Monday, December 22, 2014

ALHAMDULILLAH .... 8 BULAN BERLALU.

Assalamualaikum …



Alhamdulillah. Syukur.


Sejak masuk 32 minggu kandungan nie, belakang aku dah start sakit-sakit. Bukan sakit pinggang, tapi atas sikit pada pinggang. Sakit jangan cakaplah. Siang malam rasa berdenyut. Duduk lama kat office memang terpaksa menahan. Hu hu bertabahlah mommy to be! Bila dok kat office, rasa nak balik awal. Rasa nak baring je. Aku bersyukur sangat, sekarang ni aku dah ada immidiate boss yang sangat memahami. Dia rajin juga nasihatkan aku itu ini. Time pergi klinik, kalau dah penat sangat badan terus aku wassap, “saya balik rumah dulu nak rehat ... saya penat hari nie. Harap maklum”.  Boss pun, “ok ... baliklah rehat-rehat!”. Cuma aku tak ambil kesempatan atas kebaikan boss yang satu nie. Tau sebab apa, prinsip aku selagi terdaya dan boleh tahan sakit, pergilah keje. If tak terdaya sangat, rasa akan memburukkan keadaan baru bagitau boss. Jujur tu penting kerana bukan senang nak meraihkan kepercayaan orang pada kita. Terutama boss! Betul tak??

Tapi lately, bila kandungan pun dah membesar, boss seakan faham. Thanks sangat boss! Dia selalu cakap aku dah macam tak larat nak jalan. Yelah, dengan fizikal aku yang tak sebesar mana membawa anak soleh solehah dalam tummy sendiri, memang mencabar. Walaupun ada hamba Allah yang satu ni panggil “beban” apa yang aku kandung, tapi bagi aku ini adalah lambang kasih sayang dan cinta aku dan suami. Anugerah Allah swt yang terhebat di muka bumi. Bukan beban! Yang aku bawa ini, selama hampir 9 bulan bukan beban, tapi zuriat aku ... kasih sayang aku, cinta aku!! Dan kau pula senang cakap ini beban! Kurang ajar sangat!!

Dua minggu lepas ada la sekali aku request dengan boss balik awal, boss on aje. Mesti dia pun kesian. Nak duduk lama belakang sakit sangat, berdenyut la hai. Kadang rasa hari-hari nak balik awal. Kadang rasa dah nak start cuti dah. Balik rumah, lepas masak and makan, terus suruh hasben urut belakang. Dekat dapur time masak pun dah tak boleh berdiri lama dah. Masak sekejap, pastu duduk. Potong bawang bagai pun nak duduk je. Hati ni ada masanya tak sabar nak bersalin. Kadang rasa takut, nebes, happy ... perasaan bercampur baur. Kadang rasa biarlah anak mommy yang soleh solehah dalam perut mommy je. Eh, tapi tak boleh la camtu ... anak mommy kena keluar juga soon!

Lately, omak mertua aku bagi macam-macam petua dan pantang larang. Pheeewww sekejap. Harap bolehlah follow mana yang patut aje. Baru nie hasben dah buat majlis doa selamat untuk aku. Lenggang perut? Takdelah ... majlis doa selamat dan makan-makan jew. Thanks hasben sebab prihatin untuk isteri dan bakal anak soleh solehah nie. Moga-moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Ameeen....

Cuma tinggal 1 bulan lebey sahaja lagi untuk aku dan hasben jumpa anak kesayangan ini. Perasaan bercampur baur. Takut, happy, excited ... mula berfikir cara mak-mak dan bapa-bapa udah. Sudah mula merancang segalanya untuk family dan anak. Pengasuh pun dah ada. Cuma kepala ni sedang berfikir nak cuti 90 hari atau nak tambah lagi 90 hari. kikikiki. Nak gentel dan hug anak lelama. Moga-moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Ameeen....

Masuk 8 bulan kandungan, keadaan makin mencabar rupanya. Yang pasti nebes itu sentiasa ada. But mental kena kuat. xoxoxoxoxo ....




p/s : Semoga aku dan anak dalam kandungan sihat, kuat semangat .....

6 comments:

  1. Salam singgah cini,.


    Tahniah, bakal dapat baby. Semoga semuanya selamat. Baby twin ke? ")

    Doakam wawa juga dapat baby ye..still waiting..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga wawa pun dipermudahkan Allah swt utk dapat zuriat.

      Delete
  2. Alhamdulillah...dah besar dah baby tu. Jangan kata sebulan lebih lagi dik...entah2 lagi 2-3 minggu jer...hihihihi. Bukan boleh dijangka anak2 kita ni. Ada yang sampai kena induce, ada yang maknya tengah shopping, dan2 tu nak keluar juga.... Doa yang baik2 saja. Yang penting, pergi ke mana saja pun, beg untuk bawa ke hospital mesti dah siap sedia dari sekarang, ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...nebes kak. Sekang pun dah aktif dah gerak....mcm tak sabar nak tengok mommy dia.

      Delete
  3. Take care sis dan semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....moga2 semuanya selamat jua ;)

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!