Tuesday, November 4, 2014

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA. ALHAMDULILLAH.

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, hari Sabtu baru nie, 01 November 2014, genap setahun pernikahan aku dah hasben. Pejam celik pejam celik, dah 365 hari aku dah hasben bernikah. Kejaplah sangat masa berlalu. Rasa macam masih baru je terdengar hasben lafaz aku terima nikahnya! Rasa macam masih baru je bersanding dekat atas pelamin. Haish, jangan cakaplah betapa bersyukur dan gembiranya bila 2 hati bersatu. Hanya Allah swt sahaja yang tahu kegembiraan ini. Hubungan yang penuh ranjau duri, dugaan dan ujian sana sini akhirnya tinggal sebumbung. Dan aku sentiasa mendoakan agar kebahagiaan sentiasa mengelilingi rumahtangga kami. Biarlah segalanya dirahmati dan diberkati Allah swt dunia dan akhirat. Bertambah bahagia bila sekarang nie dah 6 bulan 2 minggu aku membawa buah cinta kami dalam kandungan sana sini. Tak sabar nak tunggu kelahiran little khalifah soleh solehah ini. Berdebar debar ....

Sabtu, kami tak celebrate apapun. Rancang memang nak keluar untuk raikan ulangtahun pernikahan yang dah genap setahun. Ingat nak lunch dekat PICC. Buffet yang ekslusif sikit. Tapi dalam 11.00am hujan turun dengan lebatnya. Terus aku cakap kat hasben “kita masak ajelah!”. Hasben okey je. Memandangkan 2-2 orang mengalami  masalah perut yang tak berapa nak sihat, makanya aku cuma masak, sayur bayam, ayam masak kicap dan telur dadar. Simple sesangat. Janji sedap dimakan. Hahaha. Matik la puji diri sendirikan? Dah makan kenyang semua. Layan TV plak. Yang tak bestnya channel TV nie tak kiralah Astro ke hape, asal dok rumah je semua cerita yang ditayangkan adalah sangat tak best. Sekejap-sekejap tukar channel. Letih menekan remote. Rasa nak tertanggal button. Last-last hasben aku tertido je depan TV. Aku plak tak tahu nak buat apa. Try nak tido, tapi tak jalan. Dapat lelap 15 minit je. Pastu bangun terus punggah kain baju lama yang tak pakai. Kononnye nak packlah … sekali pulun sangat buat kerja, mengah dan penat tak tentu pasal plak. 4.30pm terus kejut hasben aku ajak keluar. Cadangnya nak pergi Secret Recipe. Nak beli sepotong kek. Celebrate la konon.  Plan nak makan kat luar je sebab nak balik awal. Nak tengok OPPO Piala Malaysia, Pahang lwn Johor Darul Takzim.

Hasben ajak pi Alamanda sebab nak singgah Maxis dulu. Pusing-pusing Alamanda, pastu pi GSC beli karamel pop corn. Dah lama mengidam nak makan pop corn GSC nie, akhirnya dapat jua. Pastu pi makan dekat Khatijah Seafood, Sungai Merab. Habis makan terus balik. Tak beli pun kek sebab aku dah kenyang sangat. Taknaklah membazirkan. Aku cakap kat hasben hari Ahadlah beli kek, tapi tak beli juga .... sebab Ahad tu kami hasben and wife  full day dekat luar. Dan memasing hilang selera nak makan.  Balik dari Khatijah Seafood, hasben aku je layan bola. Aku layan kejap je ... lepas makan pop corn aku terus tido sebab penat sangat. Celik mata dah kul 1.00am, tanya hasben aku sapa menang  Piala Malaysia. Hasben aku selamba je suh tengok internet je kat hp sape menang. Hohohoho sabar ajelah!

Sekian cerita anniversary kitaorang yang pertama, yang sangat biasa-biasa pun. Tak celebrate dan tak pergi bercuti memana pun sebab memasing tak berapa nak sihat dan lagipun .... bajet kurang. Gajikan hujung bulan nie. Takleh la nak berjoli sakan. Last month dah shopping melampau untuk little khalifah soleh solehah dekat Expo Baby di Mid Valley. So, untuk anniversary pertama nie mommy ngan babah berjimat dok rumah je. Demimu anak soleh solehah mommy ngan babah sentiasa berusaha berjimat cermat. Ewaaaah .... !


##hasben, selamat ulangtahun pernikahan yang pertama. semoga kekal bahagia dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhira. Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke akhirat. 365 hari yang amat bermakna dan masih jauh perjalanan hidup kita! 




p/s: Hasben aku buat surprise malam anniversary tuh .... siap dapat hadiah yang ku idam selama ini. Nanti aku share. Terima kasih hasben. Sayang awak ....!!

10 comments:

  1. alahaiii, bestnya dpt prezzy! share nt tau kak.hahaha.sibuk je nk tau.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...nti2 akk share...hadiah biasa2 je. tapi hasben bagi terus rasa mahal bebenor....

      Delete
  2. Selamat menyambut ulangtahun yg pertama :)
    Moga kekal bahagia hingga ke syurga.,.
    Dan moga dipermudahkan urusan bersalin nanti :)

    Khatijah Seafood tu sedap & berbaloi tak? Boleh saya cuba ..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Daddy Ziyyad. Nti sy buat entry khatijah seafood. bg tekak saya ok dan berbaloi dengan rege

      Delete
  3. take note pada bakal2 pengantin,nak kawen pastikan pada hari gaji..ekekekkek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,,,,ini semua sbb gaji oktober ritu awal sangat. Sllu gaji 25hb....ni pertengahan bulan. belanja untuk anak ajelah dulu....

      Delete
  4. Hapy aniversary..tkpe tak bole nk celebrate this year..next year bole pulun celebrate..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....tahun depan celebrate ngan anak

      Delete
  5. Selamat Ulang tahun perkahwinan, semoga kekal dan bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!