Monday, March 9, 2015

TERINGIN NAK MAKAN MACAM-MACAM

Assalamualaikum ....


Seketika dalam pantang, pandang semua benda makan ... rasa teringin sangat. Tak tahulah berapa gelen ailio aku dah telan. Namun kengkadang tu aku cukup ego depan mak aku. Bila tengok mak tengah masak lauk pauk best-best kat ayah and adik-adik ... "uiks sedapnya mak ...". "Nape kakak ... teringin ke? Lepas pantang dan dah baik luka belah perut tu, kakak makanlah".

Dengan egonya, "eh ... mana ada teringin. masa mengandung hari tu dah makan macam-macam". Muahahahaha. Time ngandung teringin lain, time berpantang lain. Walhal time tu terbayang tengah kopek isi ketam. Bermain di depan mata dok ratah ayam goreng dan udang galah! Giler kau tak meleleh ailio! Aku ni sabarlah hye. Lagi buat hati bertambah sabar ada plak sedara mara yang datang dok cerita itu ini pasal makanan dan ibu besalin czer takleh makan. Ada satu hari tu, makcik tu datang melawat aku dan anak soleh ... siap bercerita menantu dia pun czer, lepas pantang 44 hari maka menantunya ini pergilah beli ketam sampai 2 kilo. Kat Kubang Rotan dan Kuala Kedah ... seafood murah weh, Sebab tu kalau balik kampung aku mesti pi beli seafood segar dekat Kubang Rotan dengan Kuala Kedah nie. Murah melampau habaq hang! Okeh, berbalik pada cerita makcik tadi, menantu dia pun masak la ketam tuh. Pulun ratah tak hengat dunia. Dok malam, dalam perut dia gatal-gatal. Maybe luka dalam perut belum baik sepenuhnya kot. Dah gatal dalam perut nak garu celah mana kan. So bertabahlah!

Dengar je cerita tu, aku nak makan seafood lepas pantang pun jadi seram weh. Nanti gatal gatal celah mana aku nak garu kan? Takkan nak sodok mop masuk ikut mulut buat garu dalam perut kot. Selagi belum baik sepenuhnya, terpaksa la aku teruskan pantang makan. Kalau dulu masa preggy pantang nampak, sekali anak besar dalam perut. Terus kena czer. hak hak hak. Tapi takpe .. janji ibu dan anak selamat sejahtera selalu! Masa dalam pantang bersalin nie lah, semua benda makan rasa sedap ... waima ayam goreng pun ko rasa best giler! Macam ko dok zaman batu tak pernah jumpa ayam goreng kepci tuh. Camtulah umpamanya aku sekarang. Tu tadi aku wassap BFF aku si June. Siap tanya dia boleh tak nak makan ayam goreng. Memandangkan June tak galakkan, maka tunggulah dulu sampai luka betul2 baik.

Dah lepas 2 minggu dalam pantang, mak aku dah start masak yang pedas-pedas sikit bagi aku makan. Tapi test dulu ah, kot kang nanti pedih perut sendiri tanggunglah. Ada satu hari tu mak aku masak kari ikan nyok-nyok ... mak aih, punyalah sedap. Kalau tak hari-hari dok makan tenggiri bakar dengan sayur sawi je. hari hari sawi, muka pun dah macam sawi. Member aku cakap makan sawi bebanyak boleh tambah susu. Mana ada ... susu badan aku sikit je. Kalau pam pun dapat la 2 oz. Sadis sungguh! Tapi bersyukurlah boleh gak anak soleh aku merasa susu ibu dia. heeeeee


Ini lauk pertama berpantang aku. Jangan tak tahu, hasben tersayang yang masakkan nie. Beriya dia balik rumah lepas aku czer dan masuk wad sbb nak masak. Aku cakap takyah la masak sebab hospital ada makanan gak. Tapi dia nak masak juga, "takpelah, hubby nak masak kat sayang jugak!". Owh sweeetnye awak ... ahaks! Sebab dia risau hospital bagi lauk pauk yg orang bersalin tak boleh makan. Ermmm memang pun! Ada ke bagi ayam grill ... mana leh makan ayam awal-awal lagi. Gatal la weh, baru sehari kot lepas operate. Nak kasi aku sodok mop dalam perut la tuh. Hasben aku masak haruan ... masak pindang dengan sayur sawi. Dah lapar sangat time tu. Sedap giler rasa hasben masak. Berbunga tau hati orang sakit bila tengok hasben susah payah sampai camnie. Love u sayang ... keh keh keh. Yelah, time nie mak aku tak sampai lagi. Masih dalam perjalanan.


Ini menu yang mak aku masak. Sup ikan haruan rasa masam-masam sikit, sawi goreng dan ulam pegaga. Pegaga tu nak kasi banyak susu juga. Jenuh aku dok ragut pegaga tuh macam kambing dah ... hukhukhuk. Menu mak nie masa dah balik rumah. Hari2 ikan haruan selama seminggu. Telan je lah, walaupun terasa tersekat kat kerongkong. hahahaha. Haruan nie kalau grill ke ... memang sedap. Tak pun buat kari ... memang wallah sangat. Ikan haruan nie buat sup, yang sedapnye kuah tu ... isi ikan dia lembik-lembik sikit. Kupaksa telan sebab nak cepat baik luka tuh. Ayam goreng kat bawah tu bukan untuk aku. Tapi untuk orang yang pantang tengok! Serius masa ayam nie baru masak sedapnye la hye, Ayam berempah ko ... memang peberet akulah! Aku cuma pandang dan pandang pastu telan ailio bergelen2 lagi. Bertabahlah bila jadi orang pantang nie. Nasib baik aku fikir diri sendiri, kalau tak memang dah lama aku bedal itu ayam! Pastu sendiri gatal sendiri tanggunglahkan ....

Rupanya dalam situasi berpantang nie, memang bab makan kenalah bertabah banyak-banyak! Tak boleh makan sebarangan ... satu mudarat diri sendiri, kedua mudaratkan anak kalau anak tu memang BF macam aku neh. Selagi anak soleh menyusu ibu, maka aku kena jaga makan betul-betul. Kang tak pasal-pasal anak soleh aku pun dapat habuan jugak. kan kan kan .... mahu bersengkang mata nanti. Ini pun mata dah jadi mata panda, anak soleh punya hal mommy ok-ok je!



p/s : hasben aku siap beli nasi lemak royale yang pemes dekat Aloq Setaq tu ... layan makan depan aku! aku memang bertabah habaq hang!




9 comments:

  1. akak,kena banyak pantang makan dulu kalau czer ini,macam azie berani makan ayam pun bila dah masuk 2 or 3 bulan bila kita rasa betul2 luka kita sembuh,kalau seafood azie mmg sampai sekarang tak sentuh takut gatal walaupun dah 4bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh pantang mcm2 skang, tahan hawa napsu nie ;p

      Delete
  2. hehehe..kiter dalam pantang lgsg takde selera la pulak..

    ReplyDelete
  3. Kalau akak dulu, makan lobak putih bebanyak utk bnyk susu. Sampai bengkak susu jadinya..hahaha. lagi satu minum.susu anmum2.

    ReplyDelete
  4. bersalin belah perut ke? kena pantang betul2 tau...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!