Thursday, April 13, 2017

KORSET APA YANG BEST DAN MURAH??

Assalamualaikum ...

Dah sebulan tak update. Dan sekarang sejak ada anak soleh Iskandar aku amat jarang update blog. Bukan malas. Kesempatan kurang. Lebih kepada melayan hasben dan anak soleh. Kadang sampai tiada ruang "me time". Pastu stress sensorang. Bila rasa nak update mood pulak kurang. So, blog ni makin hari makin bersawang. Nak update kat office, asyik kena block je blogspot ni. Pihak pengurusan suruh buat keje aje, jangan mengarut katanya. Huhuhu

So, update le blog dgn handphone. Kat mana² dan bila² pun boleh asal data cukup! Lecehnye, tak puas sbb screen kecik cenonet! Dah nak update, cerita pasal korset pulak muncul. Actually aku tgh survey korset yg murah bukan ribu riban utk beli. Rasa dah 4 tahun aku tinggalkan dunia korset. Dulu sebelum kahwin rajin aku berkorset ni. Bila kahwin, pakai la sekejap. Dah ada anak sorang, langsung tak pakai. Aku ni dah la c-zer! Perut dah gelebeh. Kembang je! Dah la tak cukup inci dgn gemuknya nampak sangat rendang.

Diet pun on off. Mana la tak gemuk buncit bagai. Sekarang sibuk nak pakai korset pulak ;) Bila rasa perut ni macam tak sedap. Tak padat. Tu yg cari korset tuh. Korset apa yg best?? Tapi takmo ribu² mcm premium beautiful tu. Takut jd tukun dalam lemari je. Bazir namanya tu. Aku nak sembunyikan lemak utk 8jam je pun. Hahahah. Nak rasa tegap gi keje dgn korset. Last week aku pi berurut saraf. Tukang urut tu la suggest aku pakai balik korset. Kesian nanti perut gelebeh teruk.  Balik cakap ngn hasben, nak cari korset baru. Sekali hasben cakap, korset yg 2-3 tu mana?? Dalam kotak la mana la lg. Dah tak muat. Nak kancing pn tak boleh ... So, masuk kotak la.

Tukang urut tu cakap, korset Cosway pun ok. Janji pakai dgn selesa. Rega pun murah. Walaupun dia cakap, kalau beli yg mahal lagi baik kualiti. Aku lak tak mampooo ... Risau lebih kepada membazir.

So korang yg berpengalaman, korset apa yg best dan rege mampu milik!! Pls jangan dok suggest yg ribu riban hokey! Bajet aku ciput!!


1 comment:

  1. Kes kita sama.

    Ok dulu sblm kawin beli korset Cosway dalam RM70 2 pieces.

    Dah kawin beli Marks and Spencer jgn tanya harga.

    Kemudian beli kat Lazada je 1 piece tu siap ada lubang untuk buang air dalam RM70 je. Yang ni tang peha bila peluh melekat2 rimas...

    Terbaru bengkung untuk perut sahaja dalam RM40. Ni okay..

    Pastu belilah seluar dalam yang sampai tutup perut penuh tu. Pakai baju elok je takde nampak geleber. Munafie best tapi dia bergulung bila pakai dengan seluar.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!