Friday, December 9, 2016

BALIK KAMPUNG MAKAN GULAI 7 KAWAH

Assalamualaikum ...

Hujung hujung tahun baru nak update blog oiii! Bersawang sangat dah. Sekarang ni nak bukak blog pun takdan. Sejak sejak buat bisnes online ni, memang separuh perhatian kat bisnes ajelah. Sekarang ni aku jual ikan bilis Sabah dan Myfa Hair Serum tau. Yang ni cerita kemudian na.

Nak story kat korang haritu balik kampung. Setelah sekian lama tak balik weh. Rindu mak ayah tak tau nak habaq la. Maka, berangkat la aku sefamily ke utara. Senyum lebaq la dpt balik kampungkan! Macam nak pi ke bulan je gayanya!

Selepas 2 hari berada kat kampung, hasben ajak pi Muzium Padi kat Gunung Keriang. Katanya tak pernah pi sana. Boleh la bawa Iskandar jenjalan. Aku on aje. Lagipun mak ayah pi kenduri, so decide la pas pi muzium lunch kat luar terus. Senang. Tak yah masak ... huhu dasar M sedang membesar tau aku ni.

Lepas penat pusing Muzium Padi, mai la kita makan. Perut lapaq sudah. Iskandar pun dok minta .."mommy nk acik!". Jom, mommy bawa pi makan kat Gulai 7 Kawah. Lokasi dekat Jalan Gunung Keriang. Sapa yang melawat Kedah, nak cari lokasi lunch yang sedap, boleh try makan dekat Gulai 7 Kawah ni. Banyak oi menu dia. Takdan nak amik gambaq.


Gulai 7 kawah dia macam-macam gulai ada. Ada gulai kambing, gulai batang pisang dengan daging, gulai rebung dengan daging, gulai ayam, gulai kambing .... Pastu tak ingat dah gulai apa lagi. Aku amik gulai batang pisang dengan daging. Hasben amik gulai rebung. Sedap juga tau! Masa kami sampai tu dah kul 2 lebih, so menu pun apa yang ada je la.


Nanti kalau korang mai kedai ni, macam-macam bahasa Kedah dia gantung kat kedai. Boleh la hangpa belajaqkan. Aku pun baca sket sket ja. Takdan. Dok sibuk dengan Iskandar ja.




Ni menu aku tau. Balik kampung diet ke laut. Memberatkan badan je gheja aku ni. Ikan keli sedap sangat. Keli bakaq. Aku amik juga gulai ikan talang. Best. Kedai ni tutup hari Isnin tau. Hari lain semua buka. Dari pagi sampai malam. 


Nanti hangpa mai Kedah, cuba la makan kat sini. Manatau serasi dengan tekak!

Bye

Friday, September 30, 2016

NAIK PANGKAT

Assalamualaikum ....


Ogos yang lalu aku dah dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Memang rezeki yang tidak disangka-sangka. Macam tertanya plak. Masa aku dapat email misteri tanpa nama kena jumpa Bahagian HR. Tidur tak lena weh sampai 3 hari. Bukan fikir yang positif tapi yang negetif belaka!! Teruk betoi. Sejak lahirnya Iskandar, memang rezeki mencurah. Terima kasih Ya Allah. Happy.

Bila dapt surat pemangkuan kenaikan pangkat. Rasa merah padam muka. ha ha ha. Antara percaya dengan tidak sama banyak. Aku ke? Ada juga yang terkeliru  kenapa aku dinaikkan?? Laju daripada orang lain yang dah pegang post tu? Tak dapatlah aku nak jawab, bukan perkara yang aku minta. Inikan semua rezeki Allah. Bukan aku  pi bodek2 warga HR sebab aku setahun sekali nak ke sana pun susah. Takda plak kwn rapat kat situ pun. Bila orang bagi, aku terima. Aku syukur. 



Versi poyo ni aku rasa. Tapi of course la korang pun kalau dapat perkara tak disangka mesti terkejutkan?? Ke korang relaks je?? Aku je gelabah lebih! Naik pangkat. Dapat tugasan baru. Tak stress dengan tugas baru cuma agak susah dari tugasan lama dulu. Boss baik. Boleh gelak sama-sama. Boleh toleransi. Allah, tak tahu apa nak cakap. Nikmat weh kerja dengan boss yang baik camni. Tak suka, cakap depan-depan. Takmo cakap belakang. Takmo mengadu kat bigboss. Serius aku dah lama nak jadi anak buah pada boss aku sekarang ni. Alhamdulillah termakbul jua selepas 7 tahun berlalu. 




Dapat boss dah oke. Cuma bab anak buah aku je aku terpaksa makan hati sikit. Kena sabar banyak. Kena aku plak paham dorang. Adeeeh. Takpalah, tak semuanya dalam hidup kita ni good-good kan. Redha dan dalam masa yang sama cuba mengubah jadi lebih baik. Harap aku berjayalah. 


Now aku kerja happy-happy je. Malas nak fikir hal opis sangat. Tak paham tanya je boss. Boss baiklah katakan. he he he. Sebelum aku jadi anak buah pada boss yang satu ni, pernah la bila ada apa-apa event aku berkerjasama dengan dia. Bergaduh manja dengan dia pun pernah gak. ha ha ha.
So, macam dah biasa la kerja dengan dia. Tapi for event only. Untuk kerja sekarang inilah pestime.

Di Jumaat yang mulia ni aku harap, berjayalah aku confirm pemangkuan ini dalam masa 6 bulan ataupun setahun. Doakan aku yeeee ....



eh, rajin plak update blog ... ha ha ha

Thursday, September 29, 2016

CEK NUFFNANG DAN HADIAH BIRTHDAY

Assalamualaikum ...



Hari ni masuk ofis awal daripada biasa. 7.15am dah ada kat messy desk ni. Tak tahu apa nak buat. Selalu 8.30 masih terkejar punch card lagi. Biasalah mommy yang punya anak lelaki sorang selalu buat kalut. Kadang anak lelaki yang buat mommy kalut. Hidup .... benda biasa kalau kalut tu. ha ha ha. Ada masa terluang, update la blog yang dah bersawang ni. Tahun ni paling teruk blogging. Tinggal sampai berbulan-bulan. Tup tup timbul menunjukkan cek dekat korang plakkan. POYO!


Actually, cek nuffnang ni aku dapat bulan Februari lagi. Lama giler. Sekang baru ko nak ceritakan. Banyak jugaklah aku dapat. RM321.61. Okeylah tu. Sapa nak bagikan, merapu bagai nak rak ... ada jugak income! Alhamdulillah. Disebabkan kebetulan cek tu aku terima hampir sebulan dengan birthday hasben, maka aku decide dengan duit blogging tu aku nak guna belikan hadiah untuk hasben.


Sebelum ni, 2 cek yang dah lepas aku buat beli tiket pergi Bandung pergi balik. So, cuma siapkan duit shopping ngan makan je. Duit tiket dikira Nuffnang dah support. Dengan duit income NUffnang kali ke3 ni, aku decide nak belikan hasben jam sbg hadiah birthday. Jam yg beli masa kahwin tu tali dia dah rosak, belum tukar tukar lagi. 




Tudia jam dia. Jam hasben. Tangan aku! Montok sket tangan tu. Disebabkan nak buat surprise dekat hasben, pi la beli jam ni sorang-sorang. Asyik keluar masuk pi Alamanda ja. Dah survey kat Mines dan Aeon Equine, tapi takda yang berkenan. Kedai jam kat Alamanda ni taktahu la sampai berapa kali keluar masuk. Last-last beli jam ni kat kedai jam depan Mc Donald Alamanda tak salah aku. ermmmm dah lupa nama kedai tu. 

Dalam kedai tu tak tahulah berapa kali tawaf nak pilih yang berkenan di hati dan bajet lebih kurang income yang ada tu. Pusing punya pusing berkenan jam Edifice Casio ni. Ini pun ada satu je kat kedai jam tu. Pi tengok kedai jam lain takda pun jam macam ni. Okeylah amik yang ni sebab dah berkenan sangat. Berejam jugaklah budak lelaki kt kedai tu melayan karenah aku ni. ha ha ha biasalah kadang  banyak tanya. Nasib ada 10% diskaun, so aku top up sikit ajelah untuk dapatkan jam tu. Selebihnya Nuffnang sponsor. Hooyeeeeeeeeeee


Terkejut hasben bila aku bagi hadiah jam ni. Surprise beb! 1st time buat surprise sepanjang dah 10 tahun kenal dan baru hampir 3 tahun kahwin. 


Bila terpandang jam kt tangan hasben, rasa happy! Ini hasil blogging!!!

Monday, September 19, 2016

RINDU

Assalamualaikum ...



Rindunya kat blog.
Tapi ruang masa untuk bersama tu agak kurang.
Masa aku lebih pada Iskandar.
Dialah intan payung aku.

Lebih untuk family
Sebab tu aku tiada sangat masa untuk diri sendiri
Masa untuk menyendiri dengan blog kesayangan hati


Serius aku rindu nak update blog macam dulu-dulu.
Masih ada lagi ke yang sudi bertandang ke sini??

Friday, June 3, 2016

RESTORAN FENOMENA DESA PINGGIRAN PUTRA

Assalamualaikum ....


Semalam time lunch taktau nak pergi mana. Call hasben ajak lunch sama. Dah masuk kete pn masih dok berdebat nak lunch kat mana. Itu memang biasa, asal ajak makan luar je dua dua buntu. Haru sungguh! Last-last aku ajak hasben pi makan ayam kampung dekat Restoran Hassan Nasi Ayam Kampung kat Desa Pinggiran. Sampai kat sana dah 1.15pm. Time lunch, restoran penuh ... parking pun penuh gak. So, kena la cari parking. 

Hasben dpt parking hujung bangunan kat area speed mart 99. Sekali tgk hujung tu pun ada restoran ayam kampung gak. Aku cakap ngn hasben nak gi tengok menu apa ada. Sekali berlambak menu yang agak menarik hati dan ada ayam kampung pulak tu. Terus terpaut! Tak jadi la ke Restoran Hassan tu. Kitaorang singgah dekat Restoran Fenomena. Lupa plak nak amek gambar signboard dia.


Dalam gambar ni menu yang kita orang amek. Aku amek ayam kampung. Saiz dia besau juga la. Leh share 2 orang. Pastu sambal kering ikan bilis dan ulam. Hasben plak ulam, masak lemak rebung, ikan cencaru sumbat sambal ... dan minum limau ais. Total semua RM20 .... hokey la. Dapat ayam pun besau ... ikan pun besau. Boleh share lagi,


Sapa nak try boleh la ke Restoran Fenomena Desa Pinggiran Putra!


Sebelum pose cerita makan je aku nie!! huahuahua

Monday, May 30, 2016

ASIAN FUSION CAFE - CYBERJAYA

Assalamualaikum ....


Tinggal beberapa hari lagi Ramadan nak menjelma. Persiapkan diri. Tambah amal baik di bulan mulia. Bila menjelma Ramadan, pasti waktu berbuka puasa amat dinanti. Kemanisan berterawih pun ditunggu. Paling ketara time berbuka tulah, sebelum tu kita dah sibuk fikir nak makan apa? Menu apa? Kat mana? Masak sendiri atau makan luar?? Dan ketika ini kalau kebanyakan hotel, restoran dan cafe dah menggantung promosi berbuka puasa. Buffet la, itu la, ini la ... semua ada.

Ingat lagi tak, tahun lepas aku dapat jemputan untuk makan di Viet-Thai Canteen Cyberjaya. Makanan kat situ Alhamdulillah boleh tahan sedap! Aku suka vietnamese rice paper roll tu dengan ayam pandan dia. Teringat-ingat kesedapan. Nak baca review aku sebelum ini, boleh rujuk tang nie ye ... sila klik (&&&&). Untuk this year, Viet Thai Canteen ni dah tukar nama uols. Nama barunya adalah Asian Fusion Cafe. Untuk nama baru ni aku belum pergi lagi, tapi pihak AFC ni dah email aku bagi token sempena Ramadan 2016. Alahai, terima kasih bebanyaklah ye. Insya Allah ada kesempatan aku poie le...

Meh aku share sikit pakej menu menarik di AFC ni. Mana tahu korang teragak nak trykan. Boleh survey awal-awal kan ....  Ini dia festival offer dari AFC untuk korang. 




Festival Offer ini bermula dari 6 Jun hingga 16 Julai 2016. dari jam 6.30pm hingga 9.30pm. Tak lama la timenye. Time buka pose boleh terjah. Nak selamat booking siap-siap. Pakej yang diberi macam okey jugak harganya. Takda GST charge tau ...

If korang rasa nak try menu-menu ni bolehlah contact AFC dekat talian 03-83226986! Lokasi di Cyberjaya ... alamat cam kat bawah nie ....

NO. 6, BLOK E, JALAN GC GLOMAC CYBERJAYA


So, bolehlah terjah ye! Aku nak bodek hasben buka pose kat sini nanti. heeeeeeeeeee

Friday, May 6, 2016

JUALAN CADAR/CARPET PATCHWORK MURAH DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...


Aku baru je balik dari Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Ada jualan murah cadar dan carpet patchwork yang cun-cun kat sana. Hari ni 1st day tau dan jualan ini akan berlarutan sampai 10 Mei 2016. So, mai singgah.

Aku mula niat tadi saja nak tengok2 jeeeeeeeeeeeeeeeeer! Bila sampai alahai murahnya la pulak. Aku tau kat GM Klang lagi murah. Tapi murah dalam 10-20 ringgit je. Nak ke sana bila tahun entah. Ada gak hint2 kat hasben cuma masa je belum kesempatan. Alang-alang dah ada jualan dekat Putrajaya ni, niat cuci matalah kononnya! Haish, hati meronta-ronta ... takkan cuci mata je. Sambaq la satu! ha ha ha ... syaitooooooooooooon membisik aku rasa. kikiki!!

Gambar pun malas nak letak watermark. Takpalah kita update dulu. Kalau letak watermark entah tahun bila nak share ceritakan ... Gambar tak ambil banyak pun. Snap sebab nak tunjuk kat hasben sekaligus nak minta izin hasben utk beli. Mula tu aku ingat nak beli cadar. Bila terpandang carpet terus nak carpet lak. Maklumlah ruang tamu kat rumah tu bogel je ... satu hape  tikar pun takde. Nak hampar carpet yang ada tu berat dan bila kotor leceh nak basuh. Kalau beli patchwork ni kengkawan cakap nak basuh sumbat je dalam washing machine. Terus terpengaruh! ha ha ha ha


Ini situasi jualan. Orang tak ramai lagi time ni. Aku mai awal. 12 pm dah sibuk memilih carpet dan cadar. Sesambil dok call hasben nak yang mana satu. Jenuh jugalah dok amek gambar dan hantar kat hasben. Suruh dia pilih mana yang berkenan. Aku ni kalau dah banyak macam leceh lak nak pilih. Rambang mata aku ... rasa semua nak hangkut je!



Pilih punya pilih .... dah la sensorang memilih ...


Hasben aku pilih yang ni. Aku pun nak yang ni jugak Sebab tak nampak warna cerah dia banyak sangat. Tahu je lah rumah ada anak kecik. Kalau kotor sesikit takdelah nampak sangat. Aku ambil carpet saiz L dengan harga RM115. Murahlah dari yang dok jual online. Kira berbaloi jugalah aku bersabar. Ada juga cadar pelbagai saiz ... single, queen dan king. Lepas tu ada yang cadar 3 in 1, 6 in 1 la ... korang boleh pilih mana yang korang suke.

Kalau cadar single tak salah aku dalam RM70 kot, then queen + 2 sarung bantal RM90 je. Kat opis aku juai RM150 tau. Bolehlah hangkut 2-3. Aku tengok sorang kakak tu borong sakan sampai penuh troli dia. Yang peliknya mana plak dia dapat troli tu....hehehehe

Korang yang nak datang ... mai awal ye.Nanti habis plak corang yang cun-cun!!
Menyopping je aku ni ;p

Friday, April 15, 2016

LANGKAWI DAN HOTELSCOMBINED

Assalamualaikum ...


Aku dah lama sangat tak travel jejauh sejak ada Iskandar. Sekarang Iskandar pun dah boleh berjalan. Genap setahun, Iskandar dah boleh berjalan tanpa bantuan mommybabah. Memanjat segala objek dalam rumah lagi-lagilah terror anak syurga aku tu. Iskandar seorang yang aktif dan dah bijak menerima arahan, so sekarang ni semua perkara dia nak explore. Tanpa had! Cuma aku and hasben je risau takut membahayakan dirinya sendiri. Memandangkan Iskandar dah boleh berjalan dengan agak cekap, maka kitaorang plan nak pergi travel. Insya Allah ke Langkawi pada September atau Oktober ni. Krik-Krik! Aku dah lama sangat tak ke Langkawi, walhal orang Kedah tu. Seingat aku last sekali aku pergi Langkawi tahun 2000 dengan geng UUM. Pastu dah takde dah. Lagipun dulu minat travel aku ni banyak kekangan tersendiri ;p


Aku ke Langkawi maybe grouping juga kot macam selalu. Pergi dengan bff sekian lama yg tak dating bersama. Skang memasing dah ada anak, so kitaorang  nak reunion la mengenang zaman bercintan cintun dulu kala. hahahaha. Bila dah plan macam ni, dan masa pun banyak lagi, banyak la perkara nak kena fikir. Pengangkutan, penginapan, makan dan segala lokasi yang nak pergi. Biasanya kalau travel aku n hasben akan siapkan semua itinery. Complete! Senang nanti nak jejalan. Kitaorang bukan jenis main terjah je. Buat masa sekarang aku tengah survey ticket flight yang berpatutan dan mampu untuk kitaorang. Pastu April ni akan start buat collection duit trip. Setiap kali travel dengan kengkawan, memang akulah jadi bendahari yang akan collect duit dari semua orang. So, takdelah ko nak keluarkan duit sejebok macam tu. Dan ko takkan terasa terbeban dengan kewangan. At least duit yang dikumpul sekurang-kurangnya dah boleh cover penginapan dan makan. Pengangkutan pula kalau naik flight biasanya akan book awal, ini je kena keluar duit sejebok. Yang ni memang tak boleh buat apalah kan. Nak ticket flight murah, kenalah beli awal weh! Kalau naik kereta, boleh la nak kumpul-kumpul duit. 

Untuk flight ke Langkawi aku dah survey dekat web AIRPAZ, KAYAK, SKYSCANNER DAN CHEAPFLIGHTS untuk mendapatkan perbandingan harga ticket yang murah dan berbaloi. Korang bolehlah try cari ticket flights kat sini. Mudah sikit. 

TAPI .....






BUKAN SETAKAT FLIGHTS JE KORANG BOLEH BUAT PERBANDINGAN HARGA TAU! 

Kalau korang nak tahu ataupun sememangnya korang dah tahu aku tetap juga nak bagitahu, untuk cari penginapan seperti hotel juga korang boleh buat perbandingan harga yang terbaik. Dan boleh review best ke idak hotel yang korang bakal pilih tu!


Nak mudah? Nak senang? Untuk cari penginapan yang berbaloi pada harga, korang boleh je buat BANDINGAN HARGA HOTEL dengan HOTELSCOMBINED! Mudahkan? 


Ni dia paparan muka depan HotelsCombined ni. Senang korang terjah nanti. Just click je dekat gambar tu nanti akan terus ke web dia. 


ATAU KORANG NAK LAGI MUDAH? LAGI CEPAT? LAGI SENANG?


Kalau nak semua tu, senang je ... memasing guna smartphone kan? Smartphone memahal memasingkan ... pastikan smartphone cukup space, then bolehlah muatturunkan APPS HOTELSCOMBINED kat phone memasing. So, agak-agak nak travel nanti contohnya tengah bincang dengan kengkawan kat kedai mamak ke, time zumba ke, time shopping ke ... dah boleh reccay penginapan kat hotelscombined! Mudahkan?? Time tu juga dah boleh set berapa banyak korang punya kos penginapan nanti. 



Haish mudah sungguh! 
Jangan cakap akak tak payung ye! Dah payung dah nie ... he he he



So, untuk next trip aku ke Langkawi nanti ataupun ke lokasi lain sekiranya ada pindaan .... maka aku akan terjah hotelscombined! Senang buat perbandingan. 




Sharing is caring! See next entry plak ye :)




Friday, April 8, 2016

PUTU BAMBU DURIAN KLEBANG

Assalamualaikum ....

Sabtu Ahad baru ni aku, hasben dan Iskandar ke Johor utk majlis kahwin. Balik dari Johor, kitaorang pusing-pusing Melaka. Memandangkan cuaca panas sangat dan trip kali agak memenatkan, so hasben decide tidor kat Melaka. On da way ke Melaka tu dah gugel hotel mana nak tidor. Pestime kot tido hotel main terjah je. Selalunya aku book through agoda. Senang terus check in je. Ini satu satu hotel aku call. Ada la dalam 10 - 15 hotel yg aku call dan kebanyakannya penuh. Tahu jelah malam minggukan ... Last-last dpt juga tido dekat Fenix Inn. Hotel room biasa-biasa je, tapi tilam dan bantal empuk. Bilik plak bersih dan tak berbau. Bilik air agak luas. Setakat family ada anak kecik mcm aku boleh lagi. Rate RM140/night.

Esok tu, Ahad kul 10am terus check out. Pergi breakfast nasi lemak kangkung sebelah penjara Melaka then ingat nak la pusing Bandar Melaka sekali lg. Malangnya masa keluar dr kedai makan, naik kete ... jalan lebih 1km, econ kete aku makin panas. Kuatkan econ pn masih panas. Sah econ problem. Kena la pusing cari bengkel plak. Nasib baik ada bengkel yg buka hari Ahad. Part bengkel ni nanti aku share kemudian ya.

Settle baiki econ bagai dah kul 12.30pm, aku ajak hasben gerak balik. Mood nak pusing Bandar Melaka dah takda. Dengan panas lg. Kitaorang gerak balik lalu Klebang. Masih ada hajat hati nak ditunaikan. Klebang Coconut Shake. Wajib singgah. Huhu.

Tapi kali ini bukan setakat dpt Klebang Coconut Shake, ada menu baru yg sedap sgt kat tekak aku. Sampai sanggup cheat diet atkins. Hahahhaha

Ini dia putu bambu durian. Sedap giler kot. Beli sampai 4 pek. Mula tu try dulu 1 pek, sedap!! Terus hasben turun kete sekali beli tambah plak.


Nin dia kedainya. Sederet dgn coconut shake tu. Senang nak cari. Korang patut cuba. Bagi tekak kecik aku ni memang sedap. Pekena plak dgn coconut shake ori tu, perghhhhhhh terangkat!


Yg ni putu bambu pandan mix durian. Yg pandang pun sedap. Tapi aku tetap pilih durian juga!


Ini memang dah masuk list kegemaran. Pi Klebang harus cari lagi. Putu bambu durian sedap sangat!

Korang pi Klebang, Melaka cuba tau putu bambu ni!

Sunday, April 3, 2016

CUCUR ATKINS

Assalamualaikum ...

Sekarang ni dh start atkins, so rajin la gugel recipe. Hari2 nak hadap telur goreng, telur rebus memang muak jugak la. Kadang rasa tak boleh telan, tapi menu ni la buat berat cepat turun. Antara sanggup dgn tak je ....

So, aku try buat cucur ayam atkins. Senang je recipe dia. Ayam cincang + bawang besar didadu + daun sup hiris kasar + garam + serbuk perasa + paprika dan pecahkan sebiji telur. Gaul semua, kepal macam cekodok pastu goreng. Kalau korang nak leperkan pun boleh. Ikut suka hati korang la kan.


Ini rupa cucur ayaam atkins. Sila cuba.

Friday, April 1, 2016

KEMBALI DENGAN ATKINS

Assalamualaikum ...

Aku dah kembali dgn atkins. Rujuk kembali. Dan hari ini adalah hari ke 4. Berat aku sekarang ini 68.2kg. Dan aku plan utk turunkan berat sehingga 58-55kg. Berat sama time aku bertunang dgn hasben 3 tahun lepas. Kali ni rasa mcm semangat sikit. Kadang dtg juga nafsu bukan2 nak makan itu ini. Aku cuba sabar. Harap semangat aku kuat, sebab ini adalah cubaan kali ke 4, tiga kali cuba utk kembali beratkins tp gagal. 3 kali sebelumnya aku tak bertahan pun sampai 4 hari, diet dah punah. Salah sendiri sebab tak tahan godaan. 

Lunch yg aku dah hadam hari ni....


Chicken grill yg dah selamat dalam tummy aku. Pagi tadi time breakfast makan sup je. Air putih aku dah telan 2 liter. Tunggu lg 2 liter utk aku sedut masuk dalam perut. Dinner kadang aku makan salad...


Aku nak share ngn korang menu2 aku selama 4 hari ni, tp office aku ni kedekut. Asal nak login blog dia tak kasi. Update dgn henpong leceh, asyik salah tekan huruf je. Kalau ada typing error tu korang abaikan ajelah. Tahu2 ajelah henpong acik ni kdg buat perangai ....

Ramai yg readers yg tinggalkan komen psl atkins. Sorry, bukan taknak reply persoalan korang. Banyak kekangan buat masa sekarang ... Nak-nak kekangan data internet ni. Internet kt rumah pn kadang buat hal jgk.  Sebab tu juga aku jarang update blog skrg ni. Iskandar pun kadang time aku ada keje, time tu minta nak dukung. Anaknye hal kenalah layan.

Wish me luck dgn atkins ni ye .... ;)



Friday, March 18, 2016

KARNIVAL KELULUT PUTRAJAYA 2016

Assalamualaikum ...


Esok Sabtu, dah cuti lagi. Kalau korang takda plan nak ke mana-mana, jomlah memeriahkan Karnival Kelulut dekat Taman Botani Putrajaya ni. Last week dah layan Hot Air Balloon kat Putrajayakan? Kali ni layan karnival kelulut pulak. Penghujung cuti sekolah ni, masih sempat bawa anak-anak jenjalan!! Dan anak-anak pun boleh kenali spesies kelulut  sekali ..... bestkan!







Aku pun Inshaallah akan pergi juga kot. Nak tengok demo masakan sekali. Pastu sesambil la bawa anak soleh menikmati kawasan taman. Almaklumlah, budak comel  tu dah boleh berjalan ... memang enjoi sket la bawa dia jenjalan.

Ada juga acara untuk kanak-kanak. So, takdelah anak korang boring kat sana nanti. Lepas dah penat nak balik tu nanti boleh beli madu kelulut. Ada jugak buah tangankan .....

Sumber info : FB PPj




p/s : aku busy giler dengan keje bertimbun. so blog terabai adalah perkara biasa ;(

Friday, February 19, 2016

SATE SEDAP

Assalamualaikum...


Aku memang hantu sate!
Makan setiap hari pun tak pernah jemu.
Setakat ni antara sate sedap yg memang win kat hati aku dan hasben adalah Hakimi Satay area Sungai Merab!
Saiz agak besar, juicy ... dan kuah kacang pun boleh tahan sedap.

Satay Willy pun sedap jugak tapi kena tgk location nak makan. Kalau satay Willy aku suka makan yg dekat Ramal Junction ... Kena pi awai kalau tak jenuh beratuq!

Walaupun diet, tapi bila nampak satay....diet dok tepi sat nooo!!

Hahahhahaha

Friday, February 12, 2016

SEBAB NAK KURUS

Assalamualaikum ...


Aku nak diet atkins balik. Set targert cabaran 30 hari turun 5 kilo kononnya. Memang tak agaklah kan set diet bagai. Memang set la dalam kepala aku nak kurus. Nak kurus. Nak kurus. Asyik tengok perut sendiri kat cermin rasa nak belasah je perut tu. Hoih, nape moooncit??

Kenapa nak sangat turun berat ni? Sebab-sebabnya adalah ;


  1. Nak sihat - sekarang ni asyik kena control gula je. April nanti  nak kena full checkup lagi. wuuuuuu
  2. Nak fit - nampak la macam aku ni ber 'energy' melampau. Time  tu laki pun boleh angkat. hahahahah
  3. Nak sarung balik baju kurung moden aku masa awal kahwin aritu - ada baju yang buat sekali pun tak pernah pakai. Baju cantik-cantik plak tu! Dah la upah buat baju mahai huh!
  4. Nak saing dengan laki aku tu - semua orang cakap laki aku dah kurus sejak kahwin! Mana aci camni. Berat laki dah masuk tahun ke-3 perkahwinan dah turun hampir 20kg. Aku?? Naik sampai 15 kilo!! Ko kenapa???
  5. Nak panjat tangga dengan senyuman - kalau kurus, fit dan sihat ... naik tangga pun leks leks je tau nanti. Walhal rumah tingkat 3 je kot. ha ha ha
  6. Nak nampak lagi comel - eh, sebab yang tak boleh belah! puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ...

Walaupun hati nak kurus sangat, dah set target bagai tapi aku ni gagal jugak nak diet balik. Serious buat aku nak nangis! Hari ni tak boleh diet lagi .... wuaaaaaaaaaaaaaaa, bila nak kurus camni??

Tuesday, February 9, 2016

DAH KAHWIN!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya dah kahwin hero Malaya yang sorang ni ... Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Tahniah! Moga kekal bahagia hingga jannah.



Aku tengok Sam muke cool cool je time nak akad nikah. Nampak cam berlakon plak. Dah lepas akad siap jerit, "i love you" kuat kuat. Seb baek tok kadi tak sakit jantung.

Tang prang bini sendiri tu tak tahan. Sian bini, make up cun2 dah nangis ingat hasben betul2 pengsan. Papepun, selamat pengantin baru ah kat korang! Bahagia sokmo hendaknya ;)



#gambar kahwin dlu pn tak cuci lagi. Hahahahhaa


"KAU MENGANDUNG KE KAK?"

Assalamualaikum ...


Masa cuti Hari Wilayah aku balik kampung. Sebab time raya cina ni tak dapat balik sebab hasben aku ada keje. So, hasben and wife ni pun decide balik time cuti Hari Wilayah. Lagipun orang tak ramai balik time ni, jalan sudah pastinya tak jem. Itu yang aku suke sangat ;p. Balik time raya cina ni telah-telah jem hamat. Aku dah tak sanggup nak hadap balik kampung sampai 11jam. Baik korbankan cuti. Company bagi cuti tahun banyak-banyak takkan nak simpan buat perhiasankan? Walaupun ada orang yang dengki aku cuti, heh .. ko pun ada cuti, cuti ajelah! Semak tul asyik dengkikan orang. 

Seronok balik kampung jumpa mak ayah. Lupa langsung  bab keje. Serius hati yang tak tenang jadi tenang. Kalau boleh bila balik kampung handphone tu nak je cabut bateri, tapi sebab nak guna camera phone amek gambar food yang mak masak, terus batalkan hasrat cabut bateri.  hahahah. Masa balik kampung hari tu, adik aku yang 1st dan abang aku pun balik sama. Cuma adik yang 2nd je tak balik sebab ada kelas kat UTM. Nasib ko dek ... belajar rerajin ye. Bila dah jumpa adik beradik ni memacam la cerita. Aku jarang la jumpa adik yang 1st nie sebab dia dok kat Kedah. Dia sorang je jauh ngan aku, abang dan adik 2nd. Tapi dia la harapan untuk tengok mak ayah kat Kedah.

Aku sampai Kedah hari Jumaat pagi dalam kul 8.30am, sibuk menyibuk kat rumah memasak. Abang plak sampai dalam 10.30am. Adik aku ni sampai kat rumah mak ayah petang dah ... dekat kul 6ptg. Orang dekat pulak sampai lambat. Bila dia sampai aku menyambut kat kereta, peluk cium bagai ... dia tengok aku senyum-senyum. Aku dah rasa lain macam je. Eh, ko kenapa dik senyum sumbing sana sini neh?? Tetiba ....

"Kak ... ko ngandung yek??"

Gulpppppppppppppppppp .... allloooooo ....ai tak mengandung lagi tau. Iskandar pun jalan jatuh bangun lagi ni. Bagilah Iskandar cekap berjalan dulu. Aku terus ketawa berdekah-dekah bila adik aku cakap camtu. 

"Ini bukan anak orang dalam perut ... tapi anak cacing dan lemak yang diternak ...!". Tahulah aku gemuk. Sebab tu nampak cam orang ngandung. Akukan c-zer, so tak dapat bertungku ... perut pun ada spare tyre dah. Tu yang gigih nak diet bagai ni. Dok teringin nak zumba la hape. Hohoho. Ni adik sendiri cakap ngandung. Esok kengkawan pulak akan cakap, " ko ngandung ke? cepatnye nak dapat anak no. 2 .."! Well .... dah rezeki kan kalau aku ngandung sekali lagi. Muahahahah.

Plan ngandung tu ada, tunggu Iskandar cukup setahun minggu depan. Boleh camtu? Ahaks ....




Saturday, February 6, 2016

DUGAAN LAGI

Assalamualaikum ...


Nak mula macam mana pun tak pasti. Takpelah kalau intro tak menarik, tapi nak luah juga kat sini. Aku sebenarnya dah lama sangat tak cerita hal office. Sebab aku rasa office aku  macam dah best, benda kecik-kecik yang aku sentap ke sakit hati ke aku hadam je sampai lumat kemudian telan. Dan biar masa merawat segalanya. But lately, aku diduga lagi oleh seorang hamba Allah yang tak sampai setahun keje sesama dengan aku fitnahkan aku. Eh, ko dah kenapa? Kurang kasih sayang ke?

Fitnah ni adalah cakap hal yang tak benar. Mereka cerita. Dan tahukan apa hukum fitnah? Sebak hati aku bila orang office yang dah bertahun-tahun keje sesama dengan aku menyampaikan semua ini. Sebak giler. Aku rasa hamba Allah yang satu ni sangat kurang kasih sayang atau jiwa dia kurang iman. Bukan hal aku je ... hal orang lain pun dia sampaikan sana sini. Walhal masih baru lagi kot dengan kami. Padanlah dia juga cuba buruk-burukkan orang orang lama kat opis aku depan aku sendiri. Aku selalu cakap, "abaikanlah .... saya dah lama kat sini, dah lama saya kenal dorang!".

Aku dengar cerita dia tak puashati dengan aku. Maybe dia rasa aku nak bersaing kot. Atau rasa tercabar. Heh, kita bukan selevel la nak bersaing. Aku ni orang bawah-bawah je kot. Kalau nak tercabar pun aku rasa cam tak patut je, aku ni bukan pegawai ke hape pun cam dia. Keje pun biasa-biasa je. Takda makna pun terasa tercabar dengan orang cam aku. Aku enjoy dengan keje dan rezki aku sekarang. I'm happy. Ko yang buat aku rasa tak happy sebab dok menabur fitnah sana sini. 

Nak cerita kat kawan-kawan office pun rasa taknaklah bebankan dorang. So, aku share dengan hasben apa yang berlaku. Seroiusly aku dahdown sikit nak datang kerja dan buat kerja. Tapi aku paksa je senyum harap semuanya kembali elok dan aku dijauhkan fitnah bukan-bukan. Mula kawan-kawan menyampaikan, aku memang dan nak pergi serang perempuan ni. Tapi when they said, "dia ni memang perangai macam tu, dari department lama lagi suka buruk-burukkan orang!". So, tak perlu layan!

Hasben aku plak cakap, "sabar ajelah sayang ... dugaan ni Allah bagi untuk kita jadi kuat!". Okeh, harap dengan dugaan ni ada habuan hebatlah ... hahahaha. 



#manusia ni kadang bila dah mendongak ke langit terus lupa rumput di bumi.
#Ya-Allah jauhkan aku dari sifat-sifat yang keji. 

Wednesday, January 27, 2016

REZEKI BERBLOG

Assalamualaikum ...


Selamat pagi!

Awalnye aku hapdate blog hari ni. Masuk opis pun awal. Kul 7am dah tercegat kat opis sensorang. 7.30am aku dah breakfast juga sensorang. Selalunya aku masuk opis 8.30am. Hari ini awal sebab hasben nak kena pergi KL ada kursus di sana. Syoklah makan kat hotel hari ni ;p

Disebabkan awal datang kerja, awal keluar cari rezeki, aku nak cerita pasal rezeki berblog. Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-6 aku serius berblog. Serius ?? hahaha. Maksud aku rajin jugalah update entry untuk tatapan korangkan? Dan sepanjang hampir 6 tahun tu, dah 2 kali aku menerima imbuhan dari Nuffnang dan akan bakal menyusul 1 lagi imbuhan. Insha Allah. Seronok blogging ni, cuma kena cari masa yang sesuai supaya idea tu sentiasa ada. Rupanya bukan mudah juga nak berblog. Banyak cabaran. Nak sentiasa update memang agak payah bagi aku. Kalau dapat sehari 1 entry, memang dah cukup baik setakat ini. Jika dulu sebelum aku berumahtangga, aku cuba sedaya upaya update entry 3-4 kali sehari. Lepas tu boleh dapat UV sehari 800-1000. Kira dah banyak dah bagi blogger suam-suam kuku cam aku. Sekarang ni, agak merudum sikit sebabnya, jarang update. Ini memang salah sendiri. So, tak perlu tuding pada sesiapalah ye ;p

Sejak sibuk memegang status isteri dan mommy, aku update blog mana yang mampu. Mana nak layan hasben, nak layan anak soleh, nak masak ... basuh baju ... siapkan itu, siapkan ini, berpeluh jugalah. Kadang seminggu sekali baru update. Itupun kadang edit gambar dalam kereta sesambil hasben drive. Balik rumah mertua kadang takda sesape nak borak sesambil tidurkan Iskandar, baru aku update guna hp. Walaupun jarang update, Alhamdulillah ... ada juga rezeki dalam dunia blog ni. Nuffnang masih sudi meletakkan cpuv dekat blog aku. Dan sehingga hari ini masih ada lagi beberapa cpuv yang on going. Alhamdulillah, rezeki anak soleh ni. 


Ini adalah antara cpuv sepanjang tahun 2016. Syukur, berderet juga earningnya. Cuma amount tu dah tak macam mula-mula berblog dulu. Dulu, aku boleh dapat dalam RM20 ke atas bagi setiap cpuv yang on going. Sekarang, macam mana korang nampak, itulah yang aku dapat. But, tetap syukur. Sapa nak bagikan. Nak lebih kenalah usaha lebih. Usaha sikit, hasilnya pun biasa-biasa ajelah. Ye tak?

Payment history aku sejak tahun 2012. Tak banyak tapi berbaloi dengan usaha yang tak seberapa. Aku masih menunggu cek dari Nuffnang yang aku dah cashout pada December lepas. Entah bilalah posmen nak datang hantar ni. Biasanya sebulan baru dapat cek kalau blogger memegang status glitterati dekat Nuffnang. 

Aku tengah sabar menanti cek tu. Tengah fikir apa nak duit dengan hasil kali ini. Jika sebelum ini, aku guna hasil nuffnang untuk bayar roadtax kereta dan satu lagi aku guna untuk melancong ke Bandung. he he he. Tulis-tulis dapat duit. Sapa tak nak kan??

Tapi aku tahu korang lagi hebat dari aku kan??



Tuesday, January 26, 2016

BAGAI DIPAM-PAM

Assalamualaikum ...


Tajuk pam-pam. Tapi bukan pam tayar beskal na. Ni badan aku dah gemuk sangat rasa. Berat dah cecah 68kg. Dahlah aku ni spesies katek lagi comel. Nampak sangat betapa rendangnya aku. ;p. Lately nak ambil gambar full 1 body pun malas, sekejap-sekejap selfie muke je. he he he. Kadang malas dah nak selfie. Takut tengok diri sendiri. Entah bilalah nak sambung diet ntah. Perut dah penuh dengan lemak. Anak soleh pun confuse, "mommy ni perut ke tilam ...???". Nasib baik belum pandai cakap lagi. Kalau tak mahu mommy hari-hari masuk gym sebab sentap dengan anak tau.

Sekarang ni aku cuma kontrol makan je. Belum diet pun. Nasi aku ambil seminggu 1-2 kali, terutama weekend memang makan nasi sebesar genggam. Dan tak tambah hokey. Sehari makan 4-5 kali. Air minum 3liter. Itupun masih tak turun. Sekejap 68 ... sekejap 65 .... sekejap naik balik 68! Stress! Manalah aku tak stress, kain baju semua tak muat. Sendat belake. 

Ni dah penghujung Januari, niat berdiet awal Januari ... pelaksanaan masih tertangguh je. Diet yang sesuai untuk aku cuma atkins je setakat  ni. Lepas tu aku kenalah jalan kaki 10,000 langkah 2 kali seminggu. Barulah berat aku boleh turun. Sekarang rasa nak berjinak dengan zumba plak. Actually aku pernah la try berzumba sekali dua kat rumah masa hasben takde. Semput weh! Rasa tak cukup napas. Pastu rasa diri sendiri macam robot je sebab tak pandai nak follow step.  Main gasak je. 

Ya-Allah kuatkanlah semangat aku. Aku nak diet Februari ni. Bagi lepas segala kenduri doa selamat kat kampung, pastu aku nak cuba gasak diet atkins ni. Kuatkanlah semangat aku...kuatkanlah semangat aku hendaknya!!! Banyak baju dalam almari tu dok tunggu aku menyarungkannya. Nak kasi orang cam sayang, itupun ada dah separuh aku sedekah dekat anak buah hasben. Kali ni dapat turun dalam 8-10kg pun memang dah syukur sangat. Nak-nak part perut, aku rasa macam tengah bawa gelung tayar sambil berjalan je ni ... heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

Nak kena doa banyak-banyak supaya aku kuat semangat and tabah jugak!
Nak kurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrruuuuuuuuuuuuuuuuus dan fit dan sihat!!
Owh sebelum lupa, menu yang aku update dekat blog sebelah sesuai untuk berdiet, KLIK SINI.

Monday, January 25, 2016

TRIP KE JOHOR : PART 3 JOHOR BAHRU

Assalamualaikum...


Sambungan dari PART 1 dan PART 2. Sorry la, lambat sangat menyambungnye....

Selepas kekenyangan dan mabuk makan mee racun, esoknya tu kami bersantai je dekat hotel sampai waktu check out. Nak tunggu time pergi wedding kawan hasben. Cuma turun breakfast dan terjah pasaraya Nirwana kat depan hotel sekejap. Pastu balik bilik, sambil tengok tv, kemas la beg. Layan anak soleh bergolek atas tilam empuk lagi. Sedihnya, anak soleh aku muntah lepas breakfast. Adddoiii napa ni nak oi? Dan yang  bagusnya Iskandar walaupun muntah, dia tak akan menangis. Aku la kena bagi semangat suruh dia muntah kalau tak selesa ke hape ke ... "Takpe dik, muntah la mommy tak kisah. mommy tak marah ... meh mommy tadah dengan tangan!". Serius ayat nak jadi ibu mithali sangat. ha ha ha. Kadang setengah budak kalau muntah akan nangis, tapi Iskandar aku cuba pujuk dan biarkan je dia muntah. Tak pernah lagilah aku nak melenting walaupun dia pernah muntah atas baju aku. Pernahlah 2-3 kali kejadian ni berlaku, paling dasyat masa nak pergi keje, baju kena siram dengan muntah anak. Relaks ajelah nak buat camne kan ...

Eh, tercerita perihal muntah plak. hu hu sorry, melalut plak. Lepas settle segala wedding, jam 3pm hasben memecut ke Johor Bahru. Aku plak janji nak pergi rumah kawan aku dekat Masai. Kawan masa college dulu. Serius lama giler tak jumpa. Lebih 10 tahun rasanya. Sebelum jumpa kawan, hasben cakap better kita check in dulu. Dekat 5.30 baru sampai hotel. Tau hotel apa? Hasben aku beriya sangat nak duduk Hotel Selesa dekat JB. Nama je Hotel Selesa, tapi bagi aku inilah pengalaman paling buruk dok hotel. Setahu aku hotel ini 4 bintang, tapi room teruk sangat bagi aku. Pastu frontliner dia sombong! 

Aku ingat lagi masa nak check in hotel, aku bagilah slip tempahan melalui agoda tu. Langsung dia tak pandang dan buat tak tahu. Dia cuma tanya booking atas nama apa ... pastu boleh plak cakap room yang aku nak tu takde! Eh, helloo ... aku dah book dan bayar kot melalui agoda. Pesal lak takde?? Aku book deluxe room, leh dia cakap bilik penuh. Pastu masa book aku pilih katil queen tapi dia nak bagi yang single-single. Helllooo nak kasi anak aku jatuh celah katil ke?? Lain la kalau aku sendiri request katil single dalam tempahan ... 

Room yang kitaorang dapat sangat sedih. Bila masuk bilik, tengok-tengok lampu memang terpasang, TV dah on, bau bilik macam kepam (busuk sikit) ... yang lagi sedih bathtub dia ... teruk giler, usang kot! Dengan kepala shower dah tercabut. Aku rasa macam tengok drama mistik dan aku adalah pelakon dalam drama tu. Giler ah! Call pihak hotel untuk baiki shower tak jawab, terpaksa hasben aku turun ke lobi grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Masa hasben aku turun, aku terus on surah yassin tau. Sebab bilik tu ngeri kot dengan ada bau cam lipas. Tooobat lepas ni kalau pi JB memang takdok dah hotel ni. Dan tak perlu cari hotel 4-5 bintang ke hape. Cukuplah hotel 2-3 bintang je, janji selesa, kemas, bersih dan bau wangi. Hasben aku pun cakap frontliner hotel ni sombong dan tak reti senyum. Nasib kitaorang tak berapa baik kat hotel ni. 

Lepas check in bagai, kami terus memecut ke Masai. Pergi rumah kawan aku, Yati. Siap dinner kat sana terus. Dah Yati n Hasben beriya-ia ajak dinner, kami okey je. Lagipun tengah lapar. huhu. Sedap juga Yati masak malam tu. Dinner dengan butter prawn, ayam masak kurma, sayur campur, ikan masin ... yg paling sedap budu! Yati ni geng aku masa kat UUM sana. Dah berbelas tahun tak jumpa. memasing dah membina badan dan rendang....termasuk aku. hohoho. Selesai makan, lepak sekejap terus balik hotel yg tak best tu. Dah bersihkan badan bagai, Iskandar tido la pulak. Hasben pula ajak aku pergi ke Senibong ... nak minum2 katanya. Ish rasa cam tak berbaloi je ke sana. Perut dah kenyangkan.

Dah tu hasben decide pergi jenjalan kat depan Istana Bukit Serene. Ha, oklah jugak. Lepak sanakan. Angkut sekali anak soleh yang tengah tido tu. Sian dia, jadi mangsa mommy and babah. Mommy and babah suke jenjalan, anak pun kenalah hadap jugak. Nasib baik Iskandar behave sangat, masa sampai dekat Istana Bukit Serena, dia bangun. So, dapatlah dia menghayati view kat sana.

Gambar kawasan istana aku ambil, tapi malamkan. Paham-paham ajelah gelap dia macam mana. Guna camera hp jadi tak perlu nak berangan nak dapat hasil yang kebabooom! Aku cerita sikit latar belakang Istana Bukit Serena ni untuk readers yang tak tahu. Cerita ringkas ajelah. Kalau nak retail, boleh google ya ;p

Istana Bukit Serene, terletak di Jalan Strait View di atas Bukit Serena. Ia dibina pada tahun 1937. Istana ini merupakan kediaman rasmi Sultan Johor. Kawasan istana ini mengadap Selat Johor dan mempunyai menara setinggi 35 meter yang boleh dilihat dari Danga Bay. 


Sumber gambar dari Bharian. Semasa pembinaan royal crown sebagai replika.


Ini adalah royal crown yang menjadi replika di hadapan istana. Gambar ini aku dapat dari internet. Bukan sumber sendiri. Seronok berada di bawah royal crown ni. Nampak unik dan sangat menarik. Aku pergi malam, so royal crown pun nampak malap-malap je la. Tapi kalau korang sendiri pergi ke sana, rasa macam unik royall crown ni. Kat Istana Bukit Serene je ada tau. Selepas settle melepak depan Istana Bukit Serene, maka berangkatlah kami untuk rehat dan beradu. Penat weh. Iskandar pun 2 kali lelap dalam kereta.

Esok pagi tu bangun, breakfast kat hotel. Tak best juga breakfastnye. Pasrah sungguh! Lepas je breakfast, bawa Iskandar pergi swim. Aktiviti wajib setiap kali menginap kat hotel. Iskandar suka sangat main air. Aku belikan dia pelampong leher masa travel ke Penang aritu, so setiap kali nak travel mesti bawa pelampung leher. Melompat-lompat la dapat main air. Settle mandi bagai, masuk bilik Iskandar plak tidor. Maklumlah main air kan sejuk, keja susu sebotol terus lena. Aku ngan hasben kemas-kemas beg. Iskandar bangun je, kul 12pm terus kita orang checkout. Taa...Taa Hotel Selesa, pasti kami tak kembali ke sini lagi. Tak  best! Nak check out pun leceh.

Lepas check out, perkara utama aku nak cari kat Johor Bahru adalah ... Roti Tok Ayah! Susah payah hasben gugel. Dah la nak mencari tu sesat bagai. Dengan jalan plak tetiba jem! Ades, senget-senget muka hasben den sebab stress ngan jem! Bakery roti tok ayah ni terletak di Bandar Baru Uda.

Alamat full ; 36, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. (07-235 2299)

Gigih mencari. Roti tok ayah ni sedap. Lembut. Lagi sedap dapat makan panas-panas. Aku pun June yang bagi try. Bff aku ni orang JB so, dia tau la mana best. Yang tak syoknya tanya murtabak singapore dia taktau kat mana best. Hampeh kan ko June! hahhaha. Aku beli roti tok ayah ni 3 kotak. 1 untuk June dia order. Aku ngan hasben campur Iskandar sekali sekotak. Makan dalam kete je panas-panas. Sedap baq hang! Siap letak dalam kotak kek tu. Silap paham ingat kek plak. Hari tu aku beli yang sugar sahaja. Mula nak yang ada perisa ... rupanya kalau nak ada perisa, kena call dulu book. Sejam kemudian baru datang ambek. Manalah aku tau nak kena book. Yang sugar sahaja pun bolehlah! Harge korang boleh tengok dalam gambar kat bawah ni ye. Kalau tengok bakery ni biasa je pun, tapi yang datang beli bukan main ... gaya-gaya mak datin pun ada. Boleh tahan. Rupanya dorang ni dah book siap2, mai amek and bayaq ja.


April nanti Inshaallah aku pergi JB lagi, so Roti Tok Ayah, wajib ku terjah....harap-harap hasben aku sudilah bawa aku beli roti ni nanti. Dah jatuh cintan sat! Apa kerap sangat pi Johor ni? ha ha ha. Citer JB yang ni pun tak habis lagi ni ;p

Next location Kota Iskandar. Part 4 plak ye. Nanti aku story ... harap Kota Iskandar ni part akhirlah! he he he.

Happy reading ya!

Wednesday, January 20, 2016

MADEX'S BARBER DESA PINGGIRAN PUTRA

Assalamualaikum...


Actually dah lama sangat aku nak story pasal Madex's Barber yang terletak di Desa Pinggiran Putra yang berdekatan Putrajaya tu. Dari last year gambar yang aku edit terperam je dalam draf. Nasib baik tak jadi pekasam. hu hu hu. Sabooo ajelah!

Madex's Barber ni kedai gunting rambut kegemaran hasben. Setiap bulan mesti hasben datang ke sini dan aku kerapkalilah jadi peneman. Tukang bagi komen je. Walaupun kedai gunting rambut ni nampak kecil, tapi bagi aku memang selesa. Ruang kedai bersih dan ada sistem penghawa dingin. Bak kata, kalau terlelap tu boleh berdengkurlah aku rasa. 


Picture kat atas tu hasben aku. Dalam proses gunting rambut. Masa ni aku plak asyik berlawan gusti dengan Iskandar. Tahulah Iskandar sekarang mana mau dok diam-diam. Mesti nak melurut turun bawah sapu segala benda kat lantai ....

Abang yang dok gunting rambut tu namanya Mahathir Daud. Nickname Madex...Orangnya smart dan kemas. Paling penting abang ni menjaga solatnya. Kalau time solat, mesti dia suruh customer tunggu dulu dia bersolat. Mungkin sebab tu rezeki abang ni murah! Jagalah solat ya, inshaallah pastu kejayaan mengiringi kita ;)


Ni picture dari luar kedai. Depan kedai Madex ni adalah kedai handphone. Kalau nak beli top up ke nak caj hp ke bolehlah ....


Customer dekat kedai gunting ni boleh tahan ramai. Kalau yang suka Madex yang gunting, kenalah buat appointment. Macam hasben aku memang dia selesa dengan Madex untuk gantung rambut dia. So, kalau nak datang dan cepat dapat gunting kenalah buat appointment. Caj RM5 kalau buat appointment tau. Kira nanti datang je terus akan dapat turn ikut no. berapa ko dah book! Kotlah lelaki-lelaki yang baca blog aku ni berminat nak gunting kat Madex's Barber bolehlah call no. 013-3553140! Call jangan tak call ...

Waktu operasi Madex's Barber adalah dari jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Kedai tutup hari Sabtu tau. Jangan salah hari plak datang. So, sesapa yang berhampiran dengan Desa Pinggiran Putra bolehlah datang ke kedai ni kalau minat untuk mencuba. If korang dari Putrajaya, lalu la depan PICC tu untuk menghala ke Desa Pinggiran Putra. Mustahil sangatlah kalau orang Putrajaya taktau Desa Pinggiran kan ....


Sila terjah jika berminat ;p



Happy reading ya!

Friday, January 15, 2016

AZAM BARU TAHUN 2016

Assalamualaikum ...


Bulan Januari 2016 dah separuh bulan dah pun, aku baru terkial-kial nak list tentang azam. Tahun ni semangat buat azam dengan harapan dan doa moga semua azam ini berjaya hendaknya. Last year, 2015 aku takda azam. Serius tak list satu azam apa pun. Masa tu, sibuk bersalin dan belajar cara-cara jadi ibu. Memang agak kelam kabut jugaklah hidup time tu. Nak seimbangkan antara suami, anak, kerjaya dan diri sendiri jadi terumbang ambing sangat. Now, Alhamdulillah ... makin okey dan masih usaha untuk improve  jadi anak, isteri dan ibu yang baik. Sebab dah macam okey terus berfikir bahawa azam dan matlamat hidup adalah penting. Sangat penting sebenarnya supaya kita tahu hala tuju kehidupan ini. Hasben aku 1 Januari tu dah siap azam baru dia, siap rakam kat henpon je. Azam main cakap macam orang temuramah dalam tv tu. Nanti nak dengar, playback ;p

Meh, aku list azam 2016 aku supaya jadi ingatan sepanjang zaman. Kalau korang rasa pelik dengan azam aku tu sila gelak jauh-jauh tau. he he he. 


1. Taknak Masak Untuk Dinner Sepanjang Weekdays!

Pelikkan azam aku. ha ha ha. Taknak masak pun masuk dalam azam. Macam ni, aku dah review sepanjang 2015 bila aku masak ... dan siap makan semua sampai kul 9.00pm @ 9.30pm. Dah siap makan basuh pinggan kemas dapur bagai dah dekat 10.00pm. Badan dah penat. Tengok anak lagi. Hasben pun kena juga layan borak sembang itu ini. Aku rasa macam masa terbazir kat situ dan aku kurang masa untuk spend dengan hasben dan anak. Aku rasa rugi sangat. Pastu tido kul 12mlm tak pun 1am. Esoknya bangun 5am. Rehat tak cukup. So, sekarang ni mulai Januari aku start beli makanan tak pun aku masak breakfast lebih. Forward sampai malam. Balik panaskan je. Untuk menu makan malam, hasben aku tak banyak songeh janji makan. Lagipun dah memasing decide nak makan sebelum 8.00 malam.

So, sekarang ni aku cuma masak pagi je for breakfast dan bekal anak soleh aku tuh. Kalau untuk weekend aku akan masak 3 kali sehari. Tu pun bila lepak kat rumah. If hasben ajak jenjalan atau balik rumah mertua, mari kita gantung periuk ;)

2. Masuk Kerja On-Time

Aku masuk kerja 8.30am. Tak ambil la time 8.00am tu, takut lagi lambat masuk opis. Last year masa 3-4 bulan penghujung 2015 asyik masuk lambat je. Kadang 8.40am ... kang 8.35am ... kira lambatlah. Nasib baik la boss cam okey-okey jugaklah. Tapi aku la malu tak jujur dengan masa kerja kan. So, 2016 ni Alhamdulillah kedatangan setakat ni masih ok. Kadang sampai 8.15am ... kadang 8.20am. Kira cun la punch card aku tuh! Harap berterusan selagi berkhidmat untuk negara. Aicheeeeeh!

3. Ion Baju Kerja Waktu Malam

Last year salah satu faktor masuk keje lambat adalah ion baju keje pepagi. Terkejar-kejar semua benda nak buat time pagikan. Nak ion bajulah, nak masak kat anaklah, nak kemas beg anaklah ... semua nak kumpul dalam satu masa memang stress sangat! Aku nekad berubah, Ion baju weekend untuk seminggu terus. Tak pun ion baju malam ... kalau nak ion baju pagi kena bangun lagi awal. Takmau ganggu time masak. Nanti lari time nak ke opis. Setelah setengah bulan berlalu, Alhamdulillah ... aku mampu ion baju terus untuk seminggu. Clap clap sket la weh!!

4. Pergi Kerja Dengan Pelbagai Niat

Selama ni aku pergi kerja kosong. Pergi kerja balik kerja, pergi kerja balik kerja. Sepatutnya kena ada niat yang jelas. Bukan niat semata nak kerja dapat gaji halal lagi berkat je. Patut tambah niat-niat lain supaya kehidupan kerja kita lebih bermakna dan mendapat lain-lain pahala juga. Azam ni terwujud bila aku pergi kursus dengan Prof Mohd Hanim. Beliaulah yang suruh list niat datang kerja tu. Contohla aku bagi dekat korang ...

  • Niat untuk mengeratkan silaturrahim
  • Niat untuk membantu rakan sekerja
  • Niat untuk mendapat gaji yang berkat
  • Niat untuk naik pangkat dan gaji (Prof tu cakap tak salah kita minta dan doa hal ini, biar kita dan Allah je yang tahu. Allah Maha Pemurah Prof tu cakap, mintalah apa sahaja. Jangan sombong dengan Allah)
  • Niat untuk belanja kawan makan
  • Niat untuk bercakap yang baik-baik
  • Niat untuk tidak mengumpat
  • Niat untuk memberi salam kepada sesiapa sahaja
  • Niat untuk senyum dengan sesiapa yang kita jumpa dekat office (Senyumkan sedekah)
Prof tu cakap lagi, kalau kita niat pergi kerja untuk naik gaji dan naik pangkat sahaja, maka itu sahajalah yang kita dapat. Tapi kalau kita niat benda baik yang macam-macam maka macam-macam perkara baik yang Allah bagi pada kita. So, aku azam untuk hadam segala niat baik untuk datang kerja. Kalau boleh semua perkara aku buat aku nak niat dengan jelas ;p

5. Solat 5 Waktu

Aku berusaha untuk meningkatkan prestasi solat 5 waktu aku ke tahap yang lebih baik. Aku usaha untuk sebolehnya taknak tinggal solat. Aku mengaku ada masanya aku culas, dek leka! Itulah aku nak improve sangat-sangat.

6. Solat Dhuha

Masuk tahun 2016, aku cuba menguatkan jiwa aku untuk melaksanakan solat dhuha. Sebab aku tahu kelebihan solat dhuha ini. Lagipun pegawai aku dulu tak pernah miss solat dhuha dan solat 5 waktu pulak selalu dia laksanakan awal waktu. Aku memang kagum sangat dengan beliau. Contoh ni aku dapatkan dari beliau, dan aku cuba untuk istiqamah. Alhamdulillah, weekdays kat opis setakat ni belum lagi tinggal dhuha. Cuma untuk weekend sahaja aku kadang ter'lupa' bila sibuk2 masak, buat hal rumah ... layan anak! Insha Allah aku akan cuba yg terbaik baiki diri.

7. Baca Al-Quran dan Habiskan 2 Juzuk Dalam Masa Sebulan. 

Tentang  baca Al-Quran ni, aku dah bermula dari bulan November 2015 tak salah aku. Bukan aku sorang-sorang tau buat benda ni, tapi dengan kawan-kawan dalam group wassap. Alhamdulillah, sehingga bulan Januari 2016 aku dah baca sampai juzuk 6. So, aku berazam dapat khatam Quran untuk kali keberapa aku tak pasti la....Jujur, dah lama sangat tak baca, mula baca memang merangkak sangat. Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit ... semalam hasben tolong tegur mana2 yang salah tu. Harap azam aku tercapai.

8. Jahit Baju

Azam aku untuk siapkan baju kurung untuk diri sendiri sekurang-kurangnya sehelai dalam sebulan. Atau paling banyak 2 helai dengan niat nak improvekan skill ;p

9. Membaca Buku Ilmiah

Azam ni aku tak sure aku mampu buat ke tidak, tapi aku cuma akan usaha yang terbaik. Aku dah lama sangat tinggalkan buku ilmiah sejak habis study. Kepala otak terasa kosong kadang tu. Harap aku mampu baca buku ilmiah sekurang-kurangnya sebuah buku dalam sebulan ;p

10. Jadi Isteri dan Ibu Yang Terbaik serta Jadi Anak Yang Terbaik

Ini azam terpenting. Aku usaha untuk  menjadi yang terbaik buat suami, mak ayah, anak dan adik-beradik. Insha Allah.

11. Kurus??

Tak letak target besar sangat pun. Sekarang berat 68kg, dapat turun 10 kg pun dah cukup! Azam kurus ni macam wajib plakkan .... ha ha ha


Jangan rasa azam aku ni macam poyo semacam. Bagilah aku semangat untuk membuktikan bahawa aku mampu melakukan yang terbaik. Setakat ni, aku dah melaksanakan pelan-pelan sebahagian daripada azam yang aku senaraikan itu.

Tunggu sahaja 31 Disember 2016, Insha Allah jika panjang usia aku dan berada dalam kesihatan yang baik, akan aku review segala azam ini. Insha Allah!

Doakan aku, itu sahaja aku minta. Terima kasih ;)



Happy reading!


Thursday, January 14, 2016

BEKAL UNTUK ANAK SOLEH

Assalamualaikum....

Sejak anak soleh dah boleh makan solid food, hari-hari kena masak untuk bekal ke rumah pengasuh. Hampir hari-hari bangun 5 pagi. Letih jugak tapi kesian anak soleh nanti tak makan pulakkan ... takkan nak harap minum susu semata-mata. Masa Iskandar umur 6 bulan, aku bekalkan puree. Macam-macam puree aku buat. Puree carrot, kurma, cauliflower, brocolli dan kadang bubur nasi aku blend dengan ayam, ikan, sayur, kurma dan kismis. Aku bekalkan Iskandar puree sampailah umur dia dalam 7 bulan lebih. Lepas tu aku start blend bubur nasi dan blend sekali dengan lauk pauk atau sayur. 

Bila Iskandar masuk 9 bulan, gigi dia dah tumbuh panjang ... besau-besau plak tuh. 4 batang atas dan 4 batang bawah. Hoih sakit kalau kena geget dengan anak soleh ni. Menjerit mommy tau. Iskandar tumbuh gigi awal, 4 bulan dah ada gigi. Masa mula gatal gusi. lagi sakan dia menggigit. Dah 9 bulan, Iskandar dah makan bubur nasi yang tak perlu blend lagi. So, aku kenalah siapkan lauk yang bersesuai untuk anak soleh ni makan. Biasanya aku masak lebih, boleh share dengan abang-abang kat rumah pengasuh aku sekali.

Picture atas ni antara menu yang aku masak minggu ni dan ada juga menu minggu lepas. Menu Iskandar memang simple. Janji tak pedas. Gambar 1st ikan kerisi masak pindang dengan sayur bayam. 2nd aku buat ayam kukus je ... mood penat sikit. Kalau penat aku malas ke, aku buat ayam kukus tak pun ayam grill. Senang. Gambar no. 3 tu aku masak ikan kerisi masak asam dan sup sawi rasanya. Gambar last sekali ayam masak lemak dengan kentang .... no cili api! Tunggu usus kuat dan hebat baru boleh makan cili api. Barulah nogori orang kata, masuk suku ke hape ntah!! hehehe


Pagi tadi pulak aku bangun lambat. Kul 6am baru bangun. Bercekau nak masak, last-last aku buat siakap steam je. Harap anak soleh makan la kan. Mommy baru bangun, tak sempat nak pikir. Tido malam pun dah tak sempat mimpi dah sekarang ;p

Esok pagi tak tahulah nak masak apa untuk anak soleh aku tu, chicken grill je kot ... sebab pagi tadi tengok dalam fridge ada ada ayam je. Nak keluar pi beli ikan macam malas .... tinggal esok je pun sehari, Lusa dah Sabtu dan Ahad. Cuti hujung minggu .... he he he! 

Sekian kisah menu untuk anak soleh mommy!#part 3 trip Johor esoklah update. Gambar tak edit pun ;p


#aku ada blog sebelah khas untuk resepi je. boleh jenguk, aku dah update resepi ayam masak bali yang viral tu. Serius wajib cuba, sedap makan dengan nasi impit!

Happy reading yep!

TRIP KE JOHOR : PART 2 YONG PENG - BATU PAHAT

Assalamualaikum ...

Macam hebak sangat ah trip aku ni sampat ber'part-part' aku buat entry. Poyos je lebih ni. wakakakaka. Okeylah sambung part 1 hari tu selesai makan dekat Kedai Makan Kak Nor Asam Pedas, terus kami memecut ke Yong Peng. Sebabnya nak check in kat MH Hotel Yong Peng, lagipun nak kejar waktu akad nikah kawan hasben sama lepas solat Asar. Sampai je kat MH Hotel, memang mandi and bersiap macam kartun dah. hu hu hu. Takut terlepas babak-babak akad nikah tu. Nak tengok pengantin perempuan nangis ke idok .... ha ha ha terus terkenang time aku akad nikah, cam takde perasaan je, senyum terlebey suke ada laaa! 

Hotel yang aku dok kat Yong Peng ni memang best. Selesa walaupun kecik. Kalau family member ramai tak sesuai la dengan bilik yang aku pilih. Setakat anak sorang dua tu okey lagi la. Aku ambil bilik deluxe je, tapi okey la bilik bersih, bau wangi je ... yang best tilam dan bantal dia lembut. Tandas pun bersih.Yang lagi best hotel ni berdepan dengan Pasaraya Nirwana, kalau ko tertinggal berus gigi ke ubat gigi ke, silalah terjah pasaraya depan mata tu. Jalan kaki 2-3 minit je pun. Aku dengan hasben siap melawat-lawat pasaraya tu, barang murah ... pasaraya dia luas. Konsep macam Econsave jugalah.

Inilah hotel yang aku maksudkan. Lobi dia walaupun kecil tapi selesa. Receptionist dia pun humble and friendly, takdelah macam satu hotel kat JB tu, nanti aku cerita. Dah la bayar mahal pastu, frontliner dia hampeh sangat. MH Hotel ni berbaloi dok sini, malam tu aku tido lena je termasuk Iskandar. Takde merengek minta susu pun ;p atau aku sendiri yang tak sedar tak sure la plak. ekekekeke


Dan ini adalah deluxe room. Picture semua dari laman web MH Hotel tau, aku tak sempat nak snap pape pun sebab kelam kabut. Untuk bilik ni rate dia cuma RM128.00 sahaja. Belum include gst kot rasanya. Sesape nak pegi Yong Peng nanti bolehlah lepak sini, murah dan selesa bagi kami sekeluarga. Cuma bagi aku Yong Peng ni macam takda apa yang menarik, so malam tu selepas selesai segala urusan penting hasben, kami balik bilik, rehat sekejap ... mandi-manda pastu keluar pulak pi cari Mee Racun dekat Batu Pahat!! Mee racun weh ... kata pemes, haruslah pekena sepinggankan .... Kawan aku kata ada satu lagi lokasi mee racun yang lagiiiiiiiiiii best, tapi kami tak tahu lokasi mana. Mungkin kot yang ini ;PP ??

Mee racun yang dikatakan pemes di Batu Pahat telah kami terjah. Hasben memang beriya nak bagi aku merasa mee racun ni. Tak matik ke yunk? Nama je mee racun tapi, bila makan tak teracun pun. Boleh senyum-senyum manja lagi. Lepas dah melepak kat bilik, jam 9.30 malam barulah kami bergegas mencari mee racun berkenaan. Lokasinya terletak berhadapan dengan Hotel Pine Tree, Batu Pahat. Jangan tak tau mee racun ni dah masuk JJCM TV3 tu.

Aku order mee racun gear box tu, rasanya gear box kambing kot. Sedap jugaklah. Serasi dengan tekak, cuma kalau tengah lapar aku rasa lagi laju aku makan. Hasben aku order mee racun biasa je. Takde gear box yang dia punya! Tak boleh nak lepak lama-lama dekat warung mee racun ni, nak makan pun tak selesa sangat sebab Iskandar tido. So, sambil makan sambil meriba anak soleh aku tuh. Sian dia, sebabkan nafsu mommy and babah ... tido pun terganggu. ha ha ha. Takpa, mommy dalam proses ajar anak soleh bagi tahan lasak sikit.

Picture mee racun gear box seperti di bawah ye. Siap dengan straw, so bolehlah kau sedut isi kandung dalam tulang tu ye. Aku tak sedut sangat pun, makan daging tepi-tepi gear box, hirup kuah ngan ngap mee je. Kuah dia manis sikit, tapi selesalah dengan tekak. Sambil makan mee racun ni aku dok pandang-pandang satu warung sizzling. Nanti-nantilah bila datang Batu Pahat lagi, aku pasti terjah warung sizzling tu kalau ada lagi la.

Selesai makan mee racun, slow-slow la gerak balik. Kami lalu depan Wet World Glow Park Batu Pahat. Lalu je tapi tak masuk pun. Dah penat sebab siang tadi bergegas ke sana ke mari. Lagipun makan mee racunkan ... mabuk kena racun. ha ha ha ha. Ni aku tunjuk sket gambar kat dlow park Batu  Pahat. Tapi gambar fb orang lain la. Bukan aku punya. Nampak menarik, tapi takdelah aku rasa rugi sangat tak masuk ... Iskandar tidor. Kalau Iskandar berjaga mesti dia pun excited tengok.




 Semua gambar kat Wet World Glow Park diambil dari FB Cempedak Cheese. Harap maklum.

Singgah sekejap jenguk dari jalan je kat glow park ni. Relaks kejap then terus pandu laju balik hotel. Sampai hotel, basuh muka bagai tukar baju terus tidor weh! Penat dan terlebih kenyang semua ada. Dah la hotel bau nyaman je, tilam dan bantal empuk sangat. Bilik tak terlalu sejuk ... best kot, tido hotel murah tapi rasa macam tido hotel mahal je. eeek eleeeeeh ... hu hu hu.


Ni hamba Allah yang happy terlebih dok MH Hotel ni. Lompat sana lompat sini.Ketawa sana. Ketawa sini! Hoih, main terjun katil lagi tu dia, siap aku plak kena susun bantal kat lantai takut dan fobia peristiwa Iskandar jatuh tilam double kat rumah masa umur dia 7 bulan. Siap bawa pi hospital x-ray. Nasib baik takde jadi pape. Ngeri beb!

Part 3 nanti aku cerita pasal pi Johor Bahru na. Gambar tak banyak tau, sebabnya memory card aku full. Dok tumpang hp hasben ja la. Ni pun ada lagi tak sempat transfer dari hp dia.Tengoklah kalau sempat, aku transfer gambar. Kalau tak ... baca cerita ajelah ye.


Happy reading okeh!