Tuesday, January 27, 2015

BAKAL MOMMY YANG SENTIASA LAPAR

Assalamualaikum...

Tengah tunggu turn nak jumpa dietition. Baru sudah check up. Baby soleh solehah aku semua ok. Yang tak ok cuma aku...kejap kejap sakit perut. Pastu perut ni lapar je. Sibuk tekak ni nak makan benda manis dan sejuk. Hoih bahaya sangat manis manis ni. Sebelum antar ke klinik, hasben dah beli kan karipap. Buat bekal sambil tggu turn.

Sambil tunggu turn kena panggil, dok check folder gambar dalam handphone. Tetiba terpandang gambar kuewteow goreng yg aku buat utk breakfast hari Sabtu baru ni...terus la rasa lapar yg melampau. Makin menjadi jadi laparnya.


Telur mata yg kerekot tu hasben aku yg goreng. Aku goreng kuewtoew pun dah penat sekarang. Tak mampu berdiri lama. Nak tunggu detik kelahiran little khalifah...buat aku rasa lapar memanjang. Dah tu 2-3 hari ni asyik seram sejuk nak demam. Tinggal lagi 2 minggu nak melahirkan. Moga dipermudahkan hendakNya. Ameeen....

12 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih....moga2 diperkenankan doa awak ;)

      Delete
  2. Wahh, bestnye nak dpt baby.. smg semuanya dipermudahkan ye..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best....tak sabar...nebes semua ada. Tq ya

      Delete
  3. Untuk restoran yang menyajikan menu makanan cepat saji, sebaiknya Anda menggunakan Packaging Makanan untuk mempraktisi penyajian menu makanan Anda.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan awak nanti. Saye plak tinggal lagi 4 minggu. Berdebarr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk lg berdebar2 nie....huhu. Semoga awak pun dipermudahkan....

      Delete
  5. sedapnyaaa.. saya masa pregnant hari tu suka sangat makan benda sejuk dan manis..aiskrim wajib ada dalam peti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah penghujung nie akk pun suke makan eskrem gak

      Delete
  6. Sedapnya nampak kuay tiaw tu. Insya Allah...oklah nanti semuanya... Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kat tekak sendiri je kak....
      terima kasih kat atas doa....pasni sunyi sikit blog neh

      Delete
  7. nak sikit kuay tiaw.. hihi

    semoga dipermudahkan segalanya.. nanti share yerk kak bila dah bersalin

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!