Wednesday, April 26, 2017

KLEBANG COCONUT SHAKE

Assalamualaikum ....


Hasben aku kalau pergi Melaka tak lengkap rasanya kalau tak merasa Klebang Coconut Shake! Sedap dan tak pernah jemu. Check out dari Hatten Hotel, terus menuju ke Klebang. Pergi awal sebab taknak beratuq panjang. Tak sanggup aku bab beratuq² panjang berjela ni. Setakat sket² beratuq boleh lah.


Dari zaman bercinta dah nikah sampai ada anak sorang, hasben mesti nak singgah sini. Sedap katanya. Beli kat tempat lain tak sama juga dengan Klebang Coconut Shake. Nampak tak sampai addicted tahap camtu har 😎😎😎😎


Isteri solehah camni la 😆😆😆😆. Volunteer beratuq. Tu pun sebab tak ramai sangat. Kalau ramai memang susah la nak sudi beratuq, risau pitam aiolss berdiri lelama. Hasben jaga Iskandar dalam kete ... 😊 


Kejap je beratuq. Dalam 15 minit ja. Lega mak nak oi! Takdelah kebas sangat kaki aiolls ni 😆😆 Orang² kat depan ai ni memborong sakan tau ... Menjinjing kiri kanan ar 😋😋😋 


Ini dia! Alhamdulillah dapat juga 3 cup Klebang Coconut Shake. Panas² minum ni memang sedap sangat. Iskandar pun nyedut tak hengat. Lepas tu batuk! 


Next time pi Melaka .... mesti singgah lagi
 Yang pasti datang awal. Kalau tak beratuq la korang sampai pitam 😅😅😅😅

Tuesday, April 25, 2017

HATTEN HOTEL MELAKA YANG BEST

Assalamualaikum ...

Sambungan jenjalan ke Zoo Melaka. Lepas habis mengeluarkan peluh kat zoo, kami check-in kat Hatten Hotel. Letih juga berjalan kat zoo tu. Kepala dah terbayang nak mandi, buka econ kuat² pastu tido 😊. Aku book Hatten Hotel dgn Agoda. Dapatlah harga mampu milik. Book bilik biasa ja tapi included breakfast dapat RM250. Kira oklah. Hatten Hotel ni 4 bintang. Located dekar Jalan Merdeka Bandar Hilir. Kat tengah² town. So kalau nak merayau malam memang best sangatlah!

Apa yg best sangat Hatten Hotel ni? Bagi aku of course tilam dan bantalnye ... Empuuk weh. Aku amik bilik 2 katil single. Katil single dia pun dah besar boleh tido 2 org. Iskandar satu katil dia je. Hah, pusinglah nak, selagi tak jatuh 😜😜


Tengoklah katilnya ... Luas jugakan. Iskandar siap golek² sukalah dia. Habis satu bilis dijelajah. 


TV lcd hadap katil. Senang la tgk tv sambil baring je. Last² tido la jawabnya. Almaklumlah penat sangat 😅


Ada sofa bed lagi. Tp tak dok pun sini. Memasing leka tengok tv sambil mendarat kat katil. Iskandar je dok ke hulu ke hilir. Kejap buka fridge, kejap masuk dalam almari. Hoih tak reti diam anak soleh sorang ni 👦


As usual towel mesti adakan. Cuma towel dia la tak gebu gebas mcm bantal 👎


Barangan mandian ni tak guna pun. Angkut bawa balik buat collection 😂😂 Buat rumah jadi semak sekali.

Lagi satu yg best kat hotel ni, siap ada iron dan board skali. Tak perlulah nak iron baju kat corridor kan. Tak pun sesetengah hotel tu nak kena call housekeeping minta iron.


Esoknya, 




Breakfast kat Hatten Hotel biasa² je. Banyak pilihan tapi takda menu kick. Maksud aku takda menu utk dikenang. Biasa sangat. Tapi Alhamdulillah, dapat juga mengisi perut walau pagi tu ramai juga yg menginap dan breakfast kat hotel. Sampai kena buka hall satu lagilah buat station makan ....

Next time, Inshaallah aku akan tido sini lagi. Tak boleh lupa bilik dia yg best tu. Manatau ada bajet lebih ... Boleh dtg Melaka menginap kat Hatten lagi nanti 😎😎😎😎




Tuesday, April 18, 2017

MELAWAT ZOO MELAKA

Assalamualaikum ...

Sempena meraikan birthday hasben dan anak soleh, awal April plan ke Zoo Melaka. Last pegi Zoo Melaka rasanya 5-6 tahun lepas kot, masa buat family day dgn kengkawan office. Kali ni hasben la excited nak bawa Iskandar melawat zoo. Lagipun Iskandar dah kenal banyak binatang, cuma tak pernah tengok live lagi. Nak la kenalkan dengan gajah, giraffe, badak, kuda dan lain² dgn lebih dekat. Nak tengok anak soleh excited ke idok? Ke mommy babah je excited?? Asalnya nak pegi Zoo Negara, tapi fee masuk terlalu mahal ... RM44/org dewasa ... Pitam rasa. Zoo Melaka baru RM17/org dewasa. Oklah kan ...


Kita orang pergi hari Sabtu, meriahlah ramai public. Takdelah rasa bosan. Zoo Melaka bagi aku tak luas mana ... anak soleh pun jalan kaki tak pun minta didukung. Kecuali masa nak tengok harimau  dgn badak je suruh dukung sebab dia tak nampak ... Alhamdulillah, nasib anak soleh suka + excited. Dia kenal kebanyakan binatang ... especially lembu, gajah, tiger dan giraffe .... Paling teruja tgk gajah dengan giraffe la. Kita org siap bg gajah makan tebu. Ngeri pun ada. Risau belalai gajah tu sedut tangan ...


Tengok tu, dah besar dah anak soleh saya. Dah 2 tahun, sama tinggi dgn pinggang mommy dah 😜. Teruja tengok rabbit agaknye. Walhal kat rumah Uwan pun ada rabbit juga.


Badak sumbu ... Tak mandi. Busuk tau 😜


 Si tapir ni agak malas ... Melepek je dia mmmmm


Giraffe ni sangat besar dan tinggi ... 


Spesis lembu kot ... Panjang nau tanduk dia 


Ni lah gajah yg kitaorg bagi makan tu .... Tengok belalai pun ngeri takut tersedut tgn kitaorg 😊😊


Anak soleh tengok dari jauh je. Time tgk gajah ni la bila ajak balik taknak dah. Budak² lain tengok dekat, dia dok belakang skali memerhati 😎😎😎


Bye bye gajah nak balik dah 🐘🐘🐘
Jumpa lagi nanti


Siap berpayung tapi taknak Mommy bantu. Ai is lega sangat dpt anak soleh berdikari camni. Dah la melawat satu zoo tak sibuk nak berdukung ... Tapi bantai melanggah mineral water dekat seliter ... Panas kot!

Dah habis melawat zoo, memasing penat. Letih. Mommy la bermandi peluh. Almaklumlah dah lama tak berjogging mahupun jalan kaki. Sekali pusing satu zoo rasa nak pitam pun ada. Pastu gerak menuju ke Hatten Hotel. Best sangat hotel ni. Hadiah sempena hari lahir hasben. Untung la tahun ni dapat 2 hadiah.

Nanti saya review pasal Hatten Hotel ni. As usual booking through Agoda. Ai is sangat loyal dgn Agoda tau ... 😘😘😘😘😘😘

Thursday, April 13, 2017

KORSET APA YANG BEST DAN MURAH??

Assalamualaikum ...

Dah sebulan tak update. Dan sekarang sejak ada anak soleh Iskandar aku amat jarang update blog. Bukan malas. Kesempatan kurang. Lebih kepada melayan hasben dan anak soleh. Kadang sampai tiada ruang "me time". Pastu stress sensorang. Bila rasa nak update mood pulak kurang. So, blog ni makin hari makin bersawang. Nak update kat office, asyik kena block je blogspot ni. Pihak pengurusan suruh buat keje aje, jangan mengarut katanya. Huhuhu

So, update le blog dgn handphone. Kat mana² dan bila² pun boleh asal data cukup! Lecehnye, tak puas sbb screen kecik cenonet! Dah nak update, cerita pasal korset pulak muncul. Actually aku tgh survey korset yg murah bukan ribu riban utk beli. Rasa dah 4 tahun aku tinggalkan dunia korset. Dulu sebelum kahwin rajin aku berkorset ni. Bila kahwin, pakai la sekejap. Dah ada anak sorang, langsung tak pakai. Aku ni dah la c-zer! Perut dah gelebeh. Kembang je! Dah la tak cukup inci dgn gemuknya nampak sangat rendang.

Diet pun on off. Mana la tak gemuk buncit bagai. Sekarang sibuk nak pakai korset pulak ;) Bila rasa perut ni macam tak sedap. Tak padat. Tu yg cari korset tuh. Korset apa yg best?? Tapi takmo ribu² mcm premium beautiful tu. Takut jd tukun dalam lemari je. Bazir namanya tu. Aku nak sembunyikan lemak utk 8jam je pun. Hahahah. Nak rasa tegap gi keje dgn korset. Last week aku pi berurut saraf. Tukang urut tu la suggest aku pakai balik korset. Kesian nanti perut gelebeh teruk.  Balik cakap ngn hasben, nak cari korset baru. Sekali hasben cakap, korset yg 2-3 tu mana?? Dalam kotak la mana la lg. Dah tak muat. Nak kancing pn tak boleh ... So, masuk kotak la.

Tukang urut tu cakap, korset Cosway pun ok. Janji pakai dgn selesa. Rega pun murah. Walaupun dia cakap, kalau beli yg mahal lagi baik kualiti. Aku lak tak mampooo ... Risau lebih kepada membazir.

So korang yg berpengalaman, korset apa yg best dan rege mampu milik!! Pls jangan dok suggest yg ribu riban hokey! Bajet aku ciput!!


Tuesday, March 14, 2017

ANAK SOLEH DEMAM

Assalamualaikum ....



Jumaat last week, aku terpaksa emergency leave. Anak soleh demam. Huih lama dah dia tak demam. Sekali demam dekat 5 hari. Selalu 2-3 hari dah baik. Suhu pulak maintain 38-39.  Paling tinggi 39.7. Malam memang aku tido tak lena. Takut weh, kalau panas naik mendadak ... boleh kena sawan orang cakap. So, setiap masa aku spray je air kat badan Iskandar. Aku lena sekejap sekejap je sampai jem segala saraf. Sakit badan Allah saja yang tahu. Dengan esoknya pulak ada konvoi berbasikal.


Anak dah demam, ibu mana yang nak tido lenakan? Masuk malam ke-3 baru aku lena sikit, bagi hasben cover. Iskandar pun dah kurang panas. Tapi tetaplah dipantau. sampai 2 kali kami ulang alik ke klinik. Hari ke-4 terus kena amik darah. Bila doctor check, Iskandar kena infection. Darah putih dia pun ada kuman sikit. Doctor cuma bagi anti-biotik dan ubat demam je. Actually aku dan hasben tak berapa gemar bagi Iskandar makan anti-biotik. Kalau dia demam tak pernah sekali pun aku bagi dia anti-biotik kecuali ubat demam sahaja. Anti-biotik ni ada baik dan buruknya la. Sila google. Tapi kali ni mengalah bagi juga anti-biotik ni. Teruk sangat demam kali ni. Flat terus. Melepek.

Now, Alhamdulillah ... Iskandar dah makin baik. Dah boleh senyum. Dah boleh berlari. So, hati mommy pun ceria la bila tengok anak soleh dah sihatkan. Kalau tak, mommy pun tak selera nak makan. 3 hari anak soleh demam. Time Iskandar demam, dia taknak menyusu dan minum sangat ... makan jauh sekali. Tonsil dia dah merah dan bengkak. Beli aiskrim vanilla pun dah taknak makan. Kalau tak dialah orang 1st nak menyibuk makan aiskrim sampai comot muka-muka.

Hari ni baru Iskandar school. Itupun kejut pagi tadi taknaknye dia nak gi school. Siap baring golek-golek dengan bantal peluk. Bangun mandi pun masih leka melayan tv pulak. Setiap pagi  macam tulah, nak gi school ... nak layan cartoon dulu la. Nak itu la. Nak ini la. Melayan la mommy selagi asap tak keluar telinga ... hu hu hu ...

Harap anak soleh mommy sentiasa sihat hendaknya. Luluh hati kalau anak demam ai! Dah masuk dua tahun ni, demam macma-macam akal dia. Maklumlah, cakap tak berenti ....
Anak soleh ku tahap peramah mak ayah aku cakap.


Thursday, February 23, 2017

NASI TUMPANG

Assalamualaikum ...



Nasi tumpang! Nama macam pelik je bagi aku. Tapi rasa boleh tahan sedap. Ini 1st time aku makan nasi tumpang. Selalu dengar orang cerita je. Dan tengok kat tv. Satu hari tu kawan aku kata kat kios dekat Flat Hijau Presint 9, Putrajaya ada jual. So, aku minta hasben belikan masa weekend. Kena pergi awal. Nasi ni macam limited je!

Rupabentuk nasi tumpang. Macam piramid je

Nasi tumpang ni rupanya ada macam-macam lauk. Bertingkat. Tu yang dipanggil tumpang kot kan??
Ada nasi, kemudian serunding ikan, nasi pulak pastu telur dadar, pastu masak lemak udang.
Bagi tekak aku, ia sedap. Kira bila makan sekali nak lagilah :)

   
Kejadian di dalam balutan nasi tumpang


Dah lama  tak update blog. Sekali keluar cerita pasal makan pulakkan. Hehehe
Macam-macamlah aku ni kan. Blog makin lama makin bersawang pulak. he he he




p/s:  Gamba pun takdan watermark dah wei

Friday, January 27, 2017

UPDATE RESEPI

Assalamualaikum ...


Sempat update blog sebelah je
Blog resepi saya ; SAYADIDAPUR





Boleh jenguk


Blog ni masih berabuk.
Takdan nak hapdet ai!!