Wednesday, July 2, 2014

PUASA

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, hari ini dah 8 bulan 1 hari aku jadi isteri. Tahun ini pertama kali sambut puasa sebagai isteri. Cuma sedihnya, hari pertama puasa tak dapat pun berbuka puasa dengan suami. Aku kena keje. Suami pulak buka puasa sorang-sorang kat rumah. Sadis hati sendiri!

Hari kedua, suami teman buka puasa sama-sama dekat office. Alhamdulillah. Seronok. Tapi untuk sahur pertama, aku dan suami bersahur dekat rumah mertua. Kemudian sahur seterusnya kat rumah sendiri. Memandangkan aku kena bertugas untuk hari-hari tertentu di bulan Ramadan nie, maka untuk sahur aku bangun masak. 4.00am dah bangun, walaupun suami aku pesan ... kalau tak larat tak perlu masak. Aku pulak tak sampai hati, dah la buka puasa sorang-sorang ... sahur pun tak masak. Rasa macam bersalah kat situ.

Untuk sahur aku gagahkan diri juga untuk masak, walaupun mata ni kecik je pandang periuk kuali bagai. Hari kedua sahur aku cuma masak sambal ikan bilis, sup suhun dengan rebus telur masin. Hari kedua aku buat sambal sardin dengan kadar kepedasan kaw-kaw punya ... tu je aku masak sebab bahan mentah tak beli lagi. he he he. Semalam plak sahur, aku buat asam pedas ikan tenggiri dengan sayur bayam. Masakan pastikan sentiasa fresh nak bagi suami aku makan bertambah. Aku selera makan agak kurang. Nak-nak tengok mee ke bihun dan seangkatan dengannye ... rasa tak boleh nak makan. 

Untuk sahur pagi nanti aku plan nak masak masak lomak cili api ikan tenggiri. Ikan tenggiri yang suami beli semalam ada lagi 3 ketul. Bolehlah ... janji memasing dapat sahur. Lepas sahur aku bantainye tidur ... mengah!! Makan sikit je, tapi mengah macam makan berpinggan-pinggan. Memandangkan bulan puasa, malas plak nak amek gambar makanan sebagai bukti aku masak ...ekekekekeke. Kang korang cakap aku sembang je lebih, sebab takde buktikan. hehe he he he .... takpe tak kisah ...

Okeylah aku nak rehat jap, mood turun naik, tengok kerja opis sekarang pun dah rasa nak muntah. Banyak sangat!!

Selamat berpuasa ye korang .... semoga puasa kita semua diberkati Allah, jauhilah mengumpat di bulan puasa okeh. Nanti kurus pulak pahala kite. Rugi-rugi ....




p/s : Bersyukur dapat suami yang memahami suasana keje ... walaupun aku malas dah nak ot-ot bagai nie. Letih.


3 comments:

  1. Jaga kesihatan....Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. tahun ni berbuka berdua dengan suami ye, insyaallah tahun depan bertiga dengan anak pulak.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!