Thursday, September 11, 2014

DEMIMU ANAK, APA JUA KU RELAKAN

Assalamualaikum ...


#TAJUK KENMAIN....hahahahahha


Ibu mengandung nie macam-macam pe’el. Tapi hasben aku cakap, aku nie jenis tak banyak ragam dan takde mengidam yang menyusahkan dia. So, dia rasa syukur sangat tentang tu. Everyday dia cakap, harap semuanya dipermudahkan sampai saat aku melahirkan anak soleh/solehah ini. Ameeen. Aku pun tumpang doakan perkara yang sama. Moga aku dapat lahirkan anak soleh/solehah ini secara normal di Hospital Putrajaya.

Cuma .. Cuma … seminggu nie tekak aku takde selera nak makan. Tengok itu rasa tak sedap, tengok ini rasa tak sedap. Bila makan, aku kemam lama-lama dalam mulut. Nak telan macam nak kena jolok! Kenapalah macam nie? Bila nak  bertukar bulan je, seminggu dua akan timbul hal yang aku rasa pelik sikit. Tapi takpe, sabar … sabar … senyum … sabar. Cuma sehari dua nie rasa kesianlah kat anak soleh/solehah dalam tummy mommy nie, mesti dia lapar. Yelah, mommy memang takde selera sangat nak makan. Sampai satu tahap mommy paksa diri untuk makan. Maafkan mommy sayang!

Macam pagi nie, gigih hasben aku bangun awal. Pastu aku minta tolong dia sambung aku goreng bihun untuk breakfast sebab aku nak ion baju. Biasalah, pe’el aku ni mana reti nak ion baju keje malam-malam. Bagi aku malam untuk rehat je. Paling kuat masak. Walaupun hasben selalu bebel minta ion baju keje malam tapi aku masih belum boleh berubah tabiat tuh. Ampuuuun ye sayang! He he he. Okeh, sambung pasal breakfast …. Aku bawa la bihun goreng hasben tu, sampai office nak makan, rasa tekak nie tak boleh nak telan. Try juga sesudu dua. Siap kemam bihun dalam mulut … pastu aku rasa macam nak jolok bihun tu masuk ke tekak dengan sudu. Ha ha ha. Giler teruk perangai! Dah lapar sangat, aku ajak opismate aku pi café beli buah. Buah boleh pulak makan. Sedap pulak tuh. Makan buah, bukanlah kenyang sangat pun. Belum tengahari perut dah minta makan. Anak soleh/solehah mommy la tuh minta makan kan kan kan .... he he he

Petang semalam makan roti pun rasa nak muntah. Sian anak soleh/solehah mommy. Kenalah kamu sabar sampai mommy ada selera makan. Cumanya aku sekarang kena cekal dan kuat semangat makan supplement. Demi anak soleh/solehah nie … supplement yang sebelum  ni rasa sedap tapi sekarang nie rasa macam ubat hospital terpaksa ku telan jua. Demimu anak, apa jua mommy relakan.


p/s : mood mak mak dah sekarang nie....wakakaka




4 comments:

  1. tahniah sis baru tahu sis prgnant..

    biasa itu sis,kadg2 ada time memang tak lalu nak makan.. macam azie sampai sekarang muntah tapi pagi jelah
    lagi2 baby nak tukar week je mulalah mual2

    jaga diri baik2 sis..semoga sis n baby sihat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...sedang mula harungi cabaran indah....hehehehhe

      Delete
  2. Itulah cabarannya. Akak dulu pun macam tu. Rasa macam nak makan buahhhh jer. Tapi untunglah akak masa tu gian makan tempe. Tempe goreng berempah celup tepung. Tetiap hari mesti 3-4 keping dalam stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak....rasa buah juga yg sedapnye

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!