan ... dan makan! Bestkan?
Pastu gemuk ... gemuk dan gemuk! Best ke?
ha ha ha


Dah lama aku mengidam nak makan Willy Satay dekat Foodcourt Ramal Junction, Sungai Ramal, Kajang Selangor. Sampai dah masuk Jalan Jalan Cari Makan dekat TV3, aku masih tak sampai-sampai lagi kat situ. Asyik lalu dan pandang. Lalu dan pandang. Pastu telan air liur. Kali pertama aku makan Willy Satay masa jamuan raya dekat office aku. Orang office order satay nie. Masa tu ia belum terkenal macam sekarang nie. Belum pun masuk JJCM TV3!


Nak dijadikan cerita, tauke Willy Satay nie dulu kenalan kepada si teman. Tauke dia yang masuk TV3 tu, Ain kalau tak salah aku nama dia. Aku pun kenal. Cuma takdelah berbaik sangat. Kenal cenggitu-gitu je. Walaupun kenalan takdelah nak minta makan satay freekan. Orang berniaga, so kita beli ajelah. Boleh beli bebanyak kalau guna duit sendiri. But, kalau ada yang nak belanja, Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Walau orang anggap kita musuh, itu terpulang kepada dia. Bukan masalah kita untuk difikirkan! heeeee


Berbalik kepada cerita Willy Satay, last 2 week hari Ahad kot tak salah aku, kami (aku dan si teman) pergi ke Ramal Junction. Nak mengisi perut setelah seharian tak makan. Aku kat rumah pun makan biasa-biasa je. Sekarang nie dah tak rajin nak keje di hari minggu. Hari minggu adalah waktu bersama keluarga dan orang tersayang. heeee


Tambahan pula akhir-akhir nie si teman asyik merungut dan sms, "kita dah lama tak dating!". Oh, dating? Bukan ke kita selalu makan sama-sama ke? Dia cakap itu bukan dating, pergi makan dan balik. Okeh, aku sedari semua tu. Tak dating tak semestinya tak sayang. Buat masa sekarang kena saving duit, selalu dating banyak juga duit keluar. Bila duit keluar simpanan tak akan mencapai target! Banyak perkara yang aku bekukan buat sementara ini. Demi kebaikan bersama!



Adus termengarutlah pula. Aku nie memang kuat sket mengarut kalau cerita kat blog. Langsung tak boleh straight to the point. Ntah nape ntah! Okeh, citer pasal satay balik. Gambar kat atas adalah suasana di Foodcourt Ramal Junction. Masa kami sampai, tengah hujan gerimis. Meja yang dekat gerai-gerai semua penuh. Tinggal meja kat luar je kosong. Hujan, sapa nak duduk dalam hujankan?



Walaupun hujan gerimis dan takda meja, kami tetap beratur untuk order willy satay nie. Aku beratur dan order untuk satay dan si teman pusing cari meja yang berteduh dari hujan. Nasib baik masa kami sampai dekat willy satay nie, orang yang beratur tak ramai sangat. Aku orang ke-5. Sekejap ajelah menunggu. Korang kena beratur, bagitahu berapa sate yang korang nak, bagi no. meja kalau nak makan di situ dan terus buat payment. Kalau makan dekat situ, petugas willy satay akan hantar terus ke meja korang. Do not worry ye!


Satay yang diorder. 10 ayam dan 5 daging. Cukuplahkan ... nak makan berdua je. Aku paling kuat makan pun satay nie dalam 8-10 cucuk. Banyak ke? Nampak macam sedapkan? Mengiurkan. Buat aku tak sabar nak rasa best ke tidak willy sate nie? Percubaan rasa buat kali kedua.


Close up sikit rupa willy satay ni. Komen kami, satay daging lebih sedap dari satay ayam. Kedua-dua jenis satay nie boleh dikatakan tidak mengecewakan. Tak rasa halia ke ... serai terlebih ke ... bak kata ngam-ngamlah rasa dia. Juicy dan satay daging tu sedap. he he he .... rugi pulak order 5 je.

Satay ayam terlalu lembut sehingga hilang teksturnya. Lembut sangat. But still ok dari segi rasa. Tidak mengecewakan. Makan satay sahaja tak cukup. Kita up lagi menu lain ... bukan selalu pun sekarang nie nak makan dekat luar. Sesekali. Sekarang nie rasanya sebulan sekali ajelah makan banyak-banyak dan sedap macam nie. Dah tak kerap macam dulu lagi dah. Takpa memahami!


Kita tambah order ye! Yong tau foo. Segala bahan dia sedap dan segar, cuma kuah dia je kurang sikit. Tak berapa nak kicklah. Tapi tetap licin. Nampak sangat perut kami nie ... boleh isi sana sini. Kembang macam stokin kot gamaknya!


Aku dah makan satay dan yong tau foo, kemudian si teman tanya, "nak char kuew teow tak?". Hah, ape? Eh, tak kenyang lagi ke? Dia kata nak rasa char kuew teow kat sini boleh tak lawan kesedapan char kuew teow Pak Mat dekat Selera Laman Perdana, Putrajaya tu. Akulah tolong pi order. Char kuew teow special, no taugeh, ada kerang plus udang.


Indah khabar dari rupa. Nampak menarik tapi tidak pada rasa. Langsung tak sedap. Lagi bertambah tak sedap bila pekerja lelaki yang hantar char kuew teow nie berlagak sombong ya ampun. Bila kita tanya berapa rm? Boleh plak dia jawab dengan kasar dah tu, langsung tak pandang muke kita sebagai customer dia. Dah la cakap kasar, pastu tak jelas pulak tu. Sampai aku kena tanya si teman, "eh, dia cakap berapa tadi?". Geram aku! Padanlah char kuew teow hang tak sedap langsung, muka tak ikhlas je ngantar makanan!


Dok lepak-lepak terpandang pula gerai yang satu seperti di atas. Aku nie pantang nampak buah berangan goreng. Dan dan terliur. Wajib beli. RM7.00 untuk 200gm. Kalau kat Pekan Rabu, Alor Star tak salah aku, 200gm RM5.00 kot. Dah lupalah walau selalu sangat beli. he he he


Serius la buah berangan yang abang nie jual memang sedap. Buah baru. Lemak. Takda satu pun yang buruk. Murahlah rezeki abang nie hendakNya jual barang yang baik camnie. "Ya-Allah permurahkanlah rezeki penjual buah berangan ini. Amin".



Memang meriahlah 2 minggu lepas kami makan. Kenyang sangat. Alhamdulillah. Murah rezeki kami hendakNya. Eh, moga rezeki pembaca belog saya pun dimurahkan olehNya jua. Amin. Kalau murah rezeki, bolehlah makan sedap-sedap lagi nanti. Tapi tidaklah selalu.


Kalau korang nak ke Ramal Junction nie, memang aku rekemenlah. Macam-macam ada. Bukan setakat makan willy satay tapi jua Nasi Ayam Sempoi, Burger Bakar Abang Burn, Rasa Tomyam Seafood, Ikan Bakar, Mee Udang Portweld Salleh Stall, Takoboy, Deen Udang World Char Kuew Teow dan yong tau foo.


Selamat menjamu seleralah nanti kalau korang pergi ye!!




CK : Seminggu sekali makan tanpa diet. 6 hari selebihnye ... atkinslah ye!












Monday, February 25, 2013

PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum ...





Boleh tak aku tak nak ulas pape. Tak rajinlah pulak. he he he. Korang layankan ajelah petua untuk hilangkan jeragat yang aku share nie. Sumber dari sini <-----




Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. 

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.




Happy reading ;=)




CK : Tgh rajin nk siapkan keje

BILA KITA ADA AYAH DAN IBU

Assalamualaikum ...



Selamat pagi!  ...



Aku sekarang rajin follow rancangan 'Kalau dah Jodoh - Ustaz Kazem' dekat Astro Oasis. Kadang sampai ulang-ulang dengar dekat youtube. Amik ilmu. Sekali dengar kadang ilmu tu tak tersimpan  kat kepala. Bagus juga ada youtube. Boleh ulang-ulang selagi boleh. 


Semalam dalam dok godek-godek youtube aku jumpa pasal ceramah 'bila kita ada ayah dan ibu' juga dari Ustaz Kazim Elias. Korang dengarlah. Dengar baik-baik. Surelah menitis juga airmata. Bila dengar baik-baik, terasa banyaknya dosa dengan ayah dan ibu. Serius. Banyak benda yang kita buat tanpa kita sedar, kita boleh jadi anak derhaka.






Ustaz Kazim Elias nie anak yatim. Ayah dia meninggal masa usia dia 8 bulan. Dia cakap, orang tanya dia, "apa perasaan jadi anak yatim?". Tahu apa dia jawab, "saya bersyukur jadi anak yatim sebab tiada dosa dengan ayah saya".


Kita nie tak tahulah berapa banyak dosa ngan ayah dan ibu. Tak tahu berapa banyak! Semasa ada kita hargai. Kita peluk. Kita cium. Kita jaga. Jangan bila dah tak ada kita menyesal. Aku dengan ayah dan ibu, kadang ada juga tergigit lidah. Tipulah cakap tak pernah. Cuma aku nie mungkin sebab terlalu manja, rapat dengan ayah (terutamanya) dan ibu, tergigit lidah macam mana sekalipun, aku akan beralah walau apa jua keadaan. Akulah yang mula dulu minta maaf. Aku tetap akan peluk dan cium ayah dan ibu aku. Peluk dan cium masa ada. Bila dah tak ada, apa lagi yang kita nak peluk dan cium?". 



Setengah orang malu nak peluk ayah dan ibu sendiri. Percaya tak? Macam aku, kalau dulu kecik-kecik, aku selalu duduk belakang ayah aku. Ayah selalu dukung aku. Ayah selalu letak aku dekat bahu dia. Tapi bila remaja, hubungan tu sedikit renggang sebab aku sibuk dengan dunia remaja aku. But, bila semakin dewasa ... aku dah boleh fikir. Ayah tempat aku bercerita dalam semua benda. Pendidikan. Politik. Kerjaya. Macam-macamlah.



Selagi ada ayah dan ibu, balik kampung satu kewajipan. Bila dah tiada, balik kampung pun dah takda serinya lagi. Takda kebahagiaan. Takda keseronokan! Betul tak??






CK : *bergenang airmata taip entry nie*

Sunday, February 24, 2013

AKTIVITI DI HARI AHAD. MASAK DAN MAKAN.

Assalamualaikum ...




Aku dok sign in sign off belog dari pagi tadi lagi. tapi malas bebenor nak update. Asyik blogwalking ajelah. Dah lama tak blogwalking macam dulu-dulu. Tinggal komen. Kadang jadi silent reader je. Sekang baru ada mood sikit nak update. Sikit ajelah!


Hari nie mood aku nak kerja pun takda. Ingat nak juga OT, settlekan kerja berlambak dekat office. But, bila fikir balik ... nak bersama adik dan anak buah aku ajelah. Ahad hari bersama keluarga! Bila dah set macam tu, susahlah nak pergi keje hari Ahad. Aku bangun awal juga hari nie.


Aktiviti hari ni kemas buku yang tersimpan dan berabuk dekat tepi katil. Kemas segala fail. Cuma yang tak mampu kemas, kain baju berlonggok. Aku nie tak suka lipat baju. Ko suruhlah aku buat apa pun, jangan suruh lipat baju. Susah aku nak buat. Kalau mood terlebih rajin aku datang untuk lipat kain, aku lipatlah tapi 2 hari baru settle. Ha ha ha dasarkan? Semua pakaian aku, akan di hang je. Senang. Nak ambil pun senang. 


Lepas settle kemas buku buku, baru aku masak untuk lunch. Untuk breakfast aku cuma ambil soy protein satu mug. Kenyanglah sampai pukul 11.00am. Dalam seminggu, cuma sehari ajelah aku tak diet. Maksud aku tak follow atkins. Sehari tu cuma tak amek nasi. Tapi kuih muih, buah, bihun, mee ... pasta aku amek dengan suka hati. he he he


If anda sekarang adalah pengamal atkins, boleh cuba menu di atas. Ayam goreng kunyit dan brocolli. Menu ini sesuai semasa induction. Hari-hari makan pun okeh. Simple tapi mengenyangkan. Menu nie aku masak untuk lunch tadi. Sebab penat mengemas, so tak rajin nak masak banyak-banyak menu. Cukup makan setakat perut rasa kenyang dan boleh sambung kerja.


Walaupun simple, tapi tetap licin!


Untuk kesihatan yang lebih baik, aku ambil jus pegaga yang dicampur dengan collagen nu~cell keluaran DCL. Sedap! Homemade nie ... dah lama aku tak amek jus pegaga. Untuk makluman, pegaga nie jika diamalkan sesuai untuk awet muda! Sape nak awet muda sila minum 1 jug sehari jus pegaga nie. ha ha ha aku tipu je. 1 mug cukuplah! Awet muda, tapi umur tetap tua ;=)


Lepas makan dah kenyang, dok berehat sekejap tunggu Zohor. Belek-belek magazine. Rasa rindu pula dekat anak buah aku. Terus terfikir nak masak sket untuk dorang. Godek-godek fridge, ada ayam ngan sotong plus sayur cukup lengkap. Petang tadi aku pun buatlah bihun tomyam. Simple-simple je, kurang pedas. Janji ada buah tangan untuk adik-adik aku. Baikkan akak?? ha ha ha


Rupa bentuk bihun tomyam yang simple. Rasa pun biasa-biasa ajelah. Dah rupa bihun tomyam putih. Untuk atkiners, cuma makan kuah tomyam dan lauk pauk di dalamnye. Kalau bukan atkiners, bolehlah makan bihun tomyam nie dengan selera. sluuuurpppppp ....sluuuuuuurrrrrppppp!!


So, sekianlah aktiviti aku hari nie. Skang tengah blogging sambil layan drama Janji Shirah. Esok sambung update citer lain plak ye! Aku nak check UV aku hari nie, mesti merudum sebab memalam baru nak update.




CK : Teringin nak masak nasi daging, kena tunggu hujung bulan depanlah.....amik nasi sebulan sekali. he he he

Saturday, February 23, 2013

MY SIMPLE DINNER ...

Assalamualaikum ....




Hidup orang bujang nie ada yang best dan ada juga yang tak best. Yang tak bestnya buat apa pun kat rumah takda teman. Kecualilah kalau tinggal dengan mak ayah, kawan ke .... adalah teman. Kalau serumah dengan kawan, kadang ada juga jenis kawan yang buat hal sendiri. Rumah bak hotel! Balik untuk mandi dan tidur.


Macam aku, sejak adik dah kahwin, tinggallah aku terkontang kanting. Huhu. Masa ada adik aku pun rasa terkontang kanting juga. Adik aku tu prefer dok dalam bilik layan internet. Bila time makan aku panggil baru dia keluar. Sudah makan masuk bilik balik. So, aku as kakak nie takdelah kisah sangat. Maybe dia suka bersendirian dalam bilik tu. 


Sekarang nie bila dah sorang, aku masak ke tak masak ke di malam hari memang takda hal sangat. Aku sorang je pun. Kalau kurang rajin, aku pilih untuk tidur je. Dasarkan? 



Tadi, rasa mood nak masak kurang sikit. Nasib baik aku buat popia crab stick. Frozen. Keluarkan dan nyahbeku dan goreng. Siap! Makan dengan sos cili dan minum secawan old town white coffee! Nyum .... sedapnye!! Aku skang suke sangat buat popia dan karipap frozen. Nak makan bila-bila pun boleh.


Perut rasa selesa sikit terus sambung layan cerekarama "Jangan Ganggu Aku"!


Cara macam nie hanya sesuai dibuat oleh orang bujang. Boleh makan apa sahaja dan ikut suka hati sendiri. Kalau dah kahwin silalah masak sedap-sedap untuk hubby dan anak-anak sendiri ye. Pahala imbuhannya jika ikhlas ;=) Jangan tiru style orang bujang ... he he he






CK : Alhamdulillah, ada juga rezeki malam nie.

LAWAK MINGGU LEPAS

Assalamualaikum ...




Happy weekend u'olls!




Lawak nie aku dapat dalam Mingguan Malaysia minggu lepas. Berdekah-dekah baca dengan adik aku. 
Ntah sapelah punyai idea buat lawak nie. Lawak macam nie kat Malaysia pun ada ke? 
Haish, korang nie ada-ada ajelah!







CK : Sesekali perlu hiburkan hati sendiri

HIDUP DAN MATI

Assalamualaikum ...





Morning korang! Akibat kepenatan, hari ini aku bangun lambat dari waktu sepatutnya. 7.30 am baru sedar! Letih betul 2-3 hari ni. 


Hari Khamis malam Jumaat, aku pergi Hospital Tunku Jaffar, Seremban. Melawat anak kepada kawan si teman yang dimasukkan ke ICU sebab tersedak susu semasa di rumah pengasuh. Keluar dari office 7.00pm, balik rumah mandi bagai. 8.15pm  baru gerak ke hospital. That day aku memang dan penat sangat. Tapi takpelah bukan kena jalan kaki pun ke hospital. Naik kereta. Bukan drive pun, dok sebelah je. Nak melawat orang sakit dan bagi semangat kat parent baby tu. Yelah, itu ajelah kita dapat bantu pun. Nak buat benda lain tentu tak mampu sangatkan? At least lege sket hati parent baby tu. Lupa nak bagi tahu baby yang tersedak susu tu baru lepas pantang. 4 bulan je baru umur dia.


On day way tu, minyak kete aku dah blink-blink. Paras hidung dah. So, benti kat RnR Seremban kat shell isi minyak dulu then singgah Petronas jenguk-jenguk kot karipap Apak Kiyau ada dijual kat situ. Nasib aku baik, hari ni Apak Kiyau jual karipap. Beli then gerak ke hospital. Sampai hospital dalam 9.00pm. Keluar je dari kereta, mak aih sejuknya lah pulak. Bawalah towel merah aku yang kecik cenonet tu buat tutup tangan. Aku spesies tak tahan sejuk. 


Naik kat wad, tapi dah tak boleh masuk. Hani datang awal. Dia boleh la tengok. Aku tengok dekat cermin pintu je. Nampak sipi-sipi. Menurut Hani yang dah interview mak kepada baby berkenaan, anak dia tersedak susu dekat rumah pengasuh. Tahu-tahu dah lembik. Aku tengok mak dia pun dah bengkak mata dah nangis. Kalau aku pun, memang tak boleh kawal perasaan punya. Anak, sape tak sayangkan? Doktor kata dah takda harapan lagi dah. Otak baby berkenaan dah rosak. Baby siap kena tebuk dan wayar pun dah bersirat sini sana. Dugaankan kepada mak ayah dia. Hantar anak pagi elok je sihat dan ceria, then petang dah tak ceria seperti waktu dihantar. 



Dan semalam, aku pergi hospital lagi melawat baby. Ni baby lain plak, baby kembar! Yang si adik kena masuk Hospital Putrajaya semula sebab disahkan kena G6PD (simptom kacang parang). Berat yang adik cuma 2.3kg dan abang dia 2.7kg. Dua-dua boy! Bestnyelah dapat baby twin nie!


Masa kat Hospital Putrajaya, aku dapat perkhabaran yang baby tersedak susu kat Seremban tu dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali. Semua yang kita  miliki adalah pinjaman, sekejap atau lama akan tetap kembali kepada Yang Maha Esa!


Bagi aku, kalau baby tu dapat keajaiban usianya panjang, pasti dia akan terlantar kerana otaknye telah rosak. Kita sebagai ibu bapa mesti sedih lihat anak yang bakal melalui hidup dengan makan menggunakan tiub, wayar bersirat sana sini dan sebagainya. Jadi, adalah lebih baik dia pergi. Syurga menanti buat dia. Suci, bersih dari segala dosa. Kita yang hidup ini tidak tahu pengakhiran kita di sana nanti bagaimana. Syurga atau neraka.



Sedih memang sedih. Hidup adalah satu dugaan. Tapi, kita harus bersyukur .... dia dipinjamkan sementara oleh Allah swt walaupun dalam tempoh sekejap sahaja. Aku harap mak ayah kepada baby berkenaan tabah hadapi dugaan ini.



#mohon kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bayi ini. Terima kasih.






CK : Benda dah terjadi, kita marah sekalipun .... takkan kembalikan yang telah pergi. Jadikan ia satu pengajaran dan pengalaman. 


Friday, February 22, 2013

BRITISH AND AMERICAN ENGLISH

Assalamualaikum ...






Oh! My English .....
#akunye English memang lemah, entah bilalah nak pandai ...
Baca reti, orang cakap faham ... tapi aku sendiri cakap, lintang pukang. ha ha ha
Tapi kadang main cakap je, janji ko faham maksud sudah! kui kui kui


Kadang rasa macam nak hafal dictionary je!








CK : Baru dapat login blog (lege rasanye), tak tahu kenapa google tak boleh login tadi. Sudahnye, malas nak amek tahu dah. Baru balik hospital tengok bb twin. Penantnye!!

Thursday, February 21, 2013

PERLI

Assalamualaikum ...




Aku tak suka orang cakap perli-perli. Kalau tak suka, cemburu atau dengki apa-apa sekalipun dengan orang lain lakukan, cakap depan-cepan. Kenapa mesti nak cakap berkias-kias dan perli bagai? Bukankah itu penakut namanya?


Aku tak suka nak mendengki dengan apa yang orang lain lakukan. Buatlah apa yang anda suka. Selagi ia tidak menjejaskan kehidupan saya. Selagi ia tidak buat saya mati dalam keadaan teraniaya. Buatlah!


Kita bukan budak-budak sekolah, yang bila tak berkawan baik lagi kita mula perli memperli antara satu sama lain. Kita dah tua. TUA! Sepatutnya peningkatan umur kita mematangkan bukan menjahanamkan. Kita belajar dari pengalaman selaras dengan 'tua'nya diri kita mengikut peredaran masa. Sepatutnya kita jadi lebih baik, malangnya yang berlaku adalah sebaliknya.



Aku ni, manusia biasa-biasa sahaja. Ada masanya suka menyendiri. Suka untuk tidak ambil peduli hal orang bila aku rasa ia tidak perlu diambil peduli. Tapi aku menjadi pelik, kenapa manusia suka berkata-kata sehingga menimbulkan rasa luka di hati orang lain. Kenapa? Kenapa nak perli-perli bila aku lalui saat gembira dan senyum tawa? Sedangkan senyum tawa anda tidak pernah aku sakit hati. Jauh sekali untuk cemburu dengan kebahagiaan itu. Hidup masing-masingkan, pandai-pandailah kemudi rasa bahagia dalam diri.



Aku bukan 'kera sumbang', tapi bila aku rasa ia menyakitkan ... baik aku bawa diri. Mencari yang menerima seadanya. Atau menyendiri! Hati lebih tenang. Sorang-sorang tidak semestinya kita tidak 'friendly' jalani kehidupan. Depan mata mungkin nampak sorang tapi bila pandang dengan mata hati, aku tidak pernah keseorangan!


Sejujurnya aku tidak pernah selesa dengan cakap perli-perli. Tidak pernah! Kebudak-budakan di usia tua. Sudah-sudahlah! Marilah sama-sama kita hidup dalam suasana damai. Senyum tawa bersama. Tak guna berserius muka bila bertentang mata. Tiada untungnya. Walaupun kita berbeza taraf sekalipun, kita tetap hamba. Hamba kepada Maha Pencipta. Jangan lupa!






CK : Aku buang jauh segala perasaan terasa hati. Aku senyum. Aku diam. Bukan beerti aku suka diperlakukan sedemikian. Tapi sampai masa, kau akan sedar ...."tak ke mana pun hidup nak membangga diri dan tidak mahu kalah dengan orang lain. Kerana kesudahan kita adalah MATI!". Merugikan lagi adalah!!

MENU DIET ATKINS LAGI ;=)

Assalamualaikum ...





Menu paling senang untuk korang yang beratkins. Senang masak. Kenyang dimakan. Aku suke menu nie, tapi takdelah aku makan selalu. Selang 2  hari sekali baru aku makan. Di antaranya itu, rekaciptalah menu lain plakkan.


Senangkan??

Menu nie nama dia telur bilis goreng. Ada ikan bilis ... ada telur ... ada bawang! Recipe? Eh, senang je .... budak tadika pun reti buat nie. Pejam mata je dah siap. ha ha ha itu kalau korang pejam mata, orang lain yang tolong gorenglah. Kalau korang yang pejam mata, aku jamin hangus!!




Hasil telur bilis goreng bila diterbalikkan. Bila makan terasa krup krup ikan bilis yang garing tu. Menu nie aku dapat dari Sifu Atkins. Faz. Dialah share dekat FB. Aku pun apa lagi, try ajelah. Bosan dah makan telur saja. Letak ikan bilis goreng lagi sedap rupanya!



Atkiners .... selamat mencuba!! menu ntah pape ini tapi selamat dalam atkins!!







CK : Sekarang nie banyak makan sayur dari lauk pauk

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH

Assalamualaikum ...




Hari ini ulangtahun kelahiran ayah. Selamat hari ulangtahun kelahiran ayah! Pejam celik pejam celik, umur ayah dah 67 tahun. Ayah dah tua. Dah ada kencing manis. Masa kakak (aku) bersedih ayah disahkan kencing manis pada usia 65 tahun, usia emas ... ayah kata "sudah sampai masanya ayah sakit, ayah bersyukur dapat sakit ini ketika anak-anak semua dah besar dan dah boleh berdikari". Laju airmata kakak bila ayah cakap macam tu. Sedih. Yang menjadikan sedih bukan sebab ayah sakit, tapi sebab kakak jauh dari ayah. Tinggal mak dan ayah di kampung. Tapi tetap dekat di hati dan ingatan. 



Ayah sambung, "dah sampai masa (mati)". Kakak terus cakap, "mati ni kita tak tahu ayah, rahsia Allah". Walau ayah kena kencing manis, kita tak tahu ... ntah-ntah kakak yang pergi dulu". Kakak ingat lagi ayah diam masa tu. Mungkin ayah ingat, bila sakit akhiran dia kematian. Tidak. Kadang orang yang nampak sihat waktu pagi, petang dah dijemput Ilahi. Mati rahsia Allah. Kita tak tahu ayah. Ayah tak tahu. Kakak pun tak tahu.


(Saat aku tahu ayah kena kencing manis, ia satu saat yang paling giler ... paling tertekan dalam hidup aku, semua benda aku buat tak kena, hidup aku tak tenteram!)


Ayah, setiap kali lihat wajah ayah ... kakak tak pernah lupa satu kenangan masa kecik-kecik yang kukuh dalam ingatan kakak. Ingat tak ... ayah bawa kakak untuk jadi peneman. Kita pergi satu kedai Cina yang jadi kawan ayah. Ayah cagar dia geran tanah dan pinjam duit dari Cina tu. Kakak dah lupa nama Cina tu. Ayah ada ramai kawan-kawan berbangsa Cina. Yang masih kakak ingat Seng dan Guan. Itu ajelah. Duit tu, ayah buat belanja kami anak-anak ayah belajar. 


Kakak tahu dulu ayah susah. Tanggung 2 buah keluarga. Keluarga kita dan tok serta adik ayah. Ayah buat 2 kerja. Jadi pesawah dan pekerja kilang. Semua orang ingat ayah berduit, hidup senang sebab ayah buat 2 kerja. tapi semua tak tahu ayah pun ada susah payah. Kita hari-hari makan ikan kembung. Kadang-kadang ada juga yang mengeluh. Ikan kembung lagi?? Mak kata bersyukurlah dari takda. Sampai sekarang ikan kembung tu juga jadi menu wajib. Jadi kesukaan. Kakak tak pernah kenal ikan parang, ikan bawal, ikan siakap, ikan kerapu dan semua jenis ikan yang mahal-mahal masa kecik-kecik. Kita makan ayam dan daging 2-3 bulan sekali. Ingat tak? Kakak terasa nikmatnya dapat makan ayam time tuh! Seketul sorang, kadang kakak berebut dengan abang. Abang suka curi ayam dalam pinggan kakak. Geramnye!!


Yang kakak kenal, ikan kembung, ikan sardin, ikan tamban, ikan cencaru .... itu ajelah. Ayah, walaupun ayah susah jaga keluarga kita. Dan kadang-kadang adik beradik ayah minta tolong itu ini ... kakat respect kat ayah. Ayah suka membantu orang lain, walau ayah susah. Walau ayah garang dan tegas, orang tetap cari ayah untuk minta tolong itu ini dan beri pendapat atau keputusan.


Anak orang lari dari sekolah, orang cari ayah. Anak saudara ayah bergaduh suami isteri pun orang cari ayah. Anak saudara tak cukup duit sambung belajar ayah tolong bagi. Ayah jadi penjamin lagi. Bila anak saudara ayah senang, dorang sombong pulak dengan ayah. Tapi ayah tak kisah. Harta dunia kata ayah. Tak ke mana pun. 


Satu benda yang kakak perasan. Ayah pemurah. Rajin tolong orang. Tapi orang selalu tak kenang jasa baik ayah. Ayah cakap, "walaupun orang tak kenang, tetapi Allah gantikan semua itu dengan berikan anak-anak yang tidak menyusahkan mak ayah bila dah dewasa. Semua ada kerja. Tak pernah minta duit mak ayah. Itu pun dah syukur. Balasan baik dari Allah".



Tapi, kakak selalu susahkan ayah kan kan kan ... walaupun bukan susahkan dengan minta duit tapi menyusahkan dengan perangai!! Ayah, kakak bangga jadi anak ayah. Bangga sangat. Ayah garang tapi baik hati dan terlalu penyayang. Cuma cara ayah sedikit kasar. Kakak terasa tau. 



Sempena ulangtahun kelahiran ayah yang ke-67, kakak doakan ayah sentiasa sihat, kuat daya ingatan, hidup dalam keberkatan dan di bawah lindungan Allah, dimudahkan urusan hidup, dimurahkan rezki dan dipanjangkan usia. Amin!



Kakak nak ayah tahu ...."kakak sayang sangat kat ayah!". Walaupun kakak suke buat ayah marah, sorry ayah!!






CK : Semua cakap aku nie anak ayah, sepesen perangai macam ayah! Orang kata kalau anak perempuan ikut ayah, sejuk!!