Thursday, September 18, 2014

PENANGAN PIZZA BUATAN ISTERI

Assalamualaikum ...



Last nite, hasben aku request untuk makan pizza lagi macam sebelum ni. Hu hu hu, Tapi malangnye, sos pizza aku dah habis sebab masa cuti Hari Malaysia aku dah guna sos pizza tu untuk buat makaroni bolognese. Masa cuti Hari Malaysia, punyalah malas hasben n wife nak keluar rumah. Melepak baring je depan tv. Pagi buat cucur ikan bilis for brekafast and lunch aku buat makaroni goreng style olio (sebenarnye style orang malas) tu. Then petang, perut cepat je melapar sebab dok rumah je kan. Harus la perut asyik minta makan. terus pergi dapur masak pula makaroni bolognese. Plan asal nak buat spaghetti, sekali kuah bagai siap … spaghettinye enggak ada dalam stok. Takpe, tiada rotan akar pun berguna. Belasah je pakai makaroni. Asal boleh makan dan mengenyangkan perut hasben n wife udah le.



Makaroni untuk lunch di Hari Malaysia ... 16 September 2014. 


Makaroni untuk minum petang .... 16 September 2014.

#sila terliur. ha ha ha



Sian hasben aku semalam tak dapat makan pizza. Sekarang dia dah pandai request western food tau. Yang pasti homemade. Kalau tak, takdenye dia nak layan sangat western food nie. Asal aku sebut nak buat spaghetti ke .. makaroni ke … pizza ke … taknaknye dia! Pasti dia akan cakap, “makan nasi lagi kenyang sayang!”. Isteri menurut perintah je masa tu. Asal hasben happykan. Now, dah terbalik … hasben dah pandai request western food tu kiranya dah bagusla. Lagipun sekarang nie dia sendiri nak kurangkan makan nasi. Cuma, sejak aku preggy …. sang isteri plak tak boleh berenggang dgn nasi. Nasi je yang diterima tekak. SO, nasiblah hasben kheeeennnn….

Hujung bulan nie nak shopping barang dapur bolehlah aku borong segala mak nenek barang-barang/bahan untuk menu western food. Tak terkata suka hati aku. Akhirnya berjaya juga meracuni hasben untuk fall in love dengan menu pelik-pelik nie. Alah, bukan selalu pun kan. Weekend kte masak la malay food. Asam pedas ke, kari kepala ikan ke … masak lemak cili api omak den ke …. Kan kan kan …

Dan malam tadi, walaupun hasben kecewa sebab tak dapat makan pizza. Tapi aku tetap masak menu peberet dia. Bakal mommy kan tekak nak nasi je kan ... so, lepas Isyak aku masak nasi ... buat sambal telur pecah then goreng ikan sardin yg segar beli kat pasar tani.Sepinggan RM3 je, adalah dalam 10 ekor. Siap masak dekat 10.30pm. Hoih, malam-malam makan nasi hoih .... gemuklah bakal mommy neh. hikhikhikhik. Hasben aku makan bertambah ... siap tanya, "ada lagi ke nasik??". Yelah, masa hari cuti tak makan nasi sangat kan ... sekali dapat nasi, bertambah dia. Aku senyum penuh bangga. Aku memang jenis suka tengok hasben makan. Bila hasben makan penuh selera, hati rasa gembira dan penat memasak hilang macam tu je. Heaven!!


Kesimpulannya, penangan pizza yang aku buatlah menyebabkan hasben aku dah terjatuh cinta dengan makanan barat. Jatuh cinta dengan makanan takpe bang … jangan sesekali dengan yang berperasaan tau!! Kecik hati isteri nanti.




p/s : dulu masak sorang-sorang makan. sekarang masak dah ada teman. kenmain selera!!

Monday, September 15, 2014

KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK YANG MABELES

Assalamualaikum ...


Sila terliur bila baca tajuk. Lepas tu, sila menceceh ailio kalau tengok gambar kari kepala ikan nyok-nyok yang mabeles untuk bakal mommy neh. Menu 2 minggu lepas, sebelum aku hilang selera makan. Masak untuk lunch di hari minggu sebab suami isteri tak plan pun nak keluar jenjalan. Takde mood. Dan bakal mommy macam tak larat nak jenjalan sangat pun. Baik dok rumah, masak sendiri dan rehat lepas tu. 

Tekak aku masa tu teringin sangat nak makan kari kepala ikan. Orang utara dan kari susah nak pisahkan. Aku memang penggemar kari. Nak-nak kalau guna rempah basah. Rasa nikmat sangat makan. Selalu kat kampung, mak akan buat rempah sendiri ... itu yang kari mak sangat sedap bagi tekak anak-anak dia. Aku pun dah siap simpan rempah kari basah dalam fridge. Nak masak terus bancuh. Tekak aku tak suka sangat kari serbuk tuh. Sampaikan aku siap minta resepi nak buat rempah kari sendiri dari mak dan juga makcik aku yang dok sebelah rumah. Kari ikan puyu makcik aku pun sedap jugak. Dia pun giling rempah sendiri. 


Ini adalah hasil air tangan aku. KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK. Sambil type entry nie, rasa terliur pula. Mulalah rasa macam nak repeat buat kari kepala ikan. Tapi nanti-nantilah, nak kena buat rempah basah dulu simpan, nanti nak masak senang. Tak perlulah terkial-kial masa nak masak.


Kari kepala ikan nyok-nyok nie aku regukan dengan kubis masak kicap. Kubis masak kicap nie memang peberet aku. Tak pun kubis nie aku buat masak lemak putih. Dah ada kari, so tak perlulah semua menu nak berlemak santan bagai kan. Not good untuk jantung ok. Menu lunch aku dan hasben weekend ritu kiranya memang simplelah, kari kepala ikan nyok-nyok, sayur kubis goreng kicap, ulam pegaga dan sambal belacan. Menu simple camnielah selalunya makan bertambah. Tak pandang kiri kanan dah, makan pun diam je .... menghayatilah katakan! he he he. 

Nanti ada masa aku update entry ni dengan resepi kari kepala ikan ye. Skang nie update mana yang mampu dulu. he he he. Nanti aku akan update juga lokasi kari kepala ikan yang aku pernah makan dengan hasben sebelum aku termengidam nak makan kari kepala ikan air tangan sendiri. mahal giler makan kat situ .... tapi kari dia tak best sangat bagi tekak aku. 

Citer tu later-later yek!




p/s : Mood memasak semakin meresap dalam jiwa. Dan baru aku sedar, aku lebih serasi masak menu kampung-kampungan sahaja.

Saturday, September 13, 2014

PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum ...


Tajuk kenmain masuk bakul angkat sendiri. Itu memang dah standard. ha ha ha. Jangan uwek-uwek baca tajuk entry aku. Kalau nak uwek jugak sila pergi jauh-jauh ye. Minggu nie dah 2 kali aku buat pizza. Pizza yang tak cukup bahan, main hentam dan campak je. Resepi pizza nie aku dah lupa mana aku dapat. Biasalah, aku kalau petang-petang kat office sementara nak tunggu hasben datang jemput, memang keje aku godek blog masakan. Itu memang dah jadi hobi aku sejak dulu. Siap je keje office tak pun time rehat, mesti aku akan cuba khatam blog masakan. Sampai dah nak jadi mommy, pe'el ni masih tetap macam tu. Godek-godek jumpalah resepi pizza yang simple, sekelip mata dah siap! heh heh heh heh.

Kalau tak salah aku, pizza nie pestime aku cuba ... hari Rabu lepas. Then semalam, Jumaat aku repeat lagi buat pizza untuk bekal hasben pegi keje. Time tu aku malas nak goreng mee/bihun bagai sebab rasa takde mood sangat. Hati berkata, buat pizza lagi senang. Kenyang pun kenyang! Masa pestime nak buat pizza, hasben macam ragu-ragu dengan kebolehan aku. Macam caya tak caya dia ngan aku tau! Kecik sket hati mommy yang sudah sedia kecik nie. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan ... kalau tak jadi of course aku akan cuba sampai jadi jugak! Itu prinsip aku dalam dunia masakan la. Kalau dunia lain aku taktau la aku boleh pertahankan ke tak prinsip cenggini.

Walaupun ragu-ragu akan kebolehan isterinye ini ... tapi akhirnya dia terkagum sendiri dengan hasilnye. ha ha ha! Siap makan berkeping-keping lagi tau. Mulut dok cakap, "sedap la ... lepas nie takyah lagi pi pizza hut! Baik buat sendiri!". Haaa ... kan ...!! Sembang je  tak guna, meh aku menceceh dengan buktinye sekali. Pizza main campak suka hati. Bahan pun tak cukup sangat tau. Apapun, yang pasti hasben aku suka sangat. Alhamdulillah. Senyum melebar isteri bila kena puji, nasib baik tak kembang setaman!!


Ini pizza yang aku buat hari Rabu untuk dinner. Sebiji pizza ni licin. Hasben je sorang makan lebih dari separuh. Aku guna cheese yang slice tu je janam Bega. Cheddar ada dalam fridge tapi malam tu tak rajin sangat nak bersagat cheese tu. So, guna je mana yang ada.


Resepi : PIZZA HOMEMADE YANG SIMPLE
Sumber : Internet


Bahan-bahan Doh;
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 paket yis (mauripan) - bancuh dengan sedikit air
  • Sedikit air

Bahan-bahan topping
  • Sos spaghetti (Aku guna brand kimball yang siap dengan cendawan)
  • Sosej dihiris nipis
  • Bawang holland (hiris nipis dan bulat)
  • Cheese (slice)
  • Serbuk oregano (kalau takda pun takpa)
  • Sedikit minyak zaitun)

Cara-cara;
  1. Campur semua bahan-bahan untuk doh
  2. Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan.
  3. Kalau rasa lembik tepung tu, tambah sedikit demi sedikit tepung dan terus uli 
  4. Tepung yang telah diuli, direhatkan. Pastikan adunan tepung ditutup dengan kain atau apa-apa penutup. Biarkan adunan naik 1-2 kali ganda.
  5. Apabila adunan telah naik, tumbuk adunan berkenaan untuk buang angin di dalamnya
  6. Oleskan pan pizza dengan sedikit minyak zaitun dan leperkan adunan tepung tadi di atas pan pizza.
  7. Kemudian oleskan dengan adunan yang telah dileperkan dengan sedikit minyak zaitun dan cucuk dengan garfu. Kemudian oleskan sos spagthetti di atasnya.
  8. Letakkan sosej, bawang holland dan cheese.
  9. Akhir sekali taburkan serbuk oregano.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150c-170c (bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  11. Siap dimasak...potong dan makan!


Yang ni pula pizza percubaan kali kedua yang aku buat semalam untuk bekal hasben pegi keje. Pizza nie aku up dengan daging burger ... aku hancurkan dan grill dulu daging tu 2-3 minit sebelum dijadikan topping. Untuk topping terpulang pada selera korang. Nak letak udang, ayam, sotong ... atau apa jua yang korang suka, takde masalah. Bergantung pada tekak masing-masing. Pizza simple yang aku buat nie, sekadar guna bahan-bahan yang memang dalam fridge kat rumah. 

Dah 2 kali buat pizza, barulah tahu ... tak susah sangat nak uli doh tu. Cuma antara rajin ngan tidak je. Lepas nie aku nak belajar buat roti dan pau pula. Usaha tangga kejayaan. he he he!


Selamat mencuba untuk korang semua! happy weekend.




p/s : Hari nie hasben cakap nak buat nasi lemak untuk lunch ... nak tunggu apa hasilnye. he he he

Friday, September 12, 2014

BILA UPSR BOCOR!

Assalamualaikum ....




Kesian sangat bila aku dengar perkhabaran bahawa soalan UPSR bocor. Alahai, kesian sangat pada adik-adik yang dah struggle jawab exam and last soalan bocor then kena buat exam sekali lagi. Kalau aku boleh migrain tau. Dah la jenis tak bijaklaksana sangatkan, sekali soalan kali kedua susah dari yang first. Mahu pengsan!

Malam tadi aku borak-borak dengan jiran searas (eh, sekarang dah baik dengan jiran-jiran … feel makcik-makcik dan skang nie….wakakaka) pasal kebocoran soalan UPSR neh. Yelah anak dorang ada yang amek UPSR dan mak pak nie sanggup amek cuti semata-mata nak memastikan pada hari kejadian anak-anak berada dalam keadaan terurus. Cukup study, cukup makan, cukup rehat dan tak stress bagai. Alih-alih entah mana datangnye cikgu yang tak bertanggungjawab telah bocorkan soalan UPSR. Kalau dapat cikgu nie, kita sebat sikit. Menyusahkan semua pihak sungguh! Yang aku dengar soalan Sains dan Bahasa Inggeris. Bukan anak-anak je mengeluh tau, mak pak pun mengeluh. Budak-budak nie ingat dah merdekalah semalam, rupanya belum lagi. Sadis! Nasib baik zaman aku dulu takde soalan bocor,… so, takdelah stress ke hape.

Jiran aku mengadu, anak dia semalam sampai demam. Bila dah habis jawab soalan Bahasa Inggeris, cikgu bagitau soalan bocor. Nanges! Kena buat sekali lagi. Kalau korang tak rasa angin ke? Geleng kepala aku dengar. Biarlah cikgu yang bocorkan soalan tu dapat balasan setimpal. Nama je cikgu tapi takde pulak nilai-nilai murni dalam diri. Manalah integriti kau wahai cikgu?? Dah nama amanah, jagalah elok-elok amanah tu. Ini tak, tunjuk contoh yang tak bagus. Cikgu macam inilah yang wujudkan istilah, “cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari!”. Kau ajar anak murid untuk buat baik, sematkan nilai-nilai murni … tapi kau sendiri tak murni! Camne tu??


Dah…dah….hari Jumaat yang mulia nie malas aku bebel panjang-panjang. Untuk cikgu tu …. “terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Satu Malaya sumpah kau tau tak….





p/s : Tunggu masa ada anak-anak nanti, tak tahulah macam manakan ....

Thursday, September 11, 2014

DEMIMU ANAK, APA JUA KU RELAKAN

Assalamualaikum ...


#TAJUK KENMAIN....hahahahahha


Ibu mengandung nie macam-macam pe’el. Tapi hasben aku cakap, aku nie jenis tak banyak ragam dan takde mengidam yang menyusahkan dia. So, dia rasa syukur sangat tentang tu. Everyday dia cakap, harap semuanya dipermudahkan sampai saat aku melahirkan anak soleh/solehah ini. Ameeen. Aku pun tumpang doakan perkara yang sama. Moga aku dapat lahirkan anak soleh/solehah ini secara normal di Hospital Putrajaya.

Cuma .. Cuma … seminggu nie tekak aku takde selera nak makan. Tengok itu rasa tak sedap, tengok ini rasa tak sedap. Bila makan, aku kemam lama-lama dalam mulut. Nak telan macam nak kena jolok! Kenapalah macam nie? Bila nak  bertukar bulan je, seminggu dua akan timbul hal yang aku rasa pelik sikit. Tapi takpe, sabar … sabar … senyum … sabar. Cuma sehari dua nie rasa kesianlah kat anak soleh/solehah dalam tummy mommy nie, mesti dia lapar. Yelah, mommy memang takde selera sangat nak makan. Sampai satu tahap mommy paksa diri untuk makan. Maafkan mommy sayang!

Macam pagi nie, gigih hasben aku bangun awal. Pastu aku minta tolong dia sambung aku goreng bihun untuk breakfast sebab aku nak ion baju. Biasalah, pe’el aku ni mana reti nak ion baju keje malam-malam. Bagi aku malam untuk rehat je. Paling kuat masak. Walaupun hasben selalu bebel minta ion baju keje malam tapi aku masih belum boleh berubah tabiat tuh. Ampuuuun ye sayang! He he he. Okeh, sambung pasal breakfast …. Aku bawa la bihun goreng hasben tu, sampai office nak makan, rasa tekak nie tak boleh nak telan. Try juga sesudu dua. Siap kemam bihun dalam mulut … pastu aku rasa macam nak jolok bihun tu masuk ke tekak dengan sudu. Ha ha ha. Giler teruk perangai! Dah lapar sangat, aku ajak opismate aku pi cafĂ© beli buah. Buah boleh pulak makan. Sedap pulak tuh. Makan buah, bukanlah kenyang sangat pun. Belum tengahari perut dah minta makan. Anak soleh/solehah mommy la tuh minta makan kan kan kan .... he he he

Petang semalam makan roti pun rasa nak muntah. Sian anak soleh/solehah mommy. Kenalah kamu sabar sampai mommy ada selera makan. Cumanya aku sekarang kena cekal dan kuat semangat makan supplement. Demi anak soleh/solehah nie … supplement yang sebelum  ni rasa sedap tapi sekarang nie rasa macam ubat hospital terpaksa ku telan jua. Demimu anak, apa jua mommy relakan.


p/s : mood mak mak dah sekarang nie....wakakaka




Sunday, September 7, 2014

HAPPY BIRTHDAY ISTERI!

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, Allah swt masih memanjangkan usia aku. Masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan di atas dunia ini. Tahun ini sambut besday sebagai isteri. Tahun lepas sambut besday sebagai tunangan orang. Besday aku semalam. Jatuh pada hari Sabtu, so tak perlulah nak mohon cuti bagaikan. 4-5 tahun kebelakangan nie, kalau besday aku jatuh hari bekerja, makanya aku akan mohon cuti rehat. Apasalahnyekan ... cuti sempena besday sendiri. Nak juga meraikan ulangtahun kelahiran sendiri.

Normally, kalau besday aku ... hasben (tahun-tahun sebelum tu masih belum kahwin ... kira gf/bf la) dia akn wish besday aku tepat 12.00 malam. Tapi tahun nie tak berlaku sedemikian rupa. Aku siap tidur, bangun balik ... tidur bangun balik ... belek henpon, apsal takde wish papepun. Hasben tengok aku pun dia buat relax je sampai layan tv. Eh, ini tak boleh jadi! Dia lupa ke ... beberapa minit lagi aku nak sambut besday. Sabar je! Dalam hati tu ada la sedikit merajuk tapi malas nak tunjuk. Terus masuk bilik aku tidur. Sedar .. sedar dah 2.30 pagi. Terus belek hp, eh ... takde wish juga! Sambung balik tidur. Aku ni biasalah, kalau satu perkara tu dah jadi kebiasaan tapi hasben tak buat, aku memang tak senang hidup. Nak tidur pun tak lena. 4.00 pagi aku bangun lagi, belek hp ... takde juga! Terus on kan FB kat hp, tengok ada pm ... terus buka! Yes ... hasben pm je kat fb. Barulah aku dapat lelap sampai pagi.

Pagi aku bangun awal, sebenarnya ada benda lagi yang aku tak puashati. Kad besday ... aku memang excited dapat kad besday dan kad raya dari hasben. Bab hadiah aku tak kisah sangat. Tapi bab kad memang aku kisah ... sebab aku suka baca semua kad-kad raya/besday yang hasben hantar dari awal kami kenal as a frenz. Bagi aku, hadiah kita boleh beli sendiri ... tapi kata-kata dalam kad tu hanya special dari si pemberi je. Kiranya ada sentimental value kat situ.

Bila bangun tidur pagi semalam, terus aku pusing semua sudut rumah .... aku cari kad! Sekali ... jeng jeng jeng .....


Terjumpalah kad besday atas meja makan. Sebelum tu dah satu ruang tamu aku cari. Boleh tak perasan plak hasben letak atas meja makan siap sekuntum bunga dan roti tuna. Masa tak jumpa tu aku dah sedikit kecewa sebenarnya. ha ha ha. Choooi ... hasben taktau yang isteri dia nie cepat touching dan sentap tapi suka pendam. Pastu lama-lama lupa! ha ha ha. Malas nak serabut kepala hasben dengan perangai sentap aku, hasben bukan jenis nak memujuk sangat pun. Jadi buat ape penat nak merajuk-rajuk kan ... rugi je masa aku kang. wakakakakaka ...

Sebelum tu aku dah belek beg keje hasben, jumpa plastic bag parkson ... sah ini mesti malam tadi dia beli kad kat parkson masa aku ajak dia pi cari hadiah besday anak kawan. Padanlah dia masa berpecah tu, dia kata nanti jumpa je depan pintu parkson. Tapi tak nampak plak dia bawa plastic bag ... mesti sembunyi dalam poket tuh! Hasben aku memang suka surprisekan aku. Aku je tak reti nak surprise kan dia. Samalah masa bulan puasa aritu, siap hantar kad raya kad aku tapi dia pi hantar dekat kaunter pertanyaan kat lobi opis. Pastu PA office hantar la kat aku ... siap nama dan alamat penuh bagi tapi takde setem. Sapelah plak rajin anta kad raya, sekali buka .... hasben sendiri. wakakakaka. Syioooook ... baca berkali2 sampai menitis air mata. Touching terlebey plak time tu. he he he he he he.


Happy birthday untuk aku!! Ucapan kat dalam takyah la sharekan ... simpan untuk diri sendiri. Dan petang semalam, kami pi jenjalan kat Silka Cheras. Dapatlah makan sepotong kek. Alhamdulillah. Lepas balik dari Silka Cheras, aku ajak hasben pergi KLIA2 jenjalan. Syiok juga pi KLIA2 ... besar sangat. Jenjalan tak sampai setengah jam, perut aku mengeras .... terus ajak hasben balik. Takleh jalan lelama dah skang, baby mengeras dalam perut. Agaknye baby pun penat dari tengahari jenjalankan.

Sampai Putrajaya ... ajak hasben pekena maggi goreng mamak plak. Perut dah lapar sangat. Order sepinggan share berdua! Sedap je. Lepak kejap terus balik rumah. Kat rumah sambung plak layan tv berdua ... memang semalam hari rehat kami sempena birthday aku! Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk aku lalui semua ini. Syukur!!



p/s : Beza dulu dan sekarang ...

Thursday, September 4, 2014

"LAMA TAK NAMPAK AKAK TURUN ... "

Assalamualaikum ....


Hye, lama betul aku menghilang. Buka blog, tutup. Buka, tutup .. itulah keje aku. Takda mood nak bercerita sampai berminggu-minggu. Terus hilang camtu je. Sama juga dekat office nie, aku dah dekat sebulan lebih tak pergi makan dekat kafe office. Pergi pun sekali dua. Tu pun jenguk terus blah. Ada skali tu  beli soto. Lain-lain makanan tak boleh masuk dah. Tekak rasa makanan kat kafe tak sedap langsung! Sorry tuan kafe.

Sekarang ni pergi keje bawa bekal untuk breakfast. Tengahari makan biskut kering cicah milo. Kalau rajin aku call hasben suruh datang amek, lunch dekat luar. Tadi, lepas pergi lawat site ... balik opis dahaga sangat. Air mineral dalam drawer aku tu dah habis. Tekak pula terkinja nak minum air ais. Suka tak suka kena jugalah ke kafe. Nasib baik awal lagi, orang pun tak ramai. Lalu depan lauk pauk pun malas nak pandang. Tekak rasa loya bebenor. 

Perut lapar. Nak makan takde selera. Dah tu beli buah ajelah dengan barli ais. Bab beli air kat kafe nie pun satu hal. Ada sorang abang tu, kalau bikin air ... selalu buat aku panas tau. Manis melecas! Nak kasi potong kaki ke bang?? Kadang kena pesan ... "bang, nescafe o ais ... kurang manis tau!". Dah pesan pun kadang manis gak. Hello ... ai dah cukup manis dengan senyuman tau walau ai nie katek sket T_T.  hahahhahaha.

Masa nak bayar duit buah, budak cashier tu siap tegur, "Lama tak nampak akak turun makan ...". Aku senyum ajelah. Dalam ramai-ramai yang datang makan, aku juga yang perasan lama tak turun makankan. Macam muka wanted je den nie ar! Terima kasihlah sebab perasan ai nie salah seorang pengunjung kafe suatu masa dulu. Sekarang nie ahkak nak rehat dari pergi cafe. Nak jimat sikit, so bawa bekal. Padahal tekak dah tak boleh blah dengan masakan cafe. Itu je alasan sebenarnya. Bawa bekal pun duit tetap laju keluar macam air. Mencurah-curah.

Sekian, cerita aku setelah berminggu menghilang. he he he. Gambar takde ye ... next entry kita up gambar makan-makan je. Okeh ... tata titi tutu!!




p/s : Tengah sibuk buat keje-keje akhir sebelum menerima newtask!