Thursday, October 1, 2015

HYE ATKINS!

Assalamualaikum...

Aku terpaksa kembali ber'atkins'! Berat dah macam anak gajah oke. Dah comel sangat sampai tumit pun dh start sakit2. So, 2 minggu lepas aku dah start diet atkins. Cuma tak boleh disiplin sepenuhnya lagi. Takut badan terkejut. Aku cheat juga la, cuma tak ambil nasi sgt. Masa cuti raya haji, suka tak suka kena jugalah makan nasi 2-3 sudu. Amek hati mak kan....dah la 3-4 bulan sekali balik dh tu sibuk berdiet. Taknak la mak aku kecik hati cam dulu. 

Minggu ni aku start la diet balik. Bila buat induction je mesti rasa pening2 kepala. Nak pengsan pn ada. So, bertabah la. Kalau tak tabah memang aku dah bedal nasi dh. Nak kuatkan hati sendiri berdiet bukanlah senang. Lagipun aku dh tinggalkan atkins ni dekat 2 tahun. Menyesal pun ada. Dah terlajak perahukan boleh undur balik...hehehehe

Mai aku share kat hangpa menu atkins yg dah hadam dalam perut aku. Tapi ada gak yg tak halal dlm atkins pn aku belasah makan. Nafsu teringin membuak! Bila berat lambat turun, salahkan la diri sendiri....ye tak?

Mai tengok menu atkins aku. Ada yg ok, ada yg k.o sbb bila tgk makanan teringin sangat. Yang ataih ni salmon grill. Yg ni lulus atkins no. Menu peberet aku sepanjang masa. Salmon tak mahai sangat. Pi beli kat Mydin takpun kat Tesco. So, sebulan 3-4 kali boleh la makan salmon yg isi dia super duper sedap ni. 


Ni plak menu breakfast aku kat opis. Malas masak so beli je la. Telur goreng dgn telur rebus. Kuew toew sejemput tu korang jgn tiru plak. Tak lulus atkins kuewteow tu. Faktor teringin, tapi makan 1 sudu ja! Haish, bazir kot....


Menu lunch di ofis jugak. Semua ni RM5 tau. Kacang panjang goreng dgn telur and ayam sambal hijo mak ko. Bukan mak ko hijau tau! Ayam dn aku berpisah tiada....kikikiki


Menu lunch lagi. Ayam masak sambal kot yg aku amek ni. Dah lupa. Sambal2 tu kais-kais la. Lap pun okey. Takut kang lebih plak gula. Aku amek tofu telur dgn ulam kacang panjang. Done! Atkins kena kerap makan. Baru la kita akan rasa bersemangat nak diet. aicheeeeh....janji makan yg halal atkins la.

Sekian cerita menu atkins aku. Target untuk turun dari berat 68kg ke 55kg dalam masa 3 bulan. Boleh ke tercapai??

Jawapannya adalah .... 'Usaha tangga kejayaan dan disiplin yg ketat penentu kejayaan!' Hahahahha poyos sangat tau mommy Iskandar ni.

Jawapan sebenar, 'aku cuba usaha yg terbaik!'. Kita putar abang Halim.....hahahhahha....


p/s : Hari ni kena minum air gula after deliver Iskandar. So, atkins hari ni dah fail! Cuma aku tetap x amek nasi dn segala karbo yg lain. 


8 comments:

  1. hahahahahahaahaha bila ada geng! mulalah TERUJA! nk join atkins balik lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la rara...tgk org kurus jeles pun ada. tapi akk start diet ni pelan2 kerana kaki dah sakit dah. kurus utk sihat. harap berjaya la. jom diet sama....

      Delete
  2. salam sis.
    teringin nak ber atkins tapi tgh bf..mcm x mampu je x makan nasi sehari. haha
    anyway good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tgh bf jgn buat diet atkins....bahaya. kasihani anak okeh.

      Delete
  3. chaiyok sis..hehehe..saye pon berdiet gak..heheh

    ReplyDelete
  4. ingatkn atkins tu sejenis penyakit., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyakit org gemuk yang nak kurus dan sihat

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!