Monday, May 8, 2017

NASI LEMAK SEDAP

Assalamualaikum ...

Aku ni penggemar nasi lemak tapi jarang² makan. Susah nak cari nasi lemak yg sedap sgt kt tekak aku. Sedap sampai bila makan rasa terkenang². Lagi satu aku ni pantang tengok nasi lemak daun pisang. Walaupun diet, tp bila tengok nasi lemak daun pisang rasa menggeletis je 😝😝😝😝😝. Ingat lagi masa ngandungkan Iskandar, masa tu dah 6 bulan rasanya, hari² aku beli nasi lemak kerang bungkus daun pisang sampai 2 bungkus .... huhuhu. Kalau tak, rasa tak lengkap hari aku. 

Lepas bersalinkan Iskandar dah takde dah sibuk nak makan nasi lemak lagi. Kalau ada, adalah ..... Kalau takda, hari aku tetap sempurna πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰.


Kalau nak makan nasi lemak, hasben akan bawa aku ke Medan Selera Presint 9, Putrajaya. Dulu org panggil Sri Teja. Aku suka makan nasi lemak dekat gerai Hidangan Marina. Gerai No. 8. Sedap tau nasi lemak dia. Aku sula sangat ayam berempah dia. Tapi tak la boleh makan selalu. Nanti berat naik, pitam pulakkan!


Sekarang ni pun aku tgh on diet pelan² kayuh namanya. Makan nasi sehari sekali ½ senduk ja. Aku ni banyak diet main² tau. Asal orang ajak makan terus lupa aku diet 😜😜😜

Nak² kalau ada yg sudi bagi nasi lemak daun pisang .... Terus hanyut ke laut diet!!

1 comment:

  1. Wajib try nasi lemak rendang kat Teh Tarik Place IOI CityMall. Confirm tak cari lain hahaha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!